2016 YEAR END SPEECH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Everybody's busy posting their #2016bestnine on Instagram, but I'm gonna post a longgg 'year end speech'.

2016 is the most challenging year for me, mostly regarding my studies. I have to admit my 2016's journey was super duper tough, full of tears and heartbreaksπŸ’”. But surprisingly, I managed to survive with the strength Allah lent me as well as endless love and support from positive people I have all around me. Then only I realized how Allah's blessings and love❤ are important to face every single difficulty in life after all the ups and downs that I've gone through. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Lessons learnt. Have faith in Him, keep praying. Oh, yes! I do believe in Allah's miracle✨. I really do. Justt... Trust Him! Because 'percaturan Allah tak pernah salah'.

Just to let you know that 7 has always been my lucky number. Hence, I really hope that 2017 will be such an amazing and lucky year for me especially in building my career, my humble business Qayla Creative, and love perhaps? πŸ‘ΌπŸ’˜ (Superman, do you hear me?) May Allah ease everything on me. πŸ’ͺ InsyaAllah, ameen.

Cheerio, 2016! πŸ‘‹ Thanks for the memories. And thank you soooo much for those who choose to stay with me and still accept me for who I am. I made a lot of mistakes, I'm just a normal human being with lotsa flaws. I hurt so many people's feelings countless times. I know it hurt so bad and I feel bad about it too. To whom it may concern, I am truly very sorry for all my fault. Deep in my heart, I love all of you dearly and I can't thank you enough for leaving such a big impact towards my life as a whole. Each one of you mean a lot to me and my life. May Allah repay all of your love and kindness with many many good things and happiness in life and hereafter, ameen ya Rabb!

HAPPY NEW YEAR, everyone!!! πŸŽ‰πŸŽŠ
Let's start fresh, improve to be a better person and strive to do well in 2017 for the sake of Allah okay! InsyaAllah... πŸ™†πŸ’•

#aqilahslaa #2016yearendspeech #wordsfromheart

Yes, I posted the same same thing on my IG and FB! πŸ˜…

Loved,
Fairuz Aqilah.

GIVEAWAY; YAY OR NAY?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Qayla Creative

I was thinking of organizing Qayla Creative's Giveaway, either 'Year End Giveaway' or 'New Year Giveaway'. InsyaAllah! I'm still thinking about it.

What do you think?
Are you looking forward for the giveaway?
Will you guys show your support?

Please give me your opinions by leaving your comments below, okay! Thank you. 🌸

xoxo
Fairuz Aqilah.

DUNIAWI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Cuma nak berkongsi sikit tentang bacaan saya tadi. Untuk renungan bersama, insyaAllah.


"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Surah al-An'aam, ayat 32)


Tersentak sejenak bila sampai pada ayat ni dan baca terjemahannya. Allahuakbar... πŸ˜ŒπŸƒ
Mungkin Allah nak suruh sedar daripada kelalaian yang seolah tak berpenghujung di dunia ni. Allah Allah Allah! 😒

Yang baik semestinya dari Allah, yang buruk semuanya atas kesilapan diri saya sendiri.
Wallahu'alam.

P/s:- Harini Jumaat, dah baca al-Kahf ke tuuu? 🌸

xoxo
Fairuz Aqilah.

BLOG RENOVATION

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Just a quick update here!

πŸš¨πŸš§πŸš©πŸ’»πŸ”¨
For your information, I'm currently making some modifications of my blog. So, I am truly very sorry for any imperfection or malfunctions here and there and so on.

Keep on supporting me by leaving your messages and links in my chatbox. I'll get back to you as soon as possible, insyaAllah. Thank you! Nah bunga πŸ’

Again, sorry for the inconvenience! πŸ’‹
Fairuz Aqilah.

