FYP OH FYP!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Tatkala aku mula rasa down gila dek FYP...







Alhamdulillah, Allah gerakkan hati ni untuk jumpa dengan orang yang selayaknya untuk guide. Walaupun 'agak' terlambat, masih. Alhamdulillah... :'(



Setiap kesusahan dan kesedihan, insyaAllah akan disudahi dengan kesenangan dan kemanisan. Yang perlu percaya, hikmah. Ya, hikmah.

Kuat, Fairuz Aqilah!
Bertahan untuk sekejap saja lagi.
Sikit lagi.
Sikit lagi.

Kuat!
Fairuz Aqilah.
#aqilahasbachelorstudent #psychodirisendiri #sebabakutakkuat

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 3

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Ego menggunung tinggi ibarat kata lebih lagi dari langit ketujuh,
takkan membawa kau ke mana-mana pun.
Baik lelaki, baik perempuan.

Egois,
Keegoanmu hanya mendorong kau melakukan perkara yang kau sendiri akan menyesal di kemudian hari.
Kerana apa?
Kerana kau terlalu pentingkan diri,
memendam rasa hati.

Orang menanti, kau menyepi.
Orang memujuk, kau panjangkan rajuk.
Orang mengalah, kau tak beralah.

Kau suka dengan cara kau.
Kau angkuh dengan sikap kau.
Kau bangga dengan kemenangan kau.

Ego kau tak ke mana.
Kelak,
kesal kau langsung tak bermakna lagi.
Tak percaya?
Tepuk dada; tanya hati yang ikhlas dan akal yang waras.

Maaf,
serius aku katakan;
EGO KAU TAK KE MANA!

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

SCRAMBLED EGGS WITH SAUSAGES WRAP

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


This simple recipe can be for breakfast, supper or... Anytime you feel of having it! Hee :D

Ingredients:-

Telur, sebiji bawang merah (bersaiz kecil), sausages, wrap

Oregano/mixed herbs, lada sulah, cheese, mayo


Cara-cara:-

Scrambled eggs

  1. Potong serong all the sausages. Goreng dengan kuantiti minyak macam goreng telur tu. Sampai agak golden brown, angkat and ketepikan.
  2. Pukul telur, oregano/mixed herbs, lada sulah, fresh milk (kalau ada). Selalu tarok je fresh milk, tapi ni sebab takde so takpelah. Tak perlu garam sebab sausage dah masin dan lada sulah pun memang guna yang dah campur garam.
  3. Gunakan minyak yang sama, tambah kalau kurang. Tumis bawang dulu sampai layu dan naik bau. Masukkan telur tadi. Hancurkan. Nama pun scrambled eggs kan ;)
  4. Agak dah separuh masak, masukkan sausages yang dah goreng awal tadi. Gaul mesra.
  5. Tutup api. Siap.




Wrap

  1. Panaskan wrap atas kuali leper lebih kurang 20 seconds on each side. Kalau lama-lama nanti takut liat atau keras.
  2. Sapu mayo, letakkan sekeping cheese, tarok scrambled eggs tadi, sos cili. Gulung.


Nikmati dengan bismillahirrahmanirrahim. Enjoy! :)

P/s:- Kuantiti bahan suka hati. Scrambled eggs ni kalau nak makan gitu saja pun boleh. Nak wrap tambah salad pun takde hal punya.

Loved,
Fairuz Aqilah.

WORDLESS WEDNESDAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


#deep
Fairuz Aqilah.

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 2

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Kusut serabut,
Kesabaran teruji,
Amarah berapi,
Sakit hati,
Rajuk menyepi.
Itu biasa.
Adat bercinta.

Luka dalam terhiris pedih,
Air mata selautan jernih,
Pahit kecewa ditelan perit,
Helah bermadah tak sudah.
Itu semua pun biasa.
Adatlah bercinta.
Ada pasang surutnya.

Tapi;
Kalau dah sampai tahap ambil kesempatan, naik tocang, pijak kepala.
Itu bukan cinta lagi dah.
Itu DUSTA!

Tinggalkan saja biar tak rela.
Kecewa hiba sementara cuma.

Sia-sia.
Membazir tenaga, air mata.
Sia-sia.
Terlalu menjaga hati orang hinggakan hati sendiri terabai.

Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
Bunga mekar setaman, kumbang riang bertebaran.

Move on, wei!
Move on!!!

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

FINAL YEAR STUDENT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Alhamdulillah, syukur ya Allah sebab akhirnya dah sampai juga aku menghampiri garis penamat degree. I'm currently a final year student in my final semester, insyaAllah lah aminnn! :')

Pejam celik, sekejap sangat dah masuk minggu kedua pun semester akhir. So, you can tell that's why dah jarang update blog. Haha.. Alasan! :D Ehhh, tapi ada betulnya juga. Jujur ku katakan dengan indah (tetibe) hari-hari pergi balik kelas dah letih asyik nak tiduuuuurrr aje. Hehehe.. Jangankan blog, fyp pun ke laut! Sadis =.="

Dengan berbekalkan azam bersempena semester akhir ni, aku nekad nak kawal rasa stress. Mampu ke? Harapnya mampu lah. InsyaAllah. Dan diri ni kena lebih kuat, semangat kena jauh lebih kental! Kata tak sabar nak habiskan degree, nak grad on time. Kenalah berkorban, sabar dan sabar lagi banyak-banyak! *emoji tangan berotot sado*

Alahaiii... Nak TERemosi lah pulaakkk :'(
Doakan yang baik-baik aje untuk Fairuz Aqilah okey! Nanti kite update lagi baby bloggie ni. Good night! zZz...

Salam sayang,
Fairuz Aqilah.

ROTI BOOM FUSION

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


My breakfast-kind-of-dinner. Boleh?? #apaakucubacakapni :'D

Well, it doesn't look tempting enough, right? HAHA.. It may look a bit comot but trust me, it tastes superb!

Sebab taknak makan nasi dan terasa nak makan something sweet, yet mengenyangkan. Kenapa namanya roti boom fusion? Sebab dia ala ala roti boom yang basically main ingredients dia margarine dan gula.

Bahan-bahan:-

  1. Roti canai semalam (roti canai tak habis jangan bazir simpan dalam fridge boleh buat ni)
  2. Margarine
  3. Gula
  4. Peanut butter
  5. Pisang


Cara-cara:-

  1. Panaskan kuali leper dengan sedikit margarine. Gunakan api perlahan. Letakkan roti canai.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit margarine supaya rata kena pada semua roti canai. Baru sedap!
  3. Agak dah garing, terbalikkan roti canai. Ulang step (2) dan tabur sedikiiittt gula.
  4. Biar gula cair sikit, dah boleh angkat.
  5. Sapu peanut butter.
  6. Potong pisang, susun atas roti.
  7. Siap! Makan panas-panas.


Sajian kurang sihat sebab it's oily and sweet and savoury. Tak boleh makan tiap-tiap hari tau! Hehehe..

Selamat mencuba! :)
Fairuz Aqilah.