MENUNTUT HUTANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Lamaaaa aku fikir masak-masak sebelum nak wujudkan entry ni. Seriously, dah berbulan aku fikir nak buat ke taknak. At last, here it is!

Pasal pinjam duit ni, aku sendiri pun tak berapa nak berduit sangat since aku pun student and bawah tanggungan parents lagi. Alternatif untuk jana duit poket sendiri tu ada lah juga sikit-sikit apa adanya. Dari segi nak bagi pinjam, tengok juga keadaan. InsyaAllah, kalau aku rasa aku mampu tolong, aku bagi tapi kalau aku kata tak dapat tolong tu means memang tak boleh.

Sejujurnya, aku ni jenis tak kisah sangat kalau bab belanja makan ke, bagi pinjam barang ke. But it depends lah juga relevan atau tak tu. Sama juga when it comes to bab hutang. Lewat mana pun bayar balik, asalkan masih ingat soal berhutang tu dan usaha untuk langsaikan pun dah kira baik. Bila buat-buat lupa atau memang lupa sungguh dan buat biasa seolah-olah tak ada apa yang terjadi... Itu yang menyebabkan aku pulak rasa pelik dan serba salah sikit at the same time.

One of the things that I take into consideration bila nak pinjamkan duit is that aku percaya orang tu. Sangat percaya. Tahap kepercayaan yang kukuh bahawasanya orang tu akan bayar balik bila dia berkemampuan. As I mentioned before, lewat macam mana sekalipun bayar balik, asalkan masih ingat soal berhutang tu dan usaha untuk langsaikan bila berkemampuan.

Aku sendiri pun kalau terpaksa berhutang dengan orang, once dah ada duit aku akan segera set aside berapa banyak yang aku hutang tadi. Cara lain aku akan jot down kat mana-mana yang senang nampak macam tampal sticky notes kat softboard, set reminder dalam phone. And I even always ask orang tu supaya ingatkan aku kot kot aku terlupa yang aku ni berhutang. Bila berhutang ni, aku rasa tak tenteram selagi tak bayar tau. :'(

Jadi, aku yang dalam dilemma fikirkan macam mana nak tuntut hutang ni dengan jayanya telah mencari beberapa solusi. Bagaimana caranya menuntut hutang secara berhikmah?


 Jangan malu

Segan, serba salah. Kita pulak yang rasa semua ni. Maklum sajalah bila sesama kawan atau family members ni kan. Taknak nanti jadi masam muka, tak bertegur sapa, berkecil hati dan sebagainya pulak. Tak gitu? :)

Tapi sebagai pemberi hutang, kita berhak untuk minta hutang tersebut dilangsaikan. Jadi, jangan biar malu mengatasi segalanya sampai kita buat baik, orang pijak pulak kepala kita ni.


 Simpan maklumat

Make sure segala komunikasi tentang 'detik-detik' pinjam meminjam tu tak delete pulak ya. Kalau melalui messages atau WhatsApp dan lain-lain medium seumpamanya. At least, ada bukti. Berapa, bila, etc.


 Buat-buat nak pinjam duit

Orang tu buat-buat lupa,buat biasa seolah-olah tak ada apa yang terjadi. Kita buat-buat lah macam nak pinjam duit dia.

Nyatakan pada dia tentang masalah kewangan yang kita hadapi contohnya, "Kucing aku masuk hospital lah, aku nak pakai duit ni. Boleh tak kau tolong pinjamkan RMXXX kat aku? Ehhh, baru teringat! Haritu kau ada pinjam dengan aku RMXXX tapi belum bayar lagi kan? Kira tolak hutang tu je lah erh. Hehehe.."

Ustaz Azhar Idrus pun bagi jalan yang lebih kurang serupa. LINK

Punya nak menjaga hati sampai tahap macam ni! =.="


 Bergaul mesra

Bergaul mesra kat sini bukanlah dalam erti kata 24/7 nak kena ikuti perkembangan dia aje. Still keep in touch seperti kebiasaannya. Dalam pada bergurau-senda tu ke, selitkanlah pasal bab hutang sikit. Secara baik hati tulus suci murni lah tapi! Jangan main redah aje. Taklah nampak macam desperate sangat pulak.