SALAM MAULIDUR RASUL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Ψ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―
Ψ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َيْΩ‡ِ وَΨ³َΩ„َّΩ…َ
Ψ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―
Ψ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َيْΩ‡ِ وَΨ³َΩ„َّΩ…َ

Rindu Rasulullah.
Rindu Madinah.
Selawat salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
πŸ˜ŒπŸƒ


Fairuz Aqilah.
#cintakutertinggaldimadinah #jodohpastibertemu

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 5

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Hidup dalam kenangan takkan membawa kau ke mana.
Hiduplah dalam realiti kerana kaulah pemandu menentu arah mana kau ingin lalui.
Tinggallah kenangan.
Majulah ke depan.
πŸ‘ΌπŸŒŒ

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

MENCARI CINTA SEJATI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Hembusan angin meniup wajah alam
Mataku tak berkedip menatap langit
Terlalu luas tak bertepi pandang
Bisakah aku menyentuh awan

Berwaktu-waktu aku mengasuh rasa
Mendengarkan jiwaku berkata-kata
Tak mungkin aku abaikan kata hati
Ku harus jujur pada hatiku

Kau dan aku tak bisa bersama
Bagai syair lagu tak berirama
Selamat tinggal kenangan denganmu
Senyumku melepaskan kau pergi

Engkau bukanlah sebuah kesalahan
Tak pernah aku menyesal mengenalmu
Tapi biarkanlah aku terbang bebas
Mencari cinta sejati

Berwaktu-waktu aku mengasuh rasa
Mendengarkan jiwaku berkata-kata
Tak mungkin aku abaikan kata hati
Ku harus jujur pada hatiku

Kau dan aku tak bisa bersama
Bagai syair lagu tak berirama
Selamat tinggal kenangan denganmu
Senyumku melepaskan kau pergi

Kau dan aku tak bisa bersama
Bagai syair lagu tak berirama
Selamat tinggal kenangan denganmu
Senyumku melepaskan kau pergi

Kau dan aku tak bisa bersama
Bagai syair lagu tak berirama
Selamat tinggal kenangan denganmu
Senyumku melepaskan kau pergi

Lirik indah, suara sedap. Haiihhh... πŸ˜ŒπŸƒ

Spesies suka dengar lagu favourite itu je sampai jemu.
Fairuz Aqilah ✌

INSPIRASI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Ke hadapan Orang Jauh,

Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi pada puisi-puisi luka saya. Awak bukan saja punca duka dan air mata. Malahan, pencetus ilham untuk setiap bait kata mencoret rasa merobek jiwa.

Sayang seribu kali sayang,
Fairuz Aqilah.
#letgooftheredballoon

WORDLESS WEDNESDAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)




Senyum kelat,
Fairuz Aqilah.

PITAM

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Oktober aku diakhiri dengan penuh tragis semalam. Pertama kali seumur hidup aku rasa dan kena pada diri sendiri.

Pitam.

Aku akui mungkin (baca: ya) aku ni termasuk dalam kategori tekanan darah rendah. Kalau baring, tiba-tiba bangun terus berjalan, mesti rasa terhuyung-hayang sambil berpaut pada sesuatu sebagai sokongan dan sambil pegang kepala. Ni bukan drama, tak tak, bukan. Aku tak pasti kalau itu pun dah dikira sebagai 'pitam'. Sebagai satu manusia yang spesies selalu alami benda tu, jadi aku anggap itu normal. Padahal, dah sah sah tak berapa nak normal.

Sampailah ditakdirkan aku hadapi babak cemas semalam.

Seperti mana lazimnya, aku memang bukan seorang multitasker yang membolehkan aku fokus buat lebih dari satu kerja dalam satu masa. Dan aku boleh dikatakan jenis yang suka tak jaga makan selagi kerja aku tak beres. Apapun jadi, asal aku tau kerja aku mesti siap. Makan, mandi semua boleh tolak tepi. Nanti nanti pun boleh. Bad habits, don't try this at home.

Tapi semalam aku makan jugak roti dua keping sambil tengok tv sebelum aku start doing the chores. Siap semua kerja rumah, aku bawak diri ke dapur. Hajatnya, nak masak sayur campur. Lapaq nasi. Masa potong-potong bahan semua tu aku dah berpeluh sakan. Aku rasa itupun normal. Selalu pun macam tu. Panas kan. Aku pun teruskanlah apa yang patut. Dah nak siap masak, bukan je berpeluh-peluh malahan start rasa seram sejuk. Kau rasa? Ini bukan cerita seram mistik hantu setan, tak.

Mata aku tiba-tiba jadi kabur. Macam mana nak describe ya, jap jap. Kau bayangkan kau tengah tengok something melalui jaring-jaring tengah panas terik, pastu ko tengok tempat lain. Ko still nampak bentuk hitam jaring-jaring tadi even bila pandang tempat lain, right? Effect daripada tengok melalui jaring tengah panas tadi. Boleh bayang tak? Haa, macam tu lah aku rasa.

