PESAN ORANG TUA

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Pesan Orang Tua

Selalu tak dengar atau ucapkan sendiri, "Mak kite cakap..." dan seumpamanya? Hehe.. Berbalik pada tajuk, harini saja nak share pasal pesanan-pesanan daripada tok nenek yang selama ni saya membesar dengannya. Dari kecik dok dengaq macam-macam pesanan depa, bila mai besaq ni dok pikiaq pulak apa relevannya. Saya ni pulak jenis tak ambil pusing sangat pastu tak ikut pun, sekadar tahu aje. Hiks!


1| Jangan sapu sampah dalam rumah malam-malam

Tak pernah lupa Tok pesan jangan menyapu malam-malam. Siapa tahu? Kenapa ya? Paseipa paseipa paseipa??? I cannot brain this.

Kadang-kadang, bukannya saja suka-suka nak menyapu malam-malam. Misal kata kalau lantai kotor tertumpah apa-apa ke, pecah kaca pecah gelas ke, takpun baru berkesempatan nak kemas rumah malam raya ke. Haa, kaannn...


2| Tak baik tatang pinggan masa makan

Ingat lagi ada sorang makcik tu tegur. Bantut terus selera makan, rasa kesat menelan makanan untuk suapan-suapan seterusnya. Yang ni of course lah sebab nak suruh jaga adab sopan-santun masa makan kan. Okey, faham.

Tapi tak reti lah kalau tak tatang pinggan bila makan duduk kat bawah, nanti tumpah sebab jarak mulut dengan pinggan jauh sangat. (Alasaannn tak boleh bla!) Sampai sekarang kalau makan duduk kat bawah, asal tatang pinggan je tengok kiri kanan. Kalau makan atas meja pun nak tatang pinggan tu, melampau sangat, memang tak lah. Cuma kalau duduk bawah tu je. Erm... Fairuz Aqilah kena cuba biasakan diri, nanti mak mertua reject pulak! #siscuba


3| Jangan menyanyi masa tengah memasak, nanti kahwin dengan orang tua

Tua setahun dua tak apa kot... Hiks! Ala, sambil nyanyi pun tak lupa lauk aih. Tak hangit punya, toksah risau. Yang penting, confident kena ada. Confident menyanyi control suara sedap, confident masak pun gerenti sedap. Ehhh?


4| Tak elok orang perempuan duduk atas tangga, nanti tak ada orang masuk meminang

Garu-garu kepala yang tidak gatal... And I'm like, "Huh???" sambil duduk juga kat tangga selfie muka pelik.


5| Jangan duduk atas bantal, nanti bisul

This one's referring to bantal tidur only kan? Ke macam mana? Alahaaiii... Maksudnya, tak baik lah bantal tidur tu buat lenyek duduk atas tu pulak. Kalau cushion nak alas duduk supaya lebih selesa takpe je kan. Kan?


Sebenarnya, semua tu berunsur nasihat untuk jaga adab sopan tapi masalahnya disampaikan melalui kata-kata yang kadang tu tak habis pikiaq jadinya. Paseipa pulak??? Hahahaha... Saja teringat dari semalam lagi nak update pasal ni, tapi dok layan hindustan.

Ada nak share pesanan dan nasihat daripada orang tua juga? Teringin nak tahu. Feel free to share in the comment section below! Kalau ada jawapan untuk kemusykilan saya pun, silakan drop your comments. 

xoxo,
Fairuz Aqilah.

CUTI-CUTI MALAYSIA : LANGKAWI LAGOON RESORT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Cuti-Cuti Malaysia: Langkawi Lagoon Resort

Pulau Langkawi ialah salah satu destinasi pelancongan favourite saya. Tak pernah tak rindu Langkawi, okey! Gambar kat atas ni pun kiriman daripada kawan masa dia ke Langkawi baru-baru ni sebab dia tau kite suka sangat Langkawi. How sweet! Kau ukir namaku di persisiran Pantai Cenang pun jadi lah babe, walaupun mercutanda 'LANGKAWI' tu nuuunnn jauh di sana... Hiks!

Langkawi ni sangat terkenal dan menjadi tarikan pelancong bukan saja dari dalam negara malahan foreigners jugak. Orang putih kan suka pulau-pulau, sunbathing ni. Kalau orang kita, cuti sekolah tu memang peak season lah berpusu-pusu orang pergi melancong bawak family termasuklah ke Langkawi. Well, apa aje yang tak ada kat Langkawi tu. Paling utama, tempat tumpuan untuk beriadah dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Sesuai sangatlah untuk tenangkan fikiran, lari dari kesibukan tugasan harian bak kata orang putih 'sweet escape' gitu.

Apa yang menarik kat Langkawi? Dah terang lagi bersuluh, dah tentu lah tentang sejarahnya. Sekali-sekala melawat tempat bersejarah apa salahnya kan, dapat juga pengetahuan baru dalam berseronok pun. Antara tempat bersejarah yang tak asing lagi di Langkawi ialah Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.

