THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
*Klik ja banner ni, mai pakat join sama-sama nah!*


|| A VERY SHORT REVIEW ABOUT AMERZING ||

Amerzing is an amazing side of Amer! ✨

Kata "A very short review", a very short one lah tu kite bagi. Kalau tulis "Just AMAZING" satgi too short pulak, haa... Blog wajib jenguk setiap kali blogwalking kot, nak kata apa lagi kan. Selalu pun dok panggil Amerzing aih, tak berapa rajin panggil Amer. Amerzingzaasss lagi ada. Tak percaya tanya dia. Hiks! (tau dah tak lawak tapi terima kasih kalau ada yang senyum atau gelak tu #mudahterhibur erh?)
THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"


Tukar pada mood serius sikit, okey? Cerita nak start dah ni...

|| THE MOST AMAZING THING THAT HAS HAPPENED IN MY LIFE ||

Menulis tajuk saja pun dah bergenang air mata. Subhanallah, rindunya! Sarat sangat rasanya rindu ni.

Umrah Ziarah 2014. Peristiwa keramat dalam hidup. Paling indah, penuh hikmah. Amazing! Alhamdulillah untuk peluang tu, harapnya dapat pergi lagi mana tahu buat Haji pulak. Ameen!

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"

Perjalanan dari Malaysia ke Turki. Pertama kali naik kapal terbang untuk perjalanan yang sangat jauh. Masa terasa aaamaatttt panjang. Orang lain tidur, makan, tidur, makan. Tak sampai-sampai. Saya? Tidur, muntah, tidur, muntah, muntah, muntah, tiduuurrrr, bangun balik pun tak sampai-sampai juga. Celik saja mata, pandang ke luar nampak kepulan awan gelap dan bila celik lagi sekali cerah pula. Nama pun 'merentas benua'. Sesekali tengok pada skrin di depan untuk tahu lokasi semasa. Lamanya! Orang lain dok sedap-sedap makan, suruh jamah sikit pun saya tak lalu sebab nanti muntah balik penat je. Sampai sekarang boleh terbau-bau lagi makanan dalam Turkish Airlines masa tu, pastu mesti rasa loya mengenangkan dok muntah-monggek tak sudah. Mabuk perjalanan. Lembik dibuatnya.

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"

11 jam perjalanan, akhirnya sampai ke destinasi pertama dalam itinerari Umrah Ziarah. Istanbul, Turki. Lega terus rasa pening, hilang terus muntah-muntah. Cantiknyaaaa! Tak perlu filter pun kalau ambil gambar. Tapi tetap tak sama gambar yang ditangkap dengan apa yang dilihat secara live. Semua dah sedia sempurna pada pandangan mata. Ke Bursa untuk beberapa hari, balik semula ke Istanbul untuk beberapa hari berikutnya. Topkapi Palace, Blue Mosque, menziarahi pusara Allahyarham Ahmad Ammar, naik cruise buat pertama kali seumur hidup dan baaaanyaaakkkk lagi. Semuanya terasa bagai mimpi. Tapi sebenarnya, REALITI!

Saya suka sangat Turki sebab teramat cantik, tempatnya semua menarik, banyak masjid (setiap kali azan akan dengar bersahut-sahutan dari setiap ceruk) dengan reka bentuk mengagumkan, cuaca menyenangkan (panas tapi berangin sejuk sebab masa tu baru lepas musim bunga kot), orang-orangnya pun mesra (pemurah dengan senyuman dan ramah), bab makanan pun semua sedap cuma tak berapa nak ngam sikit dengan tekak Melayu saya ni (quite tasteless for my taste buds). Kalau nak ikutkan, banyak sangat nak cerita dan banyak juga gambar-gambar menarik nak dikongsi. So, insyaAllah akan buat entry khas dengan lebih terperinci tentang Turki di lain waktu. InsyaAllah!

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Feri menuju ke Bursa
*Dengan 'ootd' itulah tidoq muntah pening semua dalam flight 11 jam!*

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Centre of attraction in Yesil Cami, Bursa
(Green Mosque)
*Masjid pertama yang kami pergi dan macam biasalah, architecture masjid kat Turki memang superb!*

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Interior Ulu Cami, Bursa
(Grand Mosque)
*Oh ya, cami tu masjid dalam bahasa Turki.*

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Entrance Topkapi Palace, Istanbul
*Maaf le salah angle pokok aje lebih dengan kepala orang, masa tu 'noob' lagi bab tangkap gambar ni.*

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Sultan Ahmed Mosque, Istanbul
(Blue Mosque)

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Antara yang paling sedap cuma tak pedas dan tawar
*Lidah suka cabai burung dengan belacan kan, nak buat macam mana.*

Agenda terakhir di Istanbul, Turki ialah naik cruise. Keesokan harinya, bersedia untuk naik flight lagi. Travelog Umrah Ziarah diteruskan. Dari Istanbul ke Madinah al-Munawarah. Tak sabar nak bertemu Rasulullah! Saya bawa banyak kiriman selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW. Jiwa rasa dekat sangat dengan Nabi Muhammad SAW. Semoga mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak, ameen ya Rabb...