Berpeluh-peluh, seram sejuk, penglihatan kabur. Cepat-cepat aku bancuh air sarsi minum. Ada kot dua teguk. Sumpah panik, aku tak tau nak buat apa! Masatu satu je yang aku fikir, ni aku tumbang ni sat lagi siapa nak tolong? Gagah aku pergi baring. Tinggai lantak pi lah haih segala kuali kat dapoq tu. Bukak tv, test mata, mata still kabur.

Aku rasa dah lemah longlai, jadi nak lali. Tapi aku kuatkan diri, jangan. Ni kalau terpejam, mati macam mana?! Oh, sudah! Kenapa dengan aku ni, ya Allah... Aku tau aku nak selimut je, pasal sejuk. Pakai stoking, selimutkan diri dengan kain batik, slow kipas. Lama-lama, pandangan kabur tadi makin pulih.

Mula aku berfikir apa yang tak kena dengan aku ni. I'm having my menstruation. Menstrual cramps for first second days during my menstruation are normal. Cuma, kalini di tahap yang masih boleh tahan la, tak macam selalu. Pelik sangat, kenapa sampai nak pitam pitam bagai.

Banyak kemungkinan jugak sebenarnya. Menstrual, low blood pressure, tak jaga makan, lagi apa lagi? Baru aku teringat, tadi aku makan roti dua keping sambil tengok tv tu. Aku terlupa nak minum! Hahaha k, tak lawak sangat. Tapi itu pun faktor penyumbang ke?

Entahlah. Yang pasti, semalam tu aku pitam. Dan aku taknak dah pitam pitam lagi pasni. Risaukan diri sendiri. Menyesal selalu tak jaga makan. Gastrik memang dah dapat zaman diploma dulu, sekarang jadi pitam pulak. Memang 'mendapat' lah, sendiri cari penyakit. :'(

I'm sorry to myself. I feel bad about it. Promise, I'll never skip meals and be selfish again.

Harini aku makan Nasi Goreng Tomyam masak sendiri! Haha.. :D

It's November! How time flies... :')
Moga segala momen nangis, sedih, jatuh, sakit daripada sebelum-sebelum ni diganti dengan kegembiraan, kebahagiaan, rezeki, rahmat, kesihatan dan perlindungan Allah berpanjangan! InsyaAllah, aminnn ya Rabb.

Err... Tak sangka nak taip sepanjang ini! Myyyy goodness! Heh.

Sorry, dear self! ❤
Fairuz Aqilah.

NOTHING HURTS MORE THAN...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

I'm too tired to be hurt again and again. Who do you think you are?

...
Liars
Double blueticks
Leaving without explanation
Hang up without saying goodbye
Unrequited love


And all I can say is that those these hurt me soooooo bad, I can't take 'em anymore! Force a fake smile, laugh out loud just to stop the tears from falling. Oh Allah, keep on strengthen me! :')

It hurts.
Yes, it does.

Don't hurt me anymore.
Fairuz Aqilah.

WORDLESS WEDNESDAY | MENANGIS

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)










There was a time my aunt asked me, "Hang tak rasa apa-apa ka?" that I pretended to not know what she meant by her question, "Rasa apa?" and she replied in hesitation, "...Sedih bila dapat tau pasal dia tu?"


Honestly, I couldn't find strength to simply answer that 'simple' question with a Yes or a No because deep inside, it's damn complicated to describe in words that I ended up crying, hoping the tears could possibly help me to explain how painful I actually felt...


...and I was like, "What a shame! I can't even control my tears and now I'm crying in front of you!" when she told me that "It's okay to cry your heart out sometimes" as a sign she totally understands and that's why she asked.



I'm fine, and now you know I lied.
Fairuz Aqilah.

TAWAKKAL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Gambar ni diambil di Makkah waktu buat umrah dulu. Masa tu on the way jalan kaki sorang-sorang nak balik ke hotel dari Masjidil Haram. Terserempak dengan brothers uncles ni bagi makan burung merpati sampai baaanyaakkkk sangat burung merpati berkumpul. Seronok sangat! Maka, I took this photo. Hehe..

Nak dijadikan cerita, kenapa saya ni kena balik jalan sorang diri? Tak takut ke? Sejujurnya, mustahil tak rasa takut sikit pun. Tapi mengenangkan kena juga balik hotel, gigih juga lah balik walaupun kena balik sendiri. Ayah pun hantarkan sampai keluar pintu masjid je dan merelakan kepergianku dengan harapan selamat sampai hotel.