Lain pula ceritanya kalau pergi ke Langkawi untuk shoppingggg! (jum joget sama-sama) Bhahaha... Nak shopping, tak sah la kalau tak singgah di Kompleks Haji Ismail Group yang sangat famous dengan pelbagai jenis coklat (sedapnyaaa Daim), pinggan mangkuk dan serba-serbi seaneka barangan (branded pun ada) yang dijual pada harga jauh lebih murah because it's duty free lah katakan! Teringat pulak saya memborong Pepero punya banyak dok usung plastik besar sampai kawan-kawan asyik mengusik. Alahaaiii, orang-orang yang ditinggalkan pun tak sah la jugak kan kalau tak memesan. Nasib baiklah saya ni jenis gigih orangnya, ku turutkan jua apa adanya.

Bukan itu saja, dah sampai di Langkawi tu of course lah nak spend some quality time and have fun with family and friends. Jadi, moleklah apa kiranya kalau berkunjung ke Dataran Lang tangkap-tangkap gambar, naik kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang di Langkawi Cable Car, merasa berjalan atas awan kat Langkawi Sky Bridge. Bestnyaaa!!! For those yang bawak anak-anak cuti sekolah best jugak pergi Art in Paradise 3D Museum takpun Underwater World tengok ikan comel-comel. Confirm puas hati siap tidur sambil senyum sampai ke telinga.

Cuti-Cuti Malaysia: Langkawi Lagoon Resort
Tiba-tiba jadi sayu sebab riinnduuu diorang... Nak naik cable car sama-sama lagi! ❤

Selain itu, bagi pencinta alam especially suka pantai macam saya ni boleh la relax sambil berjalan main-main di gigi air atau duduk bersantai ambil angin di persisiran pantai seperti di Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Pasir Tengkorak. Seronoknya menikmati dan mensyukuri keindahan ciptaanNya, pasti terlupa seketika tentang bebanan masalah dan yang penting sekali dapat release tension. Gallery phone tu kalau tak penuh sebab setiap sudut nak ambil gambar tu, tipu sangatlah kalau kata 'tak' kaannn...

Tapi kan! Haa... Ada juga tapi tu! Tapi, apalah maknanya percutian penuh keriangan tanpa tempat penginapan yang awesome kan? Bila masuk bab penginapan, ada satu tempat ni which is highly recommended especially for newlyweds yang memilih Langkawi sebagai lokasi honeymoon mereka. Aww, romantik sangat... Kat mana tu? It's LANGKAWI LAGOON RESORT! Resort ni berkonsepkan tradisional dan kontemporari, ala-ala Bali sikit.

Ada dua pilihan konsep penginapan yang ditawarkan kepada tetamu iaitu Sea Village atau Beach Front. Sea Village merupakan suites yang terletak di atas permukaan laut, agak jauh sikit daripada lobby ataupun nak ke ruang makan. Tapi tak perlu risau sebab perkhidmatan buggy sentiasa disediakan buat tetamu yang menginap di Sea Village. Apa yang penting, jejak je kaki ke Sea Village ni confirm terus rasa taknak keluar bilik dah sebab pemandangan suites ni cantik sangaattt menghadap Andaman Sea. Breathtaking! Kalau Beach Front pulak tak kurang juga cantiknya, terletak satu bangunan dengan lobby and ruang makan. Boleh pilih antara dua jenis view, sama ada nak yang menghadap laut ataupun pemandangan kawasan hotel, terpulang pada citarasa masing-masing (ikut juga availability). Kemudahan yang disediakan pun banyak macam infinity swimming pool, beach front swimming pool with jacuzzi and sunken bar, ada sauna and steam rooms, Seri Songket Spa dan Guest Service Centre. Kalau rasa taknak terjun laut, boleh juga terjun swimming pool yang ada takpun pergi spa manjakan diri. Pun boleh, tak ada masalah.

Tempat menarik yang berdekatan dengan Langkawi Lagoon Resort ni ialah Langkawi Night Market yang terletak 1.6 km je daripada resort. So, kalau jalan kaki pun rasanya tak tercabut kaki aih. Tapi boleh je cari alternatif lain. Night market ni ataupun pasar malam lah kan senang cerita memang dibuka setiap hari. Satu lagi tempat menarik yang boleh dilawati tak jauh dari Langkawi Lagoon Resort iaitu Beras Terbakar tadi, lebih kurang 1.4 km jaraknya. Pun boleh kalau nak jalan kaki tapi macam penat je. Guna 'alternatif lain' tadi tu k! Hehehe..

Okey, sekarang ni dah ada yang berangan nak pergi bercuti ke Langkawi tak? Hiks! Andai kata berminat untuk menginap di Langkawi Lagoon Resort ni, boleh la booking through traveloka.com. Sebabnya Traveloka kan sediakan online service for flight and hotel booking without transaction fees. So, dah tentu memudahkan kerja malah menjimatkan masa untuk tempah tempat penginapan. Klik klik klik je, dah selamat booked hotel untuk percutian nanti.

