CERITERA HIJRAHKU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Ceritera Hijrahku

Ini adalah kisah benar, cerita tentang diri saya sendiri yang saya kongsikan dengan niat supaya sesiapa di luar sana yang terdetik di hati untuk berubah ke arah lebih baik, teruskan melangkah lillahita'ala tanpa ragu lagi. Semoga pengalaman saya jadi pengajaran yang baik juga untuk semua, insyaAllah.

Kisah hijrah saya bermula masa semester akhir diploma. Salah seorang daripada kawan baik saya dah mula bertudung labuh, stoking dan handsocks tak tinggal. Semuanya berubah sebegitu semenjak dia join usrah. Saya rasa terharu sangat tengok perubahan dia yang drastik dan sangat mengejut tu. Situasi tu menyebabkan secara tak langsung, saya pun rasa terpanggil untuk ikut jejaknya.

Sebenarnya, dia ada ajak saya join usrah juga pada mulanya. Tapi masa tu, saya begitu stereotaip terhadap apa yang dinamakan 'USRAH' ni. Bagi saya, saya belum cukup baik nak join kelompok yang sebegitu. Nanti saya sorang je pulak yang pakai biasa-biasa walhal orang lain berjubah dan bertudung litup bagai. Kawan saya tetap juga daftarkan nama saya sehinggalah ada satu hari tu saya dapat mesej yang datangnya daripada kakak naqibah saya. Saya buat senyaappp aje, malas untuk ambil pusing. Sampailah bilamana saya terkesan dengan perubahan kawan saya tadi tu...

"Nak join usrah, macam dah terlambat...", sayu suara hati berkata yang juga berbaur penyesalan.

Satu hari, saya bertekad untuk mulakan 'langkah' saya dengan melabuhkan tudung dulu. Saya masih pakai tudung bawal kangaroo nipis bidang 45 tu, tetapi tidak lagi diselempangkan saja kiri kanan asal boleh. Saya pinkan elok-elok menutup dada walau masih belum sempurna. Shawl yang saya pakai pun tak lagi dilipat dua untuk adjust bagi 'cantik' (padahal pendek), tetapi saya pakai elok-elok adjust bagi tutup dada juga. Namun begitu, saya masih tidak berstoking mahupun mengenakan handsocks.

"Tak apalah, perlahan-lahan...", bisik hati saya.

Masa berganti masa, saya tetap juga sama dengan penampilan sepertimana yang diceritakan. Cuma, saya cuba sedaya-upaya untuk jaga pemakaian saya. Bukan mudah untuk istiqamah. Lagi-lagi bila dikelilingi oleh suasana yang tak begitu membantu untuk 'ke arah itu' juga. Allah, cabaran sungguh!

Detik penghijrahan saya bermula secara serius, saya nekad untuk jaga aurat sebaik mungkin ialah bila saya sekeluarga pergi menunaikan umrah pada tahun 2014. Saya tak pernah bercerita tentangnya di blog sebab entahlah... Kalau nak diceritakan sekarang pun, jenuh nak ingat semula sebab umrah ziarah saya pergi tu ke Turki−Madinah−Makkah. Dapat buat umrah di usia yang sangat muda bagi saya, merupakan satu anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup saya. Rezeki dan peluang yang tak pernah disangka-sangka! Alhamdulillah, Allah jemput saya hambaNya yang hina ni ke rumahNya. Nikmatnya, hikmahnya, Allah saja yang Maha Mengetahui.

Sepanjang umrah ziarah tu, pemakaian saya adalah sentiasa 'ready to solat'. Bermakna, labuhnya tudung ala mini telekung, sentiasa berstoking dan pakai handsocks. Tak perlu pakai telekung dah. Dari situ juga mendidik diri dan jiwa saya untuk betul-betul istiqamah dalam penghijrahan saya ni.