Tawakkal je, mohon seratus peratus lindungan Allah dan ingatlah jalan pulangnya. Hehe.. Meredah orang ramai lalu-lalang, lalu kedai-kedai tepi jalan tu. Teringaaattttnya! :')

Tapi kan... Betullah kata orang, dekat sana jangan ada lintasan dalam hati tentang sesuatu yang tak elok pun. Husnudzon selalu... InsyaAllah, Allah akan jaga. Saya yakin Allah akan bantu saya pulang dengan selamat. Alhamdulillah! Selamat sampai hotel dengan jayanya. Siap singgah beli kebab lagi kat luar hotel tu. Kebab diorang simple sangat! Tortilla, tempura chicken nugget, french fries, mayo, tomato sauce. Alahaiiii tapi sodapnye! :D

Tu je nak cerita. Bukan kat Makkah saja, perihal TAWAKKAL ni terpakai walau di mana jua kita berada. Put our trust in Allah, have faith in Him. InsyaAllah, He will guide us to the right path and give the best to us.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ❤
Keep on praying, waktu mustajab doa sempena Hari Arafah masih ada sampai pukul 11 insyaAllah. Doa banyak-banyak perkara yang baik-baik, minta dengan Allah. Moga diperkenankan!

Loved,
Fairuz Aqilah.

TAK TIDUR LAGI?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Kenapa saya belum tidur lagi ni? Sebab permulaan September kali ini nampaknya dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. I'm talking about my very humble small small business, Qayla Creative. For your information, finally the online orders are officially open! Tu yang sibuk sikit ni sampai menongkat mata haa. Hehe.. :')

Alhamdulillah, Allah bantu. Jangan lupa tauuu check check check it outtt Qayla Creative on Instagram!

Kindly click on the picture

Sanggup tahan mata demi business kecik-kecik saya ni. Orang baru nak menapak, manakan sama dengan yang dah mengorak langkah berlari laju. Ye dak? Apa tah yang aku merepek! Mengantuk tahap apaaa lagi dah nih! Itu pasal lah asyik merapu. Tapi yang bab business tu serious okey, tak merapu. Heh :D

Jangan lupa support Qayla Creative ya! InsyaAllah, moga Allah balas setiap amal kebaikan yang dilakukan dengan perkara-perkara yang baik juga... Aminnnn ya Rabb.

Nak tidoq dah lah...
Good night! ❤
Fairuz Aqilah.

BRACES | FINAL POST FOR MY BRACES' JOURNEY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Cerita lapuk berikutnya,
Hari kejadian: Khamis, 11/08/2016.

Maafkan Fairuz Aqilah sebab suka sangat update blog dengan cerita dah basi. HAHAHA #kisahpulak

Ceritanya, appointment dentist buat yang kesekian kalinya setelah ditunda diawalkan ditunda dan diawalkan semula sampai jadi. Okey, jangan pening please! Baca sampai habis dulu. :D

Kali ni, tak tunggu lama dah walaupun orang ramai. Duduk sat tak dan belek instagram, dah kena panggil. Entah kenapa, environment and me myself pun ceria sangat. Dr. Hassan macam biasalah sambut dengan penuh keriangan dia tu, "Hello! How are you?" Oh, how I love my dentist. Soooooo ayah-ayah type. Hehe..

Dr. asked me macam mana pemakaian retainer malam nak tidur saja? Okey ke tak, so on and so forth. Then, dia tengok condition gigi, "Great!" katanya. So, after this still continue with wearing the retainer malam nak tidur saja but make it selang-seli. Harini pakai, esok tak payah pakai. Saaammmpai bulan 2, start bulan 3 cuba pakai pulak selang dua hari. Pakai selama yang boleh. Bonded retainer kat belakang gigi atas bawah pun akan kekal di situ selama yang boleh. The reason behind these are that sepanjang hidup kita, gigi akan sentiasa bergerak. Kalau tak berdisiplin pakai retainer nanti gigi berpotensi jadi tak teratur macam dulu balik. Hence, please please pleaseee Fairuz Aqilah, listen to Dr. Hassan!