Jap, jap, jap!!! Berita baiknya ialah, nikmati harga yang lebih rendah kalau buat online booking sebab ​Traveloka menawarkan best deal on Langkawi Lagoon Resort berbanding dengan direct booking untuk sebarang tempahan resort ataupun hotel yang dipilih! Best ke best?

Haa, ada laagiii... Bagi yang macam malas sangat laahaiii nak buka laptop dan booking kat traveloka.com tu kan, boleh je download apps Traveloka kat smartphone. Hmm, apa je yang tak boleh kan. Semua boleh sekarang ni, easy peasy. Almaklumlah, zaman teknologi serba canggih ni, segala maklumat berada di hujung jari je. Agak-agak rasa macam nak 'weekend getaway' tu, cepat-cepat capai phone buka apps Traveloka dan terus booking hotel tau!


Rindu Pulau Langkawi,
Fairuz Aqilah.

MENYESAL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Menyesal

Apakah yang dikesalkan tu? Sejak akhir-akhir ni asyik teringatkan blog lama iaitu my firssttttt blog ever and some precious entries in it! I said precious sebab for sure semuanya tertulis dengan sangat terperinci so kalau baca balik pun taklah tergagau-gagau nak refresh memori tu.

Antara yang paling tak boleh lupa pasal life lepas SPM, pasal tukar kad pengenalan baru, pasal Puan kat kaunter pejabat pendaftaran yang buat kad pengenalan tu sungguh tak mesra pelanggan (eh, ingat lagi?), pasal belajar memandu dan segala macam pengalaman dapat control sendiri sebuah kereta, pasal mimpi jejaka serba biru sebiji sejibi muka Bruno Mars nama Uzrad (pelik kan namanya), pasal kehidupan mula-mula masuk UiTM. Actually, macam-macam lagi cerita merapu. Tapi, yang mana saya sebutkan tu ialah antara yang saya rasa ralat sangat sampai sekarang lah, tak dapat baca balik kisahnya.

Saya rasa saya buat tindakan paling tak bijak bila dengan senang hatinya delete terus blog tu tanpa back up any entry pun contohnya mungkinlah copy paste kat mana-mana dulu ke entries yang ada sentimental values kan. Ini tak, rasa tersangatlah tak matang macam tak suka pastu terus je delete and done, habis cerita. Aduuhhh... Sampai sekarang tak boleh nak move on. Bhahaha... Sadis.

Sebenarnya saya delete blog tu pun sebab Ya Allah, sumpah kebudak-budakan sangat! Dari nama blog, rupa blog tu sendiri, gaya bahasa dan penulisan sampailah ke isinya (of course) teramatlah ke laut. It's embarrassing, seriouslyyyy! Disebabkan yang saya kata banyak merapu tadi tu lah. Almaklumlah, buat blog lepas SPM, saya boleh kira masih duduk dalam kategori 'budak baru nak up' lagi masa tu. Kahkahkah! Dan salah satu sebab kenapa ada 'official' pada nama blog kerdil saya ni pun sebenarnya supaya dapatlah cover sikit ketidakmatangan blog lama tu (kengkonon). Padahal...

Sekarang pun merapu juga kot kadang-kadang (contohnya macam entry ni), tapi kesedaran dan inisiatif untuk produce entries that are benificial for the readers tu ada lah juga. Kalau dulu tak ada hala tuju langsung dok merapu tak tentu hala sepanjang jalan, sekarang blogging makin nampaklah juga haluannya walaupun tak berapa nak konsisten lagi haa (#siscuba).

Sedar diri aih, cuma selalu ingatkan diri supaya lebihkan menulis tentang perkara yang memberi manfaat pada orang lain juga, bukan suka-suki syok sendiri saja. Itu juga salah satu sebab kenapa saya jarang update blog. Pada saya, kalau tak ada apa yang baik nak diperkatakan, tak ada nak menyumbang sesuatu bermanfaat kepada orang lain, lebih baik diam. Sama juga kat facebook dan instagram pun. Tapi adatlah, saya pun manusia biasa juga ada masa-masa nak post suka hati je macam gambar diri sendiri dengan caption acah-acah sikit. Ehhhh!!! K, boleh je nak gelak.

Pokok pangkalnya, saya menyesal delete blog lama tanpa copy dulu entries yang ada sentimental values. Saya juga sangat menyesal sebab banyak sangat merepek tak tentu pasal dalam blog lama tu. Oh, sungguh memalukan. Haiihhh... Pengajarannya, belajar-belajar kawal diri supaya jangan banyak sangat merepek meraban kat alam maya ni. Istighfar banyak-banyak, Fairuz Aqilah. Let bygones be bygones.

Apa yang tengah tempuh sekarang, patut hadap dengan sebaik mungkin (#siscubalagi) dengan harapan lebih melimpah ruah rezeki bersama blog ni. InsyaAllah, ameen!