Disebabkan 'perlahan-lahan' tu nampak macam 'tak jalan', saya kira apalah salahnya kalau saya teruskan saja dengan kaedah drastik supaya saya boleh paksa diri saya. Tak apalah kalau paksa diri pun, yang pastinya ke arah kebaikan. Dan alhamdulillah, perubahan kali ini memang betul berkesan. Saya asingkan segala jenis tudung yang dah tak sesuai, baju-baju ketat dan singkat, seluar jeans yang memeluk kaki, semuanya saya ketepikan. Dari situ, saya tarbiyyah diri beli tudung bidang 48-50 serta wide shawls, saya pakai inner supaya tudung yang agak jarang tak menampakkan leher. Saya tambahkan koleksi stoking dan handsocks yang lebih bervariasi. Saya lebih 'picky' bila beli seluar terutamanya pada zaman hipster ni kebanyakannya mesti skinny jeans and slim fit pants, so terus saya tolak tepi tak pandang dah. Blouse dan t-shirt, saya akan pilih cutting labuh dan saiz lebih besar dari XS/S yang dahulunya saya main ambil saja tanpa perlu berfikir panjang. Kadang-kadang, bila teringat yang saya dah lalui semua zaman jahiliyyah tu, saya dah puas pakai dah semua-semua tu dulu. Saya bersyukur sangat sangat sangat, alhamdulillah sangat Allah tarik saya kepadaNya semula. Saya selalu pesan pada diri sendiri; tak salah berfesyen, asalkan jangan jadi mangsa fesyen sampai aurat pun ke mana. 

Saya juga nak kongsikan perangai saya yang sentiasa jadi kebiasaan sambil bersiap nak ke mana-mana tu, sebelum keluar rumah, mesti tengok cermin sambil tanya diri sendiri;

"Aku pakai macam ni elok tak?
Ayah akan dapat dosa tak kalau aku pakai gini?".

Kalau ada yang tak kena, saya sanggup ambil masa untuk tukar ataupun adjust. Saya akan pastikan soalan tu saya tanya diri sendiri sebelum keluar rumah. Nasiblah kena marah bersiap lama sangat pun.

Itu baru cerita bab penghijrahan saya dari segi luaran, belum lagi masuk dari sudut rohani atau pendek kata 'basuh hati'.

Melangkah masuk semula ke alam universiti untuk sambung degree pada penghujung 2014, saya 'tinggal sebatang kara' disebabkan semua kawan-kawan baik saya waktu diploma dapat sambung di Shah Alam. Saya bergaul dengan semua budak batch saya yang cuma tinggal berapa kerat saja tu. Apa yang menariknya, saya tengok ada beberapa muka familiar yang penampilannya juga dah berbeza. Saya beranikan diri risik-risik dengan salah seorang daripadanya. Saya cakap saya nak join usrah, saya minta tolong dia adjust.

Oh my God, saya nak menangis rasanya taip ni bila flashback pasal tu! Kami berjumpa satu hari tu dan katanya, dia dah masukkan nama saya bawah satu naqibah ni dengan sorang lagi classmate saya waktu diploma dulu. Alhamdulillah, ada kawan! Taklah rasa awkward sangat. Ya Allah, tak tahu nak gambarkan macam mana happy dan terharunya saya bila orang tu ambil serius dengan permintaan saya. Bersyukur sangat!

Maka, bermulalah episod saya sebagai 'budak usrah'. Seingat saya, saya tak pernah missed dan cuba sedaya-upaya untuk hadirkan diri di setiap slot usrah atau kami panggil bulatan bahagia yang saya join. Penat kelas sampai lewat petang, gagahkan juga diri pergi usrah sampai lepas Maghrib baru balik rumah. Hari cuti Sabtu Ahad pun, kalau ada usrah tetap juga akan pergi. Rasa rugi bila missed sekali, tertinggallah satu bab. Alhamdulillah, bila dah join usrah, baru faham sebenarnya usrah bukan untuk golongan yang spesifik saja. Usrah salah satu platform untuk sesiapa saja yang nak 'makanan untuk rohani', usrah terbuka untuk semua. Macam-macam pengisian ada. Aktiviti dengan kelompok yang besar pun ada. Seronok! Secara tak langsung, sedikit sebanyak jiwa ni taklah terasa 'kosong' sangat. Banyak perkara-perkara sunat yang saya tarbiyyah diri supaya jadikan rutin sampai sekarang pun bermula sebab terbiasa buat daripada usrah lagi. Ni dah habis belajar, rindu pulak nak pergi usrah.