He even adviced me to come to him anytime kalau ada masalah dengan retainer longgar ke nak ketatkan ke gam bonded retainer tercabut ke apa. Atau kalau jauh, boleh juga refer pada klinik gigi berhampiran rumah. Should be no problem. "Saya bebel-bebel ni bukan apa, ini appointment you yang last, so kita dah tak jumpa dah lepas ni". And I was like, seriously?? YEAYYY!!! Hahaha.. Seronok bukan sebab tak payah jumpa Dr. Hassan dah, tapi sebab tak payah pening nak set appointment and travel all the way from home just for a super short treatment. Penat!

Alhamdulillah... Hey, it's the last episode of my braces' journey! It finally comes to an end! Thank God, alhamdulillah alhamdulillah. :')

It's the most exciting appointment afterall! Kak Eni pesan, "Nanti kalau ada kad jangan lupa datang hantar sini". Yang aku ni dah blur, kad apa? Kerja pun belum, tetibe nak ada kad... Ooohhhh! Kad kahwin?! Lambat lagi, Kak Eni oiiii... Kerja dulu, calon pun tak ada lagi. I masih setia tunggu Superman yang tak tahu sampai bila dia nak sesat tak jumpa jalan tu. *emoji senyum sinis*

Sebelum balik, sempat lagi bergambar kenangan dengan Dr. Hassan, Kak Eni dan kakak yang sampai ke sudah lupa nak tanya namanya. Hehe..

Mould gigi tu semua Dr. kasi bawak balik. 'Hadiah' katanya.

Jangan dapat nightmare lepas tengok Kak Yong k.

That's all for now!
-THE END-

Loved,
Fairuz Aqilah.

SERONOKNYAAA RAYA!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Tajuk entry tu tiipuuu sangaatttt... *emoji senyum sinis*
Sebab? Ada tiga paper lepas raya. Ya, lepas raya pun saya masih dalam mood final exam for the final semester. Nak study pun alahaiii... Jenuh #psychodirisendiri nak grad on time ke taknak, Fairuz Aqilah? Buatlah malas malas study! Kfine, study study stido!!! Haihhh...

Oh, yeah! Terpanjang pulak muqaddimah. This post should be a Hari Raya Eidulfitri post lah, not #aqilahasbachelorstudent 's post! Hehe.. :)

Siapa dah selesai puasa enam?? Angkat tangan!!! Sep sikit siapa yang dah tu!

Harini hari terakhir Syawal 1437H. Rasanya masih sempat dan belum terlambat untuk saya ucap, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali diri ini secara langsung ataupun tak. #salamkosongkosong tauuu dan saya layak lagi dapat duit raya sebab masih student dan belum bekerja! *wink!* Actually, I don't mind about duit raya that much anymore. Kalau ada orang nak bagi pun dah cukup bersyukur, terima kasih daun keladi. Ambil je lah orang dah bagi, rezeki kan jangan ditolak. Kekeke :D

Semakin dewasa, keterujaan untuk menyambut lebaran tu tetap ada. Bezanya, cuma Hari Raya bukan lagi kerana perlunya ada baju raya cantik dan kumpul duit raya banyak-banyak semata. Tapi, lebih kepada rasa seronok nak duduk berkumpul sesama keluarga, having good times together during Hari Raya. That's the most beautiful thing I always look forward to when it comes to Hari Raya. Bonding timeee... Yup, seriously! :')

Tahun ni lebih seronok dan meriah sebab akhirnya, dapat juga ada family potrait macam dahulu kala. Rasanya these past few years, tak ada dah nak tangkap gambar ramai-ramai sampai tak muatlah frame. Kecoh atur-atur kerusi, pilih port mana dinding mana wallpaper cantik nak buat background gambar lawa, ikut giliran family mana dulu. Camera macam-macam camera punya banyak tak tahu nak pandang mana satu sampai ada yang cakap, "Julingkan mata pun takpe". Hahah! And this year, they bring back the 'tradition', siap ada kategori lagi anak-menantu-cucu pastu semuuaaa sekali one big happy family! Yang penting, gambar family bertiga dengan Mama Ayah pun ada, siap dengan freestyle cecomel lagi. How sweet!

Here, I share some of the raya photos just to spread the love. SELAMAT HARI RAYA again! Seronoknyaaa raya!

Kategori anak menantu

Kategori cucuuuuu

Semuuaaaa!!!

Cousins, Trio, 3R

Family potrait! ❤

P/s:- Tak boleh move on dengan raya pertama tahun ni. :(

Bye!
Fairuz Aqilah.