Penyesalan yang tak berkesudahan,
Fairuz Aqilah.

CERITERA HIJRAHKU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Ceritera Hijrahku

Ini adalah kisah benar, cerita tentang diri saya sendiri yang saya kongsikan dengan niat supaya sesiapa di luar sana yang terdetik di hati untuk berubah ke arah lebih baik, teruskan melangkah lillahita'ala tanpa ragu lagi. Semoga pengalaman saya jadi pengajaran yang baik juga untuk semua, insyaAllah.

Kisah hijrah saya bermula masa semester akhir diploma. Salah seorang daripada kawan baik saya dah mula bertudung labuh, stoking dan handsocks tak tinggal. Semuanya berubah sebegitu semenjak dia join usrah. Saya rasa terharu sangat tengok perubahan dia yang drastik dan sangat mengejut tu. Situasi tu menyebabkan secara tak langsung, saya pun rasa terpanggil untuk ikut jejaknya.

Sebenarnya, dia ada ajak saya join usrah juga pada mulanya. Tapi masa tu, saya begitu stereotaip terhadap apa yang dinamakan 'USRAH' ni. Bagi saya, saya belum cukup baik nak join kelompok yang sebegitu. Nanti saya sorang je pulak yang pakai biasa-biasa walhal orang lain berjubah dan bertudung litup bagai. Kawan saya tetap juga daftarkan nama saya sehinggalah ada satu hari tu saya dapat mesej yang datangnya daripada kakak naqibah saya. Saya buat senyaappp aje, malas untuk ambil pusing. Sampailah bilamana saya terkesan dengan perubahan kawan saya tadi tu...

"Nak join usrah, macam dah terlambat...", sayu suara hati berkata yang juga berbaur penyesalan.

Satu hari, saya bertekad untuk mulakan 'langkah' saya dengan melabuhkan tudung dulu. Saya masih pakai tudung bawal kangaroo nipis bidang 45 tu, tetapi tidak lagi diselempangkan saja kiri kanan asal boleh. Saya pinkan elok-elok menutup dada walau masih belum sempurna. Shawl yang saya pakai pun tak lagi dilipat dua untuk adjust bagi 'cantik' (padahal pendek), tetapi saya pakai elok-elok adjust bagi tutup dada juga. Namun begitu, saya masih tidak berstoking mahupun mengenakan handsocks.

"Tak apalah, perlahan-lahan...", bisik hati saya.

Masa berganti masa, saya tetap juga sama dengan penampilan sepertimana yang diceritakan. Cuma, saya cuba sedaya-upaya untuk jaga pemakaian saya. Bukan mudah untuk istiqamah. Lagi-lagi bila dikelilingi oleh suasana yang tak begitu membantu untuk 'ke arah itu' juga. Allah, cabaran sungguh!

Detik penghijrahan saya bermula secara serius, saya nekad untuk jaga aurat sebaik mungkin ialah bila saya sekeluarga pergi menunaikan umrah pada tahun 2014. Saya tak pernah bercerita tentangnya di blog sebab entahlah... Kalau nak diceritakan sekarang pun, jenuh nak ingat semula sebab umrah ziarah saya pergi tu ke Turki−Madinah−Makkah. Dapat buat umrah di usia yang sangat muda bagi saya, merupakan satu anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup saya. Rezeki dan peluang yang tak pernah disangka-sangka! Alhamdulillah, Allah jemput saya hambaNya yang hina ni ke rumahNya. Nikmatnya, hikmahnya, Allah saja yang Maha Mengetahui.

Sepanjang umrah ziarah tu, pemakaian saya adalah sentiasa 'ready to solat'. Bermakna, labuhnya tudung ala mini telekung, sentiasa berstoking dan pakai handsocks. Tak perlu pakai telekung dah. Dari situ juga mendidik diri dan jiwa saya untuk betul-betul istiqamah dalam penghijrahan saya ni.

Disebabkan 'perlahan-lahan' tu nampak macam 'tak jalan', saya kira apalah salahnya kalau saya teruskan saja dengan kaedah drastik supaya saya boleh paksa diri saya. Tak apalah kalau paksa diri pun, yang pastinya ke arah kebaikan. Dan alhamdulillah, perubahan kali ini memang betul berkesan. Saya asingkan segala jenis tudung yang dah tak sesuai, baju-baju ketat dan singkat, seluar jeans yang memeluk kaki, semuanya saya ketepikan. Dari situ, saya tarbiyyah diri beli tudung bidang 48-50 serta wide shawls, saya pakai inner supaya tudung yang agak jarang tak menampakkan leher. Saya tambahkan koleksi stoking dan handsocks yang lebih bervariasi. Saya lebih 'picky' bila beli seluar terutamanya pada zaman hipster ni kebanyakannya mesti skinny jeans and slim fit pants, so terus saya tolak tepi tak pandang dah. Blouse dan t-shirt, saya akan pilih cutting labuh dan saiz lebih besar dari XS/S yang dahulunya saya main ambil saja tanpa perlu berfikir panjang. Kadang-kadang, bila teringat yang saya dah lalui semua zaman jahiliyyah tu, saya dah puas pakai dah semua-semua tu dulu. Saya bersyukur sangat sangat sangat, alhamdulillah sangat Allah tarik saya kepadaNya semula. Saya selalu pesan pada diri sendiri; tak salah berfesyen, asalkan jangan jadi mangsa fesyen sampai aurat pun ke mana. 

