SANTAI GAYA TOURISTS DI IPOH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Nak gelak jap dengan tajuk. 😂
Roh blogging dah mai daahhh...

Long story short, saya berjaya lah juga balik kampung mengotakan janji hari Jumaat sampai Isnin. Bukan main padat dengan macam-macam agenda!

Hari Sabtu, pergi berkelah mandi sungai kat kampung. Almakumlah, sekarang cuaca tak menentu. Kalau panas tu membahang sangat, kalau hujan lebat tu bukan main sejuk juga. Seronok dapat berendam lama-lama, makan tengah hari dengan family kat sungai. Sorry, tak ada gambar pulak nak share. 😅

Esoknya, hari Ahad pulak bawak Cu jalan-jalan ronda Ipoh. "Nak pergi ukur Ipoh", katanya. 😂 Demi menunaikan hasratnya tu, bawak lah dia ke Ipoh Street Art, Funtasy House, jalan-jalan cari makan area Plan B. Kami ajet-ajet tourists lah haritu, padahal memang orang Ipoh. 🙈


1| IPOH STREET ART

Ipoh Street Art ni sebenarnya tak ingat kat mana. Yang pasti, area UTC Ipoh, depan bus stop. Jenuh jugalah jelajah lorong. Padahal, dah pernah pergi sebelum ni. Dah la panas terik! Haiihhh lah, Fairuz Aqilah... 😅

Actually, kat Ipoh boleh kata banyak jugalah street art nih. Yang kami pergi haritu Mural Art's Lane. Kami ada agenda lain juga, jadi kami tak pergi dah street art area Padang Ipoh. Kalau nak pergi, boleh je google "Ipoh Street Art", nanti dia keluar 'Paper Plane' atau Jalan Bijeh Timah. Betul dah tu, k! 😉






Location:-
"Mural Art's Lane"
Jalan Masjid, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak, Malaysia.


2| FUNTASY HOUSE

Kami berhenti sembahyang Zohor kat Masjid Negeri. So, parking je kat dalam masjid tu kami gerak pergi Funtasy House. Jalan kaki aje, ikut pagar menghala ke Medan Selera Dato' Sagor yang ada clock tower tu. Keluar je ikut pagar tu, pandang kanan, jalan straighhttt je terus nampak Funtasy House.

Sebenarnya, dari situ juga boleh terus pergi area Plan B kat Jalan Bijeh Timah, including street art 'Paper Plane' tu. Semua jalan-jalan pusing-pusing dekat satu kawasan je tak usah risau. Tapi kita pergi Funtasy House dulu jum? 😁👏

My cousin and I memang dah standby student card masing-masing supaya dapat discount tiket harga students. Cousin lagi sorang baru darjah 5, rupanya dikira student price juga. So, ticket for adult untuk Cu sorang je RM15. Yang lain kami dapat tiket murah sikit RM10 je, student price. Kalau sesiapa rasa student tu, bawak je tunjuk student card tau!






 

Best okeyyyy kat sini, puas hati lah sebab kat Ipoh rasanya ini trick art museum yang pertama kot! Berbaloi bayar, bertapa lah kat dalam tu berapa lama pun. Bergambarlah beratus-ratus kali snap pun, tak ada siapa nak marah. 😂

Rasa tak berapa nak 'photogenic' atau 'fotogedik'? Ehhh hahaha... Jangan risau! Ada contoh gambar dilekatkan untuk panduan, ada tanda kat mana the best position untuk posing dan ambil gambar untuk hasil gambar yang realistic habis. 👌

Toilets pun ada tau! Air-conditioned jugak, so jangan risau pasal panas sebab tak panas pun.

For more information, feel free to visit Funtasy House website http://funtasyhouse.com.


3| BITS & BOBS AND PLAN B AREAS

Puas berjalan, tangkap gambar posing sana posing sini, barulah masing-masing terasa lapar. Dah petang, memang semua orang punya perut pun rancak berorkestra lah kan. Kami pergi makan ais kepal kat Bits & Bobs, then lunch+teatime+dinner kat Plan B. Pun jalan kaki je dari Funtasy House tadi.

Bits & Bob's ice ball sarsi+roselle RM5. Alahaaiii, cakap je lah ais kepal! Haha..

Walaupun dari segi harga, to be honest quite pricey. Tapi sumpah, sedap! Tak tipu. Next time, nak try desserts pulak. Cuma air, Cu ordered fresh orange and it tasted sooooo bitter seriously. Mungkin dia memang fresh letak sebiji buah oren dengan kulit kulit sekali. Kata fresh kan! (sarcasm) 💁



I'm totally in love with the fairylights decor tu. Cantik sangat! Padahal, dia guna botol air mineral terbuang je pun. Soooo prettyyy! 💞

Benda ni ada dekat Medan Selera Dato' Sagor, turun tangga sebelah clock tower.


Jadi, untuk orang Ipoh ataupun bukan... Saya dah share apa yang best kat Ipoh. Selalu orang asyik tanya je, "Apa yang best kat Ipoh?". Haa... Apa tunggu lagi? Moh kite!

Empat beranak jalan sakan, ajet-ajet tourists! ❤

Kalau datang Ipoh, roger tau! 💋
Fairuz Aqilah.