 Kata-kata hikmah

Share lah kata-kata hikmah, pantun dua kerat empat kerat, photography quotes, etc. yang tak mengguris hati tetapi cukup #deep sebagai #selfreminder #notetoself jugak! :D

"Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolak hutang-piutang mereka sebelum diagihkan kepada waris". (Surah an-Nisa', ayat 11)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang". (Hadis riwayat Muslim)

Ini kalau tak sedar jugak lagi, tak tahulah.


 Doa

Kalau dah tahap tak tahu nak buat macam mana sangat dah, berdoalah. Minta pada Allah supaya dibukakan pintu hati dan diluaskan pintu rezeki untuk orang tu bayar semula hutang kita. Doa kan senjata mukmin? :')

Ustaz Kazim Elias bagi tips bila baca Surah Yaasin, berhenti seketika dan berdoa sambil sebut nama orang yang berhutang dengan kita tu bila sampai saja pada perkataan "mubin(مبين). Sebanyak sembilan kali perkataan "mubin" (مبين) disebut dalam Surah Yaasin.

Boleh juga amalkan doa Nabi Yunus AS semasa ditelan ikan Nun. Sambil baca, sambil membayangkan raut wajah orang yang berhutang dengan kita tu. 

Surah al-Anbiyaa, ayat 87
Dalam sujud terakhir solat sunat taubat pun, kita baca ni kan. :)


Tak kira amalan doa dan zikir yang mana sekalipun, niat dalam hati lillahita'ala, mohon Allah bukakan pintu hati dan diluaskan pintu rezeki untuk orang tu bayar semula hutang kita. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan!

Terima kasih daun keladi 1 2 3 4 5 6 7

Sama-sama kita cuba ikhtiar, insyaAllah.
Ada cara lain nak share tak? Please leave a comment! :)

Moga Allah redha
Fairuz Aqilah.

P/s:- Jangan lupa baca Surah al-Kahfi harini!

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 1

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Dear perempuan,
Kalau dia 'like' status updates atau gambar kau kat facebook ke twitter ke instagram ke mana ke tak bermakna dia sukakan kau. Maksudnya, suka yang 'suka' fefeeling gitu.
Yang lelaki pun, janganlah layankan aje beriya macam ada apa-apa buat orang salah faham!

Dear lelaki,
Kalau dia terlebih caring, terlebih concern, terlebih jadi diri sendiri tak control tak hipokrit, terlebih cepat bagi respon dalam apa jua tindakan seperti reply whatsapp sepantas kilat dan semuanya yang terlebih-lebih lagilah! Maknanya, dia 'suka' kat kau lah tu.
Yang perempuan pun, janganlah over sangat kot ya pun simpan sikit biar ada rasa malu!

Dan perempuan,
Kalau dia tak lagi 'like' status updates atau gambar kau kat facebook ke twitter ke instagram ke mana ke. Maksudnya, berkemungkinan besar dia dah perasan yang kau dah TERRRperasan dan mula rasa annoying dengan kau lah tu. Tapi sebenarnya, dia bukan hadap sangat pun entah-entah dia liking liking poking poking ikut dan je.

Dan lelaki,
Kalau dia tak lagi terlebih caring, terlebih concern, terlebih jadi diri sendiri tak control tak hipokrit, terlebih cepat bagi respon dalam apa jua tindakan seperti reply whatsapp sepantas kilat dan semuanya yang terlebih-lebih lagilah! Maknanya, dia dah mula give up dan beri ruang untuk diri sendiri merawat kekecewaan dia lah tu. Tapi sebenarnya, dia tunggu penuh pengharapan lah jugak kot kot kau cari dia dulu.

Dear lelaki dan perempuan,
Suka tak semestinya cinta.
Cinta tak semestinya setia.
Setia tak semestinya bahagia.