Saya bersyukur sangat Allah lorongkan takdir hidup saya dengan penghijrahan yang macam ni. Saya tak pernah anggap atau label diri saya dah baik, dah perfect. Tak pernah. Saya masih lagi struggle nak istiqamah, lawan bisikan-bisikan jahat contohnya malas pakai stoking atau handsocks. Benda simple saja, tapi ya Allah kadang-kadang tu syaitan ni kan...

Jadi, saya menulis entry ni bukan bertujuan riak atau acah baik. Bukan itu niat saya. Apa yang saya harapkan, semoga semua yang membaca secebis kisah hidup saya ni dapat ambil ibrah daripadanya. Kalau ada hati-hati yang terusik dengan kata-kata atau mana-mana bahagian daripada cerita saya ni, saya mohon maaf seikhlas hati. InsyaAllah, kita usaha sama-sama ya?

Yang baik itu semestinya daripada Allah.
Yang buruk pula datangnya daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.

Wallahu'alam.
Fairuz Aqilah.

20 comments:

  1. alhamdulillah. sesungguhnya hidayah itu milik Allah tapi kita sebagai seorang hamba kena berusaha ke arah itu. terkesan kak ana dengan cerita FA. doakan yang terbaik untuk kita semua.

    rindu pula dengan dunia usrah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tak pernah berhenti usaha. :')
      Terima kasih. Saya harap tak menyinggung mana-mana pihak sebab saya cuma share apa yang saya sendiri lalui. InsyaAllah, kak ana. Doa yang baik-baik saja.
      Saya pun rindu usrah! Tapi walaupun dah tak jumpa, still contact each other. Manisnya berukhuwah❤

      Delete
  2. Alhamdulillah...kalau Allah nak ketuk pintu hati hambaNya untuk berubah, sesiapa pun boleh berubah. Seronok baca kisah awak. Doakan saya agar dijemput ke tanah suci di usia yang masih muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu. Alhamdulillah, syukur... :')
      Terima kasih sebab bacadan tinggalkan komen! InsyaAllah, ameen ya Allah... Kite pun selalu rindu nak pergi lagi. InsyaAllah ye. ❤

      Delete
  3. Fairuz!! Ya Allah seronoknyaaa! I did not know you were exactly like me before. Maybe sebab time kita kenal tu Fairuz dah pun berhijrah. I'm happy for you. Selalu jugak tengok kawan Nad join usrah ni. Harap Nad pun berubah sama nanti in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noooo... Jangan cakap macam tu, please nadnod... 😒 If I can, of course you can do the same too. InsyaAllah, kita sama-sama usaha tauuu... Thank you sooooo much! Usrah seronok, cubalah nad join jugak. InsyaAllah, fairuz tak pernah jemu doa yang baik-baik untuk semuuuaaa kawan-kawan kesayangan fairuz including you nadnod sayangggg! πŸ’‹πŸ’•

      Delete
  4. ALhamdulillahπŸ˜‡jom sma2 jd baik.! Semoga kita terus istiqamah hingga Allah meredhai kita masuk ke syurgaNya..allahumma aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, jum! Kite pun sedang berusaha ni... ☺ Ameen ameen ya Rabb! Terharu rasanya. Terima kasih! πŸ’