Saya juga nak kongsikan perangai saya yang sentiasa jadi kebiasaan sambil bersiap nak ke mana-mana tu, sebelum keluar rumah, mesti tengok cermin sambil tanya diri sendiri;

"Aku pakai macam ni elok tak?
Ayah akan dapat dosa tak kalau aku pakai gini?".

Kalau ada yang tak kena, saya sanggup ambil masa untuk tukar ataupun adjust. Saya akan pastikan soalan tu saya tanya diri sendiri sebelum keluar rumah. Nasiblah kena marah bersiap lama sangat pun.

Itu baru cerita bab penghijrahan saya dari segi luaran, belum lagi masuk dari sudut rohani atau pendek kata 'basuh hati'.

Melangkah masuk semula ke alam universiti untuk sambung degree pada penghujung 2014, saya 'tinggal sebatang kara' disebabkan semua kawan-kawan baik saya waktu diploma dapat sambung di Shah Alam. Saya bergaul dengan semua budak batch saya yang cuma tinggal berapa kerat saja tu. Apa yang menariknya, saya tengok ada beberapa muka familiar yang penampilannya juga dah berbeza. Saya beranikan diri risik-risik dengan salah seorang daripadanya. Saya cakap saya nak join usrah, saya minta tolong dia adjust.

Oh my God, saya nak menangis rasanya taip ni bila flashback pasal tu! Kami berjumpa satu hari tu dan katanya, dia dah masukkan nama saya bawah satu naqibah ni dengan sorang lagi classmate saya waktu diploma dulu. Alhamdulillah, ada kawan! Taklah rasa awkward sangat. Ya Allah, tak tahu nak gambarkan macam mana happy dan terharunya saya bila orang tu ambil serius dengan permintaan saya. Bersyukur sangat!

Maka, bermulalah episod saya sebagai 'budak usrah'. Seingat saya, saya tak pernah missed dan cuba sedaya-upaya untuk hadirkan diri di setiap slot usrah atau kami panggil bulatan bahagia yang saya join. Penat kelas sampai lewat petang, gagahkan juga diri pergi usrah sampai lepas Maghrib baru balik rumah. Hari cuti Sabtu Ahad pun, kalau ada usrah tetap juga akan pergi. Rasa rugi bila missed sekali, tertinggallah satu bab. Alhamdulillah, bila dah join usrah, baru faham sebenarnya usrah bukan untuk golongan yang spesifik saja. Usrah salah satu platform untuk sesiapa saja yang nak 'makanan untuk rohani', usrah terbuka untuk semua. Macam-macam pengisian ada. Aktiviti dengan kelompok yang besar pun ada. Seronok! Secara tak langsung, sedikit sebanyak jiwa ni taklah terasa 'kosong' sangat. Banyak perkara-perkara sunat yang saya tarbiyyah diri supaya jadikan rutin sampai sekarang pun bermula sebab terbiasa buat daripada usrah lagi. Ni dah habis belajar, rindu pulak nak pergi usrah.

Saya bersyukur sangat Allah lorongkan takdir hidup saya dengan penghijrahan yang macam ni. Saya tak pernah anggap atau label diri saya dah baik, dah perfect. Tak pernah. Saya masih lagi struggle nak istiqamah, lawan bisikan-bisikan jahat contohnya malas pakai stoking atau handsocks. Benda simple saja, tapi ya Allah kadang-kadang tu syaitan ni kan...

Jadi, saya menulis entry ni bukan bertujuan riak atau acah baik. Bukan itu niat saya. Apa yang saya harapkan, semoga semua yang membaca secebis kisah hidup saya ni dapat ambil ibrah daripadanya. Kalau ada hati-hati yang terusik dengan kata-kata atau mana-mana bahagian daripada cerita saya ni, saya mohon maaf seikhlas hati. InsyaAllah, kita usaha sama-sama ya?

Yang baik itu semestinya daripada Allah.
Yang buruk pula datangnya daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.

Wallahu'alam.
Fairuz Aqilah.