LET GO OF THE RED BALLOON

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


I've made up my mind.
Once I got the courage, the strength.
I'll just go for it.
And never look back.

I am strong.
Allah makes me strong.

I am strong.
Hey! I'm Superman's girlfriend-to-be, remember?

Smile.
A bit bitter.

Letting go,
Fairuz Aqilah.

'CANDLE LIGHT IFTAR'

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Hari ini dalam sejarah! Candle light iftar.

Boleh pulak time time orang dah nak berbuka puasa, dia tiba-tiba buat tak ada elektrik. Kelam satu rumah. Tak sure jugak satu taman blackout ke apa, tak dan nak tinjau dah tadi sibuk dok bancuh sirap laici. Haha :'D

Okey! Mesej yang sebenarnya, nak ukur tingkat kesyukuran kita tu berada di mana? Aku terfikir, kalau orang yang kurang bernasib baik berbuka puasa macam mana lah agaknya... Aku tak ada elektrik sekejap pun, masih lagi terhidang makan minum sedap sedap untuk berbuka puasa. Itupun masih nak merungut dalam hati, gelap lah apa lah. Bersyukurlah kita selalunya tak berbuka puasa dalam kegelapan berbekalkan beberapa batang lilin je (kecuali kes blackout atau saja-saja candle light iftar). Ingat! Ada orang kat luar sana tu yang jaaauuhhh lebih susah dan daif berbanding kita kalau kita nak kata kita ni susah.

Sekurang-kurangnya, kita masih punya banyak berbanding orang lain yang tak punya apa-apa atau mungkin sedikit. Siapalah kita. Yang Allah bagi tu pun semuanya pinjaman semata. Bila-bila masa je Allah boleh tarik.

Muhasabah.
Ucap, "Alhamdulillah".
Seikhlasnya tanda syukur atas pemberian nikmat Allah. :)

Just my two cents!
Fairuz Aqilah.

LAST BUT NOT LEAST

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Alhamdulillah... Finally, I've made it till the end! It's the laassstttt class of a super duper hectic degree life. Pheww! Orang lain dah merdeka dulu dah. Kami je ada kelas lagi hari Jumaat sampai lewat petang. It's okay, dah habis pun... ;)

Now, counting days for final submission of fyp and final exams. I can't help it, but can I "FRI-YAY" now?! 

Just a quick update!
Fairuz Aqilah.
#aqilahasbachelorstudent

ROAD TO RAMADHAN VERSUS ROAD TO GRADUATION

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Alhamdulillah, beberapa hari saja lagi dah nak puasa. Dok countdown hari demi hari, tak sabaaqqq!!! :D

Dalam pada tak sudah-sudah diduga dalam pelajaran terutamanya fyp, makin dekat dengan penghujungnya makin membuak-buak rasa tak menyabar nak habiskan degree. Seriously, tak larat sangat dah. Tak harap banyak, cuma harap sangat dapat grad on time je ni. :'(

So, nampak tak significant tajuk dengan isi entry ni? Haha.. Sebenarnya, ralat sebab dah lama sangat tak update. Banyak benda nak share, tapi nak type tu faham-faham je lah. Haihhh =,="


June has always been an exciting month for me as it's the month of my birthday! :)
Plus, with lotsa upcoming events such as Ramadhan, viva, final examinations. Oh, soooo packed! I wish nothing but to end the hectic degree life with flying colours, insyaAllah amin... Doakan segalanya yang terbaik untuk Fairuz Aqilah, okey? Thank youuuu!

Muahciked,
Fairuz Aqilah.

SUPER HECTIC

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)





Mandi tak basah,
Makan tak kenyang,
Tidur tak lena.
Dah kenapa??

Semuanya gara-gara FYP.
Kalah bercinta dengan manusia!

I've been sooooooooo deeply in love with my FYP. To be honest, having a love-hate relationship with FYP is super duper hectic. Heartbreaks, stress, tears are so-called my best friends. Tidur tak menentu, boleh kira berapa jam je selalu dapat lena. Rehat jangan cakaplah, apatah lagi.

Towards the final submission date, lagiilaahhhh dahsyat! Tak tidur malam, makan pun tak sempat dah sebab rasa kalau berhenti buat kerja tu nanti buang masa. Setiap saat terasa pantas berlalu dan teramatlah berharga untuk dipersia. Ehhh?? Alahaiii... Kesiankan diri sendiri :'(

Sampai satu tahap, my body cannot cope with being tortured continuously anymore. Maka, ditimpa sakitlah Fairuz Aqilah dengan sakit tekak, batuk, sakit kepala, nak demam semua complete!