Aku ada berbaur menyebelahi mana-mana pihak ke? Takde kan? Semua kenyataan. Tak percaya; tepuk dada, tanya hati yang ikhlas dan akal yang waras. Jangan ambil hati tapi ambil positif okeyyy! :)

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

P/s:- Ada nak share pendapat jugak? Just leave a comment! :)

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


First thing first, let's get into the rules:-
  1. Create a new post + Insert the theme picture above
  2. List 25 things that make you happy most of the time (it can be in any language that you want)
  3. Mention the blog that have tagged you (of course it can be more than a blog)
  4. Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!
  5. You can also share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

So, I've been tagged by a cute lil pie named Leo about this "25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY" thingy. Since it's Sunday (eh, dah masuk Monday lah), okay lah why not kan post something simple sebelum tidur. Then, let's just do it! Haha :D


25 things that make Fairuz Aqilah happy!

  1. Runningman; the best 'therapy' ever!
  2. Ceramah Ustaz Kazim; tak kira Kalau Dah Jodoh ke apa ke.
  3. Mama buat lawak yang tak lawak. Kesian my mom, but part tak lawak tu lah yang boleh jadi sama-sama gelak sampai keluar air mata :'D
  4. Tidur; especially without having the alarm clock set.
  5. Leisure time; lay in bed with face mask put on while listening to nice songs and reading a good book.
  6. Scroll on tonnes of random things on the phone all day long; especially Instagram 'cause I'm an Instagram addict. Sorry but not sorry, I can't help it!
  7. Surprises; in a good way. Pranks are absolutely not considered as surprises that able to make me happy.
  8. Trying out new shades of lipsticks.
  9. The smell of fruity-scented fragrance or perfumes.
  10. Shopping bila tengah loaded, window shopping bila I'm deadly broke. Both are happiness to me. Tengok orang beli pun dah cukup buat I happy dah, seriously.
  11. Kaison, Daiso, Mr. DIY can effortlessly make me happy even if I'm not buying anything. Boleh sesat dalam dunia sendiri beberapa jam bila masuk dalam tu. Relax je keluar dengan tangan kosong. Puas hati. HAHA
  12. Memborong chocolates and ice-creams from 7E or any kedai runcit.
  13. Makan best instead of tempat makan best; tempat makan best sahaja tak memadai kalau makan tak best pun I tak cukup happy. 'Makan best' are very random as well, but I prefer fast food and western food as 'makan best'. I do eat a lot but my weight never tolerate with me. *emoji senyum sinis*
  14. Hang out with besties or cousies or so-called my 'happy pills' and having super looonngggg silly random heart to heart conversations. Calls, messages and whatsapps also included in this case :)
  15. The words thank you, I love you, I miss you can simply make me smile on purpose; no matter from whom it may be.
  16. Encouragement words; regarding my studies to be specific.
  17. Serlahkan my creativity through DIY-ing and handicrafts.
  18. Express my feelings by writing not-so-metaphor-bombastic-linguistic kind of poems. Diiringi gambar yang kadang-kadang tak ada kena mengena dan dengan hashtags deep, words from heart, aqilahslaa in case if posted or shared on Instagram.
  19. Being able to cook and serve simply delicious food for loved ones.
  20. Giving; when I can give or do something for other people in need tak kira dalam bentuk apa pun.
  21. Selfies! Obviously will make me smile even if it's a fake smile pun.
  22. Cactus! I loveee to speak with my cute cactuses and ask them to grow up well and live happily. Please don't think I'm a psycho! :D
  23. Purple! When it comes to purple, the possibility of me becoming even happier than ever can rise at no time 'cause I am obsess with purple colour. #apaakucubacakapni
  24. Superman!
  25. Kim Soo Hyun!

Banyak yang 'tak boleh bla'. Tapi tu lah hakikatnya. Fairuz Aqilah is a bubbly, 'happy go perempuan', easy going type of girl which simply means mudah terhibur dan sangat suka ketawa. I just be me at all time without fail. Things can never go wrong when you live your life to the fullest. So, be happy! :)


Here, I tag 5 darlings that I love dearly in real life and even in virtual world. I wish this thing will spread more happiness for all.

