BANGKIT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Bangkitlah pabila rebah.
Bangkitlah meski payah.
Bangkitlah sekalipun melawan arah.
Bangkitlah lantas ikut kata hati, ke mana kaki melangkah.

Bangkit!
Jangan tunggu lagi.
Tahan peritnya rasa hati.
Teguhkan iman, kuatkan diri.

Tak jauh lagi.
Di sana, Allah setia menanti.
Pungut serpihan jiwa bertaburan mati.
Isi kekosongan sanubari tandus sepi.

Bangkit!
Hadap realiti.
Berhenti bermimpi.
Buang lamunan khayalan.
Tepis memori silam.

Tak jauh lagi.
Allah masih setia menanti.
Menanti sang hamba pulang ke pangkuanNya sekali lagi.
Menjalin cinta manis mekar kekal abadi.

Bangkit!
Sedang Tuhan pun sedia terima sang hamba pendosa.
Meski berkali-kali menjauh leka alpa mengingatiNya.

Bangkit!
Tak lagi punya sesiapa?
Tak mengapa.
Dia tetap ada.
Selalu ada.


Kita bangkit sama-sama k? :')
Fairuz Aqilah.
#aqilahslaa

6 comments:

  1. dalam idup ni jangan pernah menyerah kalah . Allah sentiasa ada disisi untuk bantu hambaNya.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Selagi pintu taubat terbuka kita masih punya peluang utk terus tertaubat dan bangkit dari dosa2 silam kita. Jom bangkit sama2 ❤❤

    ReplyDelete
  3. Kalau jatuh, kita bangun semula. Jangan mengalah, kekuatan ada pada diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  4. Some Englishman says, "Don't lost hope, God has plan. Trust what you are going through is shaping you into who you need to become".

    ReplyDelete
  5. Terbaik.. Suka susunan kata2 ni.. Sentiasalah ingat ALLAH dan sentiasa berfikiran positif..

    ReplyDelete
  6. Cerita tentang taubat.

    Bila kita nak bertaubat, kita tunggu. Bila kita nak bertaubat aje kita tangguh. Ajal tak tunggu kita taubat.

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