27 comments:

  1. Wah nice nya tempat dia. Lya dah bertahun dok Ipoh pon tak sampai lagi ni haha. Kena pergi balik ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai orang Ipoh, moh le kite jelajah Ipoh habis-habis. Nanti kalau orang tanya, "Dah pergi situ?" "Uisy, mestilah daahhhhh". Hihik! Nanti pergi tau! 😘

      Delete
  2. fairy lights tu mcm baru je sblum ni xprsan pn hahaha.funtasy house tu xsmpat pegi lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fairylights tu betul-betul luar Container Hotel. Pastu nanpak ada Yasmin Ahmad's museum jugak. Tapi, tak masuk pun sebab dah lapar sangat mencari makanan je. Hehe.. Untasy House tu seronok! Nanti berkesempatan, pergi okey dengan family ke kengkawan. 😁👏

      Delete
    2. Reply comments thru phone ni, typo sesaje! 😅
      *nampak
      *Funtasy House

      Delete
  3. wasalm fairuz. skrang ni ipoh dah best dah. dah tak macam dulu, masa sy belajar kat sri iskandar dulu, selalu lepak ipoh tapi tak ada benda yang best mcm skrang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar kat seri iskandar? Hehe saya duduk seri iskandar! 😄
      Ye lah, semenjak hipster hipster makin popular ni, banyak dah cafe best best pastu tempat-tempat lepak yang syok kat ipoh. Macam-macam dah ada sekarang ni. Orang dekat pun baru nak pergi ha... 😅

      Delete
  4. Mural Art's Lane sumpah appealing. I need to plan my schedule now! Hahahaha thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Come, come! Hehe.. My pleasure, no problem! 😊

      Delete
  5. Tempat mural semua tu dah pernah pergi dah sebelum ni. tapi yang funtasy house tu nampak macam memang fun je! dulu takdak lagi kot sebab tak pernah dengar pun. syok juga dapat posing acah2 jadi besar nak pijak orang semua haha. Makan dekat cafe hipster kot, Plan B. Orang ada-ada Fairuz ni rupanya haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tak baru jugaklah kot. Kalau Syed dah lama pergi, maksudnya mungkinlah masatu tak ada lagi Funtasy House nya. Best gila! Itu baru share sikit je gambar, hakikatnya banyak gila sampai penat bergambar. Ada dua tingkat pulak tu. Pilih je nak yang mana, semua best. Amboiiiii perli ke hape, makan kan Plan B setahun sekali bolehlaa Syed oiii... Selalu selalu, bankrap juga! 😂 Orang ada-ada tu hmm kata-kata tu satu doa kan so ameen ya Allah! 😌🍃

      Delete
    2. Eleh cakap setahun sekali tapi dekat dalam entry tu kata next time nak try dessert pula, haaaaaa please explain! nak cover macam mana lagi tu. hahahaha.

      Delete
    3. Next time tu tahun depan laaa Syed! 😝

      Delete
  6. wahhh menarik semua tempat tu. nak masukkan ipoh dalam travel list la. harap satu hari nanti boleh pergi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik! Dah masukkan dalam list, jangan tak pergi pulak. Kalau datang sini, roger roger tau! Teringin jumpa bv! Kalau kite sampai sibu pun kite mesti nak jumpa bv jugak. InsyaAllah! 🙆💕

      Delete
  7. nampak enjoy je! blm pernah lagi jejakkan kaki ke ipoh. maybe one dayyyy akan visit ipoh for sure! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Marilaahhhh! Bukan nampak aje, tapi sememangnya enjoy sangat! 😁👏

      Delete
  8. Berapa kali turn ipoh tapi tak pernah pegi sini. Thanks for this, nak buat guide utk jenjalan sana. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa ye ke. Hehe.. Alright, no prob. Nanti share lah kat blog, boleh baca. 😉

      Delete
  9. alaaa, nak pegi juga semua tempat tu terutama street art tu :'D x tau plak kat Ipoh pun ada street art. dulu pegi yg penang punya ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jum laahhhh! Nak kite jadi tour guide tak? Hehehe... Sekarang ni, banyak tempat dah ada street art. Penang punya pun best! Mai lah ipoh punya pulakkk! 😁

      Delete
  10. wow..memamng menarik la tempat nie..

    ReplyDelete
  11. Pewittt aweks. Hehe Ipoh memang cantik! Tapi kenapa haritu pergi tak jumpa pun tempat yang Fairuz pergi atas-atas tuu? Dah la cantik! Rasa rugi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas-atas mana? Area Plan B dengan Street Art tu ke? Hehe.. Alahaaiii nadnod sayang, ada banyak masa lagi. Mesti selalu je pergi Ipoh kan. Roger lah. InsyaAllah, mana tau nanti bolehlah jumpa! Tapi fairuz kat seri iskandar, kena inform awal lah kalau nak jumpa. Hiks! 🙆💕

      Delete
  12. Syoknyaaa explore tempat sendiri. Lepak Tambun jom.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan, tempat sendiri pun tak habis explore lagi. Dok berangan nak pi tengok tempat orang jugak. 😅
      Lost world ke? Mahaaiiii... 😥

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