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist!
Klik lah untuk join sekali!
[ TARIKH TUTUP: 30 APRIL 2017 ]

Bagi kite kan, kalau kite perasan ada yang masukkan blog kerdil kite ni dalam bloglist dia lebih-lebih lagi secara sukarela, sebenarnya motivate kite supaya lebih bersemangat waja dan konsisten nak update blog. Serius, serius! Semangat dia tu lain macam! Lagipun, itu sememangnya azam setiap tahun (eh ke setiap masa). 💪

Tak ada nak berucap panjang, cuma cukuplah sekadar Seorang Syed tahu bahawasanya kalau dah hari-hari menjadi kemestian untuk jengah blog dia tu dah tentunya sebab aura tuannya melekat pada blognya juga. K #apaakucubacakapni so faham-faham je lah! Blog Seorang Syed ni ada auranya yang tersendiri, dengan gaya bahasa yang digunakan sangat santai, pemilihan topik pun relevan walaupun random buat orang nak baca lagi dan lagi tak jemu-jemu. Terserlah la karakter sebenar Seorang Syed tu secara tak langsung, tapi tak tahulah pulak sebab orang putih kata, "Don't judge a book by its cover" kaannn. Yezzaa! Itu aje lah kot, Seorang Syed ni karang suka angkat bakul japgi tak pasal je kite disqualified sebab kipas kuat. Bhahahahaha... Gurau, Syed! 😂✌

Dah banyak yang Syed achieved dalam dunia blogging walaupun anothersyed.blogspot.my masih baru. Semoga terus berjaya bukan saja dalam dunia blogging ni, malahan apa jua yang dilakukan terutamanya journey seorang Cikgu Syed yang bakal bermula tak lama lagi. InsyaAllah, ameen!

Rasanya macam tadi cakap, "Tak ada nak berucap panjang". Kan?

Sekian, terima kasih.

Okbai!
Fairuz Aqilah.

SABAR - ISMAIL IZZANI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Currently, I'm lovin' this song soooooo much! 💃
Liriknya simple je and sangat straight forward.


Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Now I'm alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no...
Why is it hard for you to see
When everything I've done is for you and me
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita walau bukan selamanya

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana
Agar bahagia di sana


Lagi dia kata jangan menangis, lagi tu lah rasa nak menangisnya pun aduiii... 😂

Jangan menangis sayangku,
Fairuz Aqilah.

BLOG POSTS: ENGLISH VERSUS BAHASA MELAYU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


It's Sunday! Have a nice day... 😉 Okey, dah kenapa tajuk entry macam tu? 👆 Ini sebenarnya cuma nak make things crystal clear so that orang tak salah faham atau salah anggap serta seterusnya memungkinkan wujudnya pandangan tak best terhadap blog Fairuz Aqilah. 💕

Back to the topic! Biasanya, saya prefer 'Manglish' macam ni saja bila blogging. Cuma kadang-kadang ada juga posts yang almost fully English. Kenapa? Sebab utamanya ialah saya nak terus latih diri untuk biasa menulis dalam English dengan baik. Saya tak kata perfect okey, but I do believe in practice makes perfect quotes. Almaklum sajalah, bila dah habis belajar ni kan dah tak hadap hari-hari dah English ni. Kalau tidak tu lecture notes, buku rujukan, journals, even lecture and presentations and menjawab exam pun semuanya dalam English. So, menulis panjang-panjang in English tu perlu bagi saya untuk kekalkan bahasa tu jangan bagi terabur ke laut sangat. Hehehe..

Jadi, setiap kali saya terfikirkan tajuk entry dalam English aje mesti sedaya upaya saya cuba untuk tulis entry tu sepenuhnya in English juga. Terselit sikit-sikit Bahasa Melayu tu biasalah, bagi ada 'sense of humour' and 'spice up' the whole story making it more interesting sikit kengkonon. Gitu... Ehhh! 😂 Takmau ada tanggapan macam Fairuz Aqilah ni seorang yang show off atau ikut orang atau bawa pengaruh buruk ke apa erh erh erh?? 😌🍃

By the way, entry ni ditulis dalam 'Manglish' ya which is soooooo ME. 😁 Kalau dalam percakapan biasa pun memang macam ni lah gayanya. Even texting pun sama juga sampai ada yang kata, "Aku text dengan kau ni dah macam cakap face to face dah". Meaning that dengan expressions (in words and emoji) apa semua cukup sampaikan orang boleh imagine betul-betul tengah communicate face to face dengan saya. Hee... Perangai! 🙈 So, dari situ pun you can judge dah the real me macam mana.

Hmm... Tetibe terfikir pulak kalau nak tulis entry dalam Bahasa Melayu baku instead of bahasa pasar. 'Skema' ke tak, belum cuba belum tahu kan. Boleh dipertimbangkan! Sebab tu lah cikgu BM sayang lebih dulu ni... Kahkahkah okbai! ✌


Which language would you prefer to use for writing your blog posts?


Bukan entry emo, bukan juga merepek.
Serius! 💋
Fairuz Aqilah.

BANDUNG SOUVENIRS GIVEAWAY BY NAFAS BARU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Hadiah-hadiahnya sangatlaahhh menarik hati saya yang dah lama mengumpul fulus nak pergi ke Bandung ni. Fridge magnet Bandung belum ada lagi dalam koleksi. Tetibe! Bhahaha... 😅

Jum lah join sekali! Klik banner 👆👆👆


Moga ada rezeki berkat hari Jumaat,
Fairuz Aqilah.