      Delete
  5. Alhamdulillah Fairuz! Hidayah itu milik Allah, dan Allah dah bagi petunjuk tu dekat Fairuz,
    Semoga Fairuz terus istiqamah untuk mengekalkan perubahan Fairuz sekarang. I'm happy for your changes! (walaupun tak kenal, tapi based on story tu rasa macam kagum sangat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed! 😒 Alhamdulillah... InsyaAllah, ameen ameen ya Allah! That's very nice of you. Thank you sooo much, seorang syed! :')

      Delete
  6. ALHAMDULILLAH, suka sangat baca pasal nie. moga terus istiqamah yaaa. <3
    BV pun dalam usaha jaga pemakaian nie sebab alhamdulillah kawan2 jenis suka tegur kalau pemakaian tak sempurna, dari situ sedar jugak betapa pentingnya jaga aurat nie. :) so, sama2 la saling menegur ye :D

    best join usrah terutama masa belajar sebab banyak pengisian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... InsyaAllah, ameen! Thank you, bv chan! ❤
      InsyaAllah, kita sama-sama usaha okeyyy... Bv beruntung sangat tau dikelilingi kawan-kawan yang tegur demi kebaikan macam tu. Bukan senang nak dapat kawan-kawan yang sebab sayanglah nasihat macam tu tauuu. You're so lucky, alhamdulillah!
      Yes, trueeee... Usrah best kan bv kan! πŸ™†πŸ’•

      Delete
  7. yeah....my story a bit difference with you which is I hijrah about ikhtilat.Before Im used to friendly ngn perempuan.Study semua dengan perempuan and so on.Ikut nafsu ahaha ya lah belajar ngan perempuan tak sebest kawan ngan laki.Dia macam ada keindahan yang dihiasi syaitan gitu...but the existence of book named "Tarbiah Sentap" changed my life a lot.Which is now Im realised that how cheap am I?How cheap all the girls yg aq kawan.How cheap perempuan yang dedahkan aurat tuk tatapan umum.I start jaga ikhtilat and doa dalam pada masa yang sama jodoh saya pun lakukan benda yang sama :)
    How sweet to have someone who only love us for the first and the last time... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, good for you. Buku tu buat asbab saja, yang jentik hati rasa nak betul-betul jaga ikhtilat tu tetap saja Dia. Teringat kata-kata cikgu saya masa sekolah dulu, "Bertepuk bertampar, bertukar hati" sebab pergaulan bebas antara lelaki perempuan acah-acah pukul gedik-gedik manja gitu. Sampai zaman uni pun saya masih nampak depan mata situasi tu bersepah. Ya Allah, mohon Allah pelihara kita semua daripada terjebak perkara-perkara macam tu... 😒
      Semoga bertemu jodoh sepertimana yang diinginkan, insyaAllah ameen! Percaya dengan ayat al-Quran daripada surah an-Nur ayat 26. Dah awak jaga ikhtilat dari sekarang ni, insyaAllah si dia juga sedang berbuat perkara yang sama juga. ☺

      P/s:- Nak kahwin jangan lupa jemput! ✌

      Delete
  8. alhamdulilah. good for you. moga terus istiqamah. please doakan untuk jieha pulak. harap jieha dapat ikut jejak langkah fairuz. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fairuz pun masih struggle nak istiqamah, sayangku... InsyaAllah, boleh! Kita usaha sama-sama! πŸ™†πŸ’•

      Delete
  9. Alhamdulillah, kisah dari hati yang menyentuh hati :')
    Semoga istiqamah...Tahniah sebab dapat merasa manisnya sebuah hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... :')
      InsyaAllah, Mai. Always. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih. Kite doa yang baik juga untuk semua yang membaca. ❤

      Delete
  10. bila Allah dah detikkan untuk awak berhijrah tu, itu tandanya masih ada iman dalam diri dan Allah masih syg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah, betul... Alhamdulillah sangat! :')
      Sentiasa cuba perbaiki diri, tak pernah putus-asa. Dalam kesungguhan mencuba tu pun, banyak juga dugaanNya. But still, selalu ingatkan diri sendiri "Sebab Allah sayanglah Allah uji". InsyaAllah, kuat!

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