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Kubah hijau Masjid Nabawi, Madinah
*Kubah hijau sebagai penanda kedudukan terletaknya Makam Rasulullah SAW kalau dilihat dari luar masjid.*

Tapi sayang seribu kali sayang, tak ada rezeki nak masuk Raudhah. InsyaAllah, kalau dapat pergi lagi suatu hari nanti nak berpengalaman merasa semuanya. InsyaAllah, ameen!

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Payung-payung di halaman Masjid Nabawi
*Payung tu bukak waktu siang je sebab panas, nak azan Maghrib dia tutuplah. Sempat juga rakam masa payung-payung tu nak tertutup.*

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
*Nampak tak sipi-sipi belah kiri, payung nak kuncup? Kebetulan pulak, tanjat kite!*

Di Madinah juga, misi pencarian 'tasbih baldu' pun bermula. Memang niat nak beli sebab pernah tengok roommate punya cantik sangat warna purple. Katanya kawan dia baru balik Umrah yang hadiahkan. Jadi, saya pun pasang niat. Alhamdulillah, misi berjaya! Sampai sekarang jadi teman paling setia. Jauh beli tasbih! Demi 'tasbih baldu'.

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"

Maka dari Madinah, bermulalah perjalanan sebenar 'menuju kiblatku'. Makkah. Destinasi yang paling ingin dituju. Debaran di hati pastinya tak keruan. Risau mengenangkan dosa, "Layakkah aku?" tapi tak sabar sebab Allah dah jemput di usia yang masih muda dan mentah. "Semoga Dia permudahkan, selamat semuanya", doa dalam hati.

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Perkarangan Masjidil Haram, Makkah

Bayangkan, masuk saja di perkarangan Masjidil Haram (untuk buat umrah pertama sebaik sampai di Makkah) dah buat jantung rasa berdebar dan pada masa yang sama, ada satu rasa damai yang tak terjelas dengan kata-kata. Tak lekang bait-bait zikrullah meniti bibir. Langkah diteruskan sampailah kelihatan sedikit demi sedikit semakin jelas menghampiri 'rumah Allah'. Gah! Terbit satu suara dalam hati, "Ya Allah, inilah dia Kaabah yang aku sujud hari-hari atas sejadah tu dah ada depan mata sekarang!" Sayu, kagum, kerdil, bersyukur. Segalanya bercampur-baur menjadi satu rasa yang tak dapat nak digambarkan.

Semua orang yang dah pernah pergi akan cakap macam tu, sebab memang betul! Sungguh, sendiri rasa baru tahu. Tapi untuk menggambarkannya, hilang kata-kata tak tau nak cakap macam mana.


Bacaan talbiyah:-

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Labbaikallahumma labbaik
Labbaika laa syarikalaka labbaik
Innalhamda wan ni’mata
Laka wal mulk
Laa syarikalak

Makna:-
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.


"Ya Allah, aku datang ni, ya Allah... Kau jemput aku hamba yang hina penuh dosa ni datang ke rumahMu, ya Allah... Aku datang ni, ya Allah..."

Tawaf tujuh kali dengan tak putus berdoa sebanyaknya. Apa saja yang terbuku di hati, luah saja biar Allah yang tentukan percaturannya. Moga diperkenankan.

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"

Tawaf di bawah merasa, di tingkat atas pun merasa. Solat kat luar merasa, dalam pun merasa. Bacaan Imam kat sana paling WIN! Buat solat berganda-ganda khusyuknya, alhamdulillah. Merenung Kaabah tak jemu-jemu. Tenaannggg yang amat. Tengok Kaabah saja pun dapat pahala tau! Sa'ie agak relax sebab boleh berhenti dan sambung semula. Air Zam Zam tak usah cerita lah. Teguklah macam mana pun, sedapnya tu Allah saja yang tahu. Sayangnya, sampai Malaysia rasa kelat payau semacam pulak! Hehe..