BANGKIT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Bangkitlah pabila rebah.
Bangkitlah meski payah.
Bangkitlah sekalipun melawan arah.
Bangkitlah lantas ikut kata hati, ke mana kaki melangkah.

Bangkit!
Jangan tunggu lagi.
Tahan peritnya rasa hati.
Teguhkan iman, kuatkan diri.

Tak jauh lagi.
Di sana, Allah setia menanti.
Pungut serpihan jiwa bertaburan mati.
Isi kekosongan sanubari tandus sepi.

Bangkit!
Hadap realiti.
Berhenti bermimpi.
Buang lamunan khayalan.
Tepis memori silam.

Tak jauh lagi.
Allah masih setia menanti.
Menanti sang hamba pulang ke pangkuanNya sekali lagi.
Menjalin cinta manis mekar kekal abadi.

Bangkit!
Sedang Tuhan pun sedia terima sang hamba pendosa.
Meski berkali-kali menjauh leka alpa mengingatiNya.

Bangkit!
Tak lagi punya sesiapa?
Tak mengapa.
Dia tetap ada.
Selalu ada.


Kita bangkit sama-sama k? :')
Fairuz Aqilah.
#aqilahslaa

HOW SOCIAL MEDIA CAN RUIN YOUR LIFE?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


I'm in a dilemma whether to post about this or not. But, it's okay. I'll proceed since it's a #notetoself or as a self reminder as well. I really hope you don't get too offended, y'know what I'm saying? This entry is written based on my personal point of view. There's likely to be one or more of these related to anyone including me myself. So, yeah! 😉


"One click, millions consequences".


STATUS UPDATES

Posting a status online may be a good thing and it can be a form of dakwah too if you're doing it right. On the other hand, updating a status about very personal matters for example like 'hal dalam kelambu', problems among family members and close friends is a BIG NO-NO! No, don't do that! It won't make things better, seriously. Try to discuss and solve the problem among you guys first, face each other. No need to post it out on social media and start arguing in public. Things that could be discussed properly and get the solution will ultimately be more complicated just because of the status updates. For 'hal-hal dalam kelambu', just keep it to yourself because it's a part of your married life journey and memories. Please please pleaseeee, find the most appropriate way and don't use social media as a platform to share unnecessary things.


PHOTOS

"Come, let's take a picture of us!"
"Here, here! There, there!"
"Selfieeeee!"

Yes, taking tonnes of photographs and selfies are definitely a 'compulsory activity'. And yes, I admit, I used to be an insta-addict too! BUT, don't you think that there should be a limit to post our photos on social media and share it with the whole wide world? Plus, brag about your ibadah too? Then, where's the sincerity? But it depends on 'niat' too, like for the purpose of dakwah perhaps. It doesn't mean you have to show EVERYTHING; be it happy or sad or lovey-dovey or sick or what-so-ever 💁... Have you ever thought about the consequences that may occur? We never know the intention of the audience, especially those 'green-eyed monsters' who felt a twinge of envy for the happiness of other people. Haihhh... I cannot brain this.


LOCATION

Stating a location when posting a photo online is important for some people. Same goes to the habit of updating and sharing the location like using the 'Check In' feature. The dark side of taking this thing for granted may lead to something like kidnapping and other criminal acts. Nauzubillahi min zalik, may Allah protect all of us from any danger. InsyaAllah, ameen... I always have a habit which I'll post a photo at the specific location first, with the location tag being updated when I'm not even there anymore or right after I went back home. I didn't say it's totally wrong! It happens to me too sometimes, the eager to post and put the location to let people know, "Hey, I'm here!" kann... 😅 Just, be careful!


SHARE

Sharing is caring. But, don't share things that are not necessarily valid. Who knows your actions affect other people and their emotions? If you find status updates, photos, rumours, etc. that are not necessarily true, don't simply click the 'Share' button. Fine, you can look at it or read about it and you can also IGNORE it. 🍃 Share something beneficial for others instead.


KEYBOARD WARRIORS

It's not cool to be one of 'em, or even act like one. Nay, I don't think so. If you're that 'brave' and 'loud', express it in a good way. Show yourself, speak politely, be kind and gentle. To be honest, you're just wasting your time 'poking' someone else's life with harsh words using a fake account. 😏 That's the funniest part!



I believe, what you post on social media without any limit could ruin your life. It's your social media account and you should know the best possible way to manage it. What you post is your responsibility.

Peace! ✌
Fairuz Aqilah.

WORDLESS WEDNESDAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Full of surprises,
Fairuz Aqilah.

SANTAI GAYA TOURISTS DI IPOH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Nak gelak jap dengan tajuk. 😂
Roh blogging dah mai daahhh...

Long story short, saya berjaya lah juga balik kampung mengotakan janji hari Jumaat sampai Isnin. Bukan main padat dengan macam-macam agenda!