Err, it's six actually so I think I better go to sleep now.
Psstt! Sorry for bothering you guys with the tag, okay! It's an optional by the way. Hehe..


Last but not least, I would love to share an all time favourite quote of mine, "You can't buy happiness but you can buy ice-cream and that's kinda same thing". How sweet! ;)

Good night!
Fairuz Aqilah.

BOLEH BLAH!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Aku letih berdiam
Aku penat mengalah

Kali ini
Sekali ini
Di kesempatan yang ada
Ku katakan dengan berani

Aku hamburkan segalanya
Yang terbuku sekian lama

Aku lepaskan semuanya
Yang ku rasa sejujurnya

Kerana letih dan penat ku
Sering berdiam dan mengalah

Aku gagah berperang menduga perasaan mu
Aku asak bertubi-tubi menghentam tembok besar dalam hati mu

Demi mendapatkan jawapan
Mengapa kau wujudkan penghadang meski aku sedia bawa kuncinya

Berhasilnya taktik rakus aku
Mengetepikan ego ku sedikit
Lantas fahamlah aku

Ketemu aku sama tanggapan ku
Bahawasa kamu begitu kerna pernah dikecewa

Cinta ku beri
Padamu ku buang masa

Sayang ku ungkap
Padamu ku bilang dusta

Betapa kukuhnya tembok yang terbina
Teramat keras pula hati di dalamnya

Bibit hampa mula menerpa
Tatkala terlihat tiada satu ruang untuk bertapa

Kunci yang ku hulur pun tak terbuka
Mungkin aku perlukan kata laluannya pula

Apa kau akan berterusan begini
Mengharap tanpa usaha dan ehsan memberi
Ruang dan peluang untuk diterokai

Ya
Tuhan sebaik-baik perancang penentu segala sesuatu
Yang kita cuma mampu pasrah terima seadanya apa berpisah atau bersatu

Tapi
Sangat penting untuk kita ambil tahu
Mengharap sahaja tanpa usaha dan ehsan memberi tidak memadai
Tamatkan penantian ini

Cuba nilaikan usaha ku
Meski yang tak seberapa ini

Adakah insan lain
Pernah bersusah-payahnya seperti aku
Pernah berbuat sedemikian rupa hanya kerana inginkan kamu

Sedarlah bahawa hanya aku
Aku pun tahu hanya aku
Aku yakin sekali hanya aku
Hanya aku

Maka
Masih mahu kau butakan mata pekakkan telinga?

#aqilahslaa #wordsfromheart #deep


P/s:- Putar lagu (Boleh Blah - Nana Sheme). Liriknya harap tuju tepat ke hati mu.

Boleh blah!
Fairuz Aqilah.

POSMEN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Posmen poslaju pun hafal nama aku ni dah kenapa! Amende entah!


Posmen: Badrul Hisham.
Me: Ya, ayah saya.
Posmen: Nama?
Me: Fairuz...
Posmen: Aqilah?
Me: ??? @#$%&* (Pelik plus tahan gelak tak tau kenapa rasa kelakar)
Posmen: IC?
Me: 93**********
Posmen: Sign kat sini.


Dia tulis 'AQILAH'. (Dalam hati; "Wei, kite cakap nama kite Fairuz lah! Kenapa tulis Aqilah pulak?!") Sign sambil senyum tahan gelak terburai. Masuk je rumah, terus gelak sakit perut. Tak pasti jugak kenapa rasa nak gelak. Lawak pun ada. Mungkin sebab posmen tu dengan penuh bersahaja sambungkan nama aku kot. Nampak sangat ke aku banyak beli barang online lately? Sampai posmen poslaju tu pun ingat dah nama Fairuz Aqilah. Walaupun parcel poslaju bukan atas nama Fairuz Aqilah. Haihhh =.="

Oh! Dan ya! Memang posmen poslaju tu orang yang sama deliver semua barang aku sebelum-sebelum ni. Hmm, tak musykil sangatlah sebab aku pun sampai boleh cam muka posmen sama setiap kali hantar poslaju erh? Mungkin dia ingat nama sebab jarak hari hantar barang tu pun boleh kata selang beberapa hari je. Boleh kata dalam minggu ni saja dah dua kali barang sampai. Semalam dia baru hantar barang aku. Kebetulan harini barang Ayah pulak. Itu pasal dia ingat kot. Itu belum kira minggu lepas lagi. Hehe.. :D

P/s:- Tetibe posmen famous dapat nama sebab aku cerita kat sini. *emoji senyum sinis*

Sekian dulu kisah posmen harini,
Fairuz Aqilah.

ABANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Macam mana rasanya ya, kalau ada abang? Best tak?

Aku anak tunggal.
Orang selalu tanya aku, "Tak sunyi ke sorang-sorang?" Lazimnya, aku akan jawab, "Tak pun, dah biasa dah". In fact, aku rimas sikit kalau riuh-rendah tak terkawal ni. Riuh-rendah tu kadang-kadang seronok, tapi kalau tahap yang tak terkawal tu aku rasa boleh mendatangkan stress tak pasal-pasal.

Aku anak tunggal.
Orang selalu juga tanya lagi, "Taknak adik ke?" Benda wajib aku jawab sepantas kilat ialah, "TAKNAK!" Dan seboleh-bolehnya, tolong jangan tanya lagi dah sebarang soalan lepas tu kalau taknak tengok aku naik angin. No further questions, please! I bet you really don't wanna see me transform into a cute monster right? Hahah! I mean it! *emoji senyum sinis*

Aku anak tunggal.
Aku teringiinnn sangat nak ada abang.
Itu impossible sama sekali. Ya, aku tahu tu.
Tapi aku cuma teringin nak ada seorang abang. Sangat! :')

Aku pernah suarakan perkara ni pada Mama. And as usual, "Dah tak ada rezeki nak buat macam mana. Mama kalau boleh memanglah nak anak lelaki, nak anak perempuan." Jawapan Mama sedikit sebanyak berjaya juga memujuk hati aku ni. Alhamdulillah, ya Allah! Alhamdulillah apa adanya...

Tapi!
Aku curious.

Kalau aku ada abang, mesti abang aku handsome! Ehh?? :'D

Kalau aku ada abang, boleh bodek dia macam-macam. "Abang, belanja ice-cream Baskin Robbins!", "Abang, jum pergi jalan!" Abang mana yang tak sayang adik dia. (Aku akan jadi adik yang mengada dan sangat annoying macam ni ke?) Hehehe..

Kalau aku ada abang, aku akan bahaskan diri aku dengan abang aku macam mana ya? Abang-adik atau aku-kau macam yang biasa aku hadap dengan orang lain yang ada abang. Mesti Mama Ayah marah kalau cakap aku-kau dengan Abang. Dia kan Abang!

Kalau aku ada abang, aku dengan dia clingy macam best friend ke kuat gaduh macam Tom and Jerry ke apa erh?

Kalau aku ada abang, apa yang aku selalu bayangkan ialah situasi bila kat sekolah ada orang kacau atau buli aku, aku boleh report kat dia! Mestilah sebagai seorang abang, dia akan protect aku kan. (I mean in a good way lah, bukan pergi belasah orang tu pulak ke apa).

Kalau aku ada abang, mesti dia lagi pandai serba-serbi berbanding aku. Boleh aku suruh dia ajar aku calculations. Aku kan tak berkawan baik dengan numbers and calculations! *emoji senyum sinis* Sebab Ayah ajar calculations selalu aku nangis. Ayah garang. Tapi kalau Abang garang macam Ayah, baik aku belajar sendiri. Hahaha! :'D

Cukuplah!
Aku bukan tak bersyukur.
Malahan, aku selalu ingatkan diri supaya jangan sesekali kufur nikmat.
Apa pun kurniaan, qada dan qadar Allah; ALHAMDULILLAH!

Fahamlah;
Seorang Fairuz Aqilah cuma terlalu curious and excited if only she has a brother. If only...

Yang tak ada abang,
Fairuz Aqilah.