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Interior Masjidil Haram, Makkah

THE AMERZING BLOGLIST : "BERIBU BATU MENUJU KIBLATKU"
Safa Tower, Makkah

Masa nak balik adalah paling sayu. Sebab memang kalau boleh, taknak balik Malaysia dah. Jauh di sudut hati paling kecil, merayu-rayu mohon Allah panggil lagi ke Makkah. Dalam masa yang sama, minta sangat dengan Allah supaya lindungi perjalanan pulang kami yang jauh beribu batu ni. Alhamdulillah, dengan rahmat Allah selamat sampai Malaysia. Hirup udara Malaysia. Terus rasa nak nyanyi lagu Negaraku, serius! Haha..

Sekarang ni, kalau tengok TV Al-Hijrah setiap kali sebelum azan sebab ada tayangan secara langsung keadaan di Makkah al-Mukarramah mesti ralit sangat. Macam nak tembus tv tu punya rasa menghayati suasananya. Terubat sikit rindu. Tapi mana sama tengok dalam tv dengan keberadaan kita sendiri kat sana. Tak sama. Tak pernah tak rindu! Teringin sangat nak merasa pergi masa bulan puasa. Mesti extra seronok!

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan rezeki melimpah ruah dan dijemput oleh Allah ke Makkah, berkesempatan menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah. InsyaAllah, ameen ameen ya Allah...

That's all, an amazing travelogue of mine! Sebenarnya, banyak sangat sangat sangat missing parts dalam ni tapi untuk selanjutnya kena post other entries lah. Sepadat mungkin dah ni cuba buat semata-mata nak share untuk segmen Amerzing nih. Tiga hari kite karang entry ni sampai complete tau! Belum pernah Fairuz Aqilah segigih ini lagi dalam blogging. Amazing tak amazing? Terima kasih sudi baca! ♥


Beribu batu menuju kiblatku,
Fairuz Aqilah.

20 comments:

  1. Bestnya dear dah sampai sana. Doakan kak ana sampai ke sana juga. Turki mmg wishlist kak ana. Berimpian untuk buat umrah 3 masjid kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAlah, kak ana! Sampai masa, Allah bagi rezeki lebih, pergi tau. Seronok sangat! Sama-sama kita doa Allah jemput k. Ameen ameen! ❤

      Delete
  2. Subhanallah... Semoga impian untuk menunaikan haji dipermudahkanNya.. untuk awak dan saya juga.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen ameen ameen! Alhamdulillah, dah merasa pergi tapi nak pergi lagi. Tak pernah tak rindu :')

      Delete
  3. Allahuakbar, jealous nih tak tahu dah tahap apa. Amer baca setiap perkataan yang FA tulis, sebab memang betul2 nak rasa perasaan fa bila tulis nih. Sebak sikit sebab masih tak ada rezeki lagi. Doakan saya dan keluarga dapat pergi juga satu hari nanti. Your story is super amazing. Thanks :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tapi jangan jealous please. Sama-sama kita doa tau! InsyaAllah, ada rezeki tu nanti. Memang dah lama sangat sebenarnya nak share, tapi macam asyik bertangguh so rupanya di sini permulaannya. Hehe.. Thanks to you too, Amerzing for organizing this segment! 😊

      Delete
    2. Hahahah... banyak amer nak cerita selepas habes segment nih. Tak sangka sangat macam2 amer dapat tahu kisah suka duka orang :') .. Okk.. insya Allah kita doa sama2

      Delete
    3. Tak sabar nak baca apa ceritanya tu. 😁

      Delete
  4. Seronok sangat baca kisahnya. Makin berkoba-kobar rasa nak sampai ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih! InsyaAllah... ❤

      Delete
  5. It's the best place ever, kan..? My sisters told how lovely Mecca is.. Hopefully ade rezeki nak jejakkan kaki kat situ nanti.. :')

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dimurahkan rezeki. x tau nak kata apa.. sebak sikit.. sbb teringin nak ke sana juga :)

    ReplyDelete
  7. allahu, baca ni pon dah rasa mcm sebak. teringin sangat rasanya nak jejak kaki kat sana. mudah mudahan ada rezeki nida pulak lepas ni :)

    ReplyDelete
  8. Tanpa sedar ada air jernih bertakung. Sebak! Aduhhh jelousnya dengan fairuz dah berjaya sampai sana. Moga ada rezeki ira ke sana jugak :(

    ReplyDelete
  9. WoW.. Bestnya dapat pergi sana.. Cantiknya!!

    blogwalking dari segmen yang sama
    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist-believe-in-myself.html

    ReplyDelete
  10. Hi, I'm here for the final judgement for the AMERZING Bloglist winners. Maybe you will be one of 'em. Wait for the announcement on this 3 June 2017. Cheers!!!

    ReplyDelete
  11. Wow!! Bestnya baca... Tahniah fairuz menang contest Amer tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih sis dp! 😘😘😘

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