Mama pun gigih stay up selagi terdaya untuk tolong apa yang mampu, temankan sampai tertidur di sisi aku, suapkan makan biar sambil aku dapat teruskan buat kerja depan laptop juga. Bila Mama terlena, sayu tengok dia. Sanggup walaupun aku dah kata takpe, tak payah, aku okey.

Mama was doing her part only, but the rest are still depending on me. Selalu aku #psychodirisendiri , nak grad on time ke taknak? Usaha, usaha lagi dan lagi. Sikiiittttt aje lagi towards the finish line!

Alhamdulillah, I've finished my FYP and gonna submit tomorrow and waiting for viva session. Then, that's it! Tak sabaarrr sangat nak habiskan semua ni, ya Allah! May Allah ease every single thing on me, insyaAllah aminn... :')

Basically, that's the reason behind my hiatus.
Sorry, baby bloggie! :(

Doakan yang baik-baik aje untuk Fairuz Aqilah, okey?
InsyaAllah, I'll be alright.
Sikit lagi!

Loved ,
Fairuz Aqilah.

BRACES | APPOINTMENT LIMA MINIT LAGI SEKALI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Pengembaraan braces tak habis lagi. Masih ada saki-baki cerita, momen-momen penting yang nak dikongsi. Masih ada! :)

Last Tuesday was my appointment with my dentist untuk yang kesekian kalinya. Entah yang keberapa kali pun, dah lost count. Haha.. To be honest, masa yang diambil untuk menunggu giliran lagi lama berbanding masa yang diambil untuk buat treatment. Haiihhh...

So, it's been quite a long time juga I haven't meet Dr. Hassan. Gap beetween last appointment and this appointment rasanya empat bulan kot kalau tak salah. Next appointment will be after raya, in August. Lama kan?

Masa kat dalam tu, Dr. just tengok condition gigi. Tanya macam mana pemakaian retainer, consistent tak pakai macam mana yang disarankan apa semua. I have to keep pakai that annoying retainer malam sahaja masa tidur sebab gigi masih boleh bergerak. Meaning that kalau I skip doing so, gigi berpotensi untuk berterabur bersimpang-siur balik. Heh, sadis.

But, dia check check check tu everything's okay. Gigi are doing their job jussttt fine, alhamdulillah. Please lah behave forever erh! :D  At the same time, I sempat lagi pegang and take a look at my mould gigi and I'm like, "Aww... How time flies!" :'(  Dr. cakap laassstttt appointment nanti boleh ambil bawak balik letak dalam frame. Tetibe Mama menyampuk, "Mestiii!" Eyy ehhh Mama ni, dia pulak excited. Hehe.. Alhamdulillah, actually we're all feel very thankful sebab have been through the lonnggg journey up to this level. That is why... :')

Last but not least, lanje gambar dengan retainer sikiittt! Bukan senang I nak pakai retainer siang-siang hari okey, tak kuasa susah nak makan. #ehhh Haha! :P

Jangan cakap Kakyong tak payung!

P/s:- Jangan lupa baca Surah al-Kahfi tau, harini hari Jumaat. 110 ayat je, baca sikit-sikit lepas solat Maghrib Isyak nanti habislah. Banyak fadhilatnya, boleh baca sini (link) erk. Okbai! ;)

With love,
Fairuz Aqilah.

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 4

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Dalam perhubungan
selalu ada perbezaan
supaya keduanya saling melengkapi.

Jika salah seorang marah;
Yang seorang lagi jadilah air,
air yang mampu menyejukkan malah menenangkan.
Jangan pula jadi minyak,
minyak yang memarakkan lagi api kemarahan.

Jika salah seorang ego;
Yang seorang lagi seboleh mungkin menyerahlah.
Menyerah bukan bererti kalah.
Bahkan ajarkan pula dia bahawasnya dalam perhubungan perlu ada toleransi.
Tetapi awas!
Jangan pula sampai suatu tahap asyik mengalah,
dipijak henyak kepala kita.
Mohon waspada.

Jadilah pasangan yang saling memerlukan, menyayangi, mengerti peranan masing-masing.
Moga kekal bahagia, berjaya ke akhirnya.
Sampai ke syurga.
InsyaALLAH, amin.