Hari Sabtu, pergi berkelah mandi sungai kat kampung. Almakumlah, sekarang cuaca tak menentu. Kalau panas tu membahang sangat, kalau hujan lebat tu bukan main sejuk juga. Seronok dapat berendam lama-lama, makan tengah hari dengan family kat sungai. Sorry, tak ada gambar pulak nak share. 😅

Esoknya, hari Ahad pulak bawak Cu jalan-jalan ronda Ipoh. "Nak pergi ukur Ipoh", katanya. 😂 Demi menunaikan hasratnya tu, bawak lah dia ke Ipoh Street Art, Funtasy House, jalan-jalan cari makan area Plan B. Kami ajet-ajet tourists lah haritu, padahal memang orang Ipoh. 🙈


1| IPOH STREET ART

Ipoh Street Art ni sebenarnya tak ingat kat mana. Yang pasti, area UTC Ipoh, depan bus stop. Jenuh jugalah jelajah lorong. Padahal, dah pernah pergi sebelum ni. Dah la panas terik! Haiihhh lah, Fairuz Aqilah... 😅

Actually, kat Ipoh boleh kata banyak jugalah street art nih. Yang kami pergi haritu Mural Art's Lane. Kami ada agenda lain juga, jadi kami tak pergi dah street art area Padang Ipoh. Kalau nak pergi, boleh je google "Ipoh Street Art", nanti dia keluar 'Paper Plane' atau Jalan Bijeh Timah. Betul dah tu, k! 😉






Location:-
"Mural Art's Lane"
Jalan Masjid, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak, Malaysia.


2| FUNTASY HOUSE

Kami berhenti sembahyang Zohor kat Masjid Negeri. So, parking je kat dalam masjid tu kami gerak pergi Funtasy House. Jalan kaki aje, ikut pagar menghala ke Medan Selera Dato' Sagor yang ada clock tower tu. Keluar je ikut pagar tu, pandang kanan, jalan straighhttt je terus nampak Funtasy House.

Sebenarnya, dari situ juga boleh terus pergi area Plan B kat Jalan Bijeh Timah, including street art 'Paper Plane' tu. Semua jalan-jalan pusing-pusing dekat satu kawasan je tak usah risau. Tapi kita pergi Funtasy House dulu jum? 😁👏

My cousin and I memang dah standby student card masing-masing supaya dapat discount tiket harga students. Cousin lagi sorang baru darjah 5, rupanya dikira student price juga. So, ticket for adult untuk Cu sorang je RM15. Yang lain kami dapat tiket murah sikit RM10 je, student price. Kalau sesiapa rasa student tu, bawak je tunjuk student card tau!






 

Best okeyyyy kat sini, puas hati lah sebab kat Ipoh rasanya ini trick art museum yang pertama kot! Berbaloi bayar, bertapa lah kat dalam tu berapa lama pun. Bergambarlah beratus-ratus kali snap pun, tak ada siapa nak marah. 😂

Rasa tak berapa nak 'photogenic' atau 'fotogedik'? Ehhh hahaha... Jangan risau! Ada contoh gambar dilekatkan untuk panduan, ada tanda kat mana the best position untuk posing dan ambil gambar untuk hasil gambar yang realistic habis. 👌

Toilets pun ada tau! Air-conditioned jugak, so jangan risau pasal panas sebab tak panas pun.

For more information, feel free to visit Funtasy House website http://funtasyhouse.com.


3| BITS & BOBS AND PLAN B AREAS

Puas berjalan, tangkap gambar posing sana posing sini, barulah masing-masing terasa lapar. Dah petang, memang semua orang punya perut pun rancak berorkestra lah kan. Kami pergi makan ais kepal kat Bits & Bobs, then lunch+teatime+dinner kat Plan B. Pun jalan kaki je dari Funtasy House tadi.

Bits & Bob's ice ball sarsi+roselle RM5. Alahaaiii, cakap je lah ais kepal! Haha..

Walaupun dari segi harga, to be honest quite pricey. Tapi sumpah, sedap! Tak tipu. Next time, nak try desserts pulak. Cuma air, Cu ordered fresh orange and it tasted sooooo bitter seriously. Mungkin dia memang fresh letak sebiji buah oren dengan kulit kulit sekali. Kata fresh kan! (sarcasm) 💁



I'm totally in love with the fairylights decor tu. Cantik sangat! Padahal, dia guna botol air mineral terbuang je pun. Soooo prettyyy! 💞

Benda ni ada dekat Medan Selera Dato' Sagor, turun tangga sebelah clock tower.


Jadi, untuk orang Ipoh ataupun bukan... Saya dah share apa yang best kat Ipoh. Selalu orang asyik tanya je, "Apa yang best kat Ipoh?". Haa... Apa tunggu lagi? Moh kite!

Empat beranak jalan sakan, ajet-ajet tourists! ❤

Kalau datang Ipoh, roger tau! 💋
Fairuz Aqilah.