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

FYP OH FYP!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Tatkala aku mula rasa down gila dek FYP...







Alhamdulillah, Allah gerakkan hati ni untuk jumpa dengan orang yang selayaknya untuk guide. Walaupun 'agak' terlambat, masih. Alhamdulillah... :'(



Setiap kesusahan dan kesedihan, insyaAllah akan disudahi dengan kesenangan dan kemanisan. Yang perlu percaya, hikmah. Ya, hikmah.

Kuat, Fairuz Aqilah!
Bertahan untuk sekejap saja lagi.
Sikit lagi.
Sikit lagi.

Kuat!
Fairuz Aqilah.
#aqilahasbachelorstudent #psychodirisendiri #sebabakutakkuat

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 3

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Ego menggunung tinggi ibarat kata lebih lagi dari langit ketujuh,
takkan membawa kau ke mana-mana pun.
Baik lelaki, baik perempuan.

Egois,
Keegoanmu hanya mendorong kau melakukan perkara yang kau sendiri akan menyesal di kemudian hari.
Kerana apa?
Kerana kau terlalu pentingkan diri,
memendam rasa hati.

Orang menanti, kau menyepi.
Orang memujuk, kau panjangkan rajuk.
Orang mengalah, kau tak beralah.

Kau suka dengan cara kau.
Kau angkuh dengan sikap kau.
Kau bangga dengan kemenangan kau.

Ego kau tak ke mana.
Kelak,
kesal kau langsung tak bermakna lagi.
Tak percaya?
Tepuk dada; tanya hati yang ikhlas dan akal yang waras.

Maaf,
serius aku katakan;
EGO KAU TAK KE MANA!

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

SCRAMBLED EGGS WITH SAUSAGES WRAP

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


This simple recipe can be for breakfast, supper or... Anytime you feel of having it! Hee :D

Ingredients:-

Telur, sebiji bawang merah (bersaiz kecil), sausages, wrap

Oregano/mixed herbs, lada sulah, cheese, mayo


Cara-cara:-

Scrambled eggs

  1. Potong serong all the sausages. Goreng dengan kuantiti minyak macam goreng telur tu. Sampai agak golden brown, angkat and ketepikan.
  2. Pukul telur, oregano/mixed herbs, lada sulah, fresh milk (kalau ada). Selalu tarok je fresh milk, tapi ni sebab takde so takpelah. Tak perlu garam sebab sausage dah masin dan lada sulah pun memang guna yang dah campur garam.
  3. Gunakan minyak yang sama, tambah kalau kurang. Tumis bawang dulu sampai layu dan naik bau. Masukkan telur tadi. Hancurkan. Nama pun scrambled eggs kan ;)
  4. Agak dah separuh masak, masukkan sausages yang dah goreng awal tadi. Gaul mesra.
  5. Tutup api. Siap.




Wrap

  1. Panaskan wrap atas kuali leper lebih kurang 20 seconds on each side. Kalau lama-lama nanti takut liat atau keras.
  2. Sapu mayo, letakkan sekeping cheese, tarok scrambled eggs tadi, sos cili. Gulung.


Nikmati dengan bismillahirrahmanirrahim. Enjoy! :)

P/s:- Kuantiti bahan suka hati. Scrambled eggs ni kalau nak makan gitu saja pun boleh. Nak wrap tambah salad pun takde hal punya.

Loved,
Fairuz Aqilah.

WORDLESS WEDNESDAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


#deep
Fairuz Aqilah.

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 2

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Kusut serabut,
Kesabaran teruji,
Amarah berapi,
Sakit hati,
Rajuk menyepi.
Itu biasa.
Adat bercinta.

Luka dalam terhiris pedih,
Air mata selautan jernih,
Pahit kecewa ditelan perit,
Helah bermadah tak sudah.
Itu semua pun biasa.
Adatlah bercinta.
Ada pasang surutnya.

Tapi;
Kalau dah sampai tahap ambil kesempatan, naik tocang, pijak kepala.
Itu bukan cinta lagi dah.
Itu DUSTA!

Tinggalkan saja biar tak rela.
Kecewa hiba sementara cuma.

Sia-sia.
Membazir tenaga, air mata.
Sia-sia.
Terlalu menjaga hati orang hinggakan hati sendiri terabai.

Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
Bunga mekar setaman, kumbang riang bertebaran.

Move on, wei!
Move on!!!

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa