SEHATI SEJIWA

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum. Hello :)

Alhamdulillah la duduk di Malaysia.

SELAMAT HARI MERDEKA!

#malaysia #merdeka58 #sehatisejiwa #inimalaysiakita

Saya sayang Malaysia,
Fairuz Aqilah.

SETIA SEMALAM

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Bila aku tonjolkan kesedihan, orang asyik persoalkan kenapa?
Orang jadi pelik dan risau mungkin.
Sebab selama ni banyak kesedihan yang terbuku, tak terluah.

. . .

Saya okey, saya dah besar! *emoji tangan berotot sado*

Hati yang tak berapa nak sado,
Fairuz Aqilah.

BRACES | GETTING MY BRACES OFF!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum. Hello :)

Oh my braces, please don't leave me!!! I miss the #ironteeth smile... :'(

So, seperti yang Dr. Hassan janjikan. Jeng jeng jeng! Kite pun dah buka braces pagi tadi. Dan gambar di atas diambil sementara tunggu turn masuk buat treatment.

Alahaiii... Allah saja lah yang tahu nervous dia macam mana, rasa berat hati yang amat sangat nak buka braces. Wallahi, kalau diberi peluang dapat pakai lagi lama memang teramatlah relanya! Tapi apakan daya. Hmm... Habis pasrah dah ni! :'(

Masuk masuk je, terus nampak retainer dah get ready atas meja. Pink uollss! Gitu. Kalau boleh request, of course nak purple. Haha..

The whole process took a very short time, seriously. Sumpah cepat gila. I thought like maybe ambil masa lama nak siap. But I was totally wrong!

Nganga, Dr. check condition gigi semua "Good!" katanya. Then, dia pun amik spanar ke pliers ke (equipment dia lah kan) click click click terus cabut habis sebariiisssss braces atas bawah. Dengan bracket, dengan wire apa semua. Lepastu dia gerudi gerudi (cuci) segala sisa gam, plaque and everything. Sorry sangat penggunaan perkataan yang tersangatlah tak proper nya. Hehe.. ;)

Overall, tak sakit, cuma ngilu. Dah bersih semua, Dr. pun pakaikan retainer pink tadi. Dia ajar cara pakai dan buka yang betul sambil tengok cermin. He asked me to do it on my own to see if I can use in accordance with the right technique or not. Retainer pakai secara konsisten selama empat bulan. Selesai empat bulan, jumpa Dr. lagi untuk check progress and decide perlu pakai lagi secara berterusan ataupun boleh skip skip.

Macam gigi palsu. Menyukarkan percakapan. Pelat 'S' dan serupa bercakap sambil kemam gula-gula. Sabar je lah! =.="

Selesai bab tu. Move on to cara penjagaan retainer pulak.

  1. Wajib pakai siang malam pagi petang tak boleh buka KECUALI dua keadaan sahaja iaitu makan dan gosok gigi. Selain daripada dua tu, nak tidur ke nak apa ke mesti pakai. Tak kira.
  2. Jangan rendam dalam air panas. Lalukan saja bawah air paip, cuci guna berus gigi ubat gigi macam gosok gigi biasa.
  3. Jangan lap guna tisu atau apa-apa kain sekalipun.
  4. Retainer wajib simpan dalam box yang diberi. Jangan sesekali balut dalam tisu ke apa. Mesti letak dalam box dia.
  5. Jangan patahkan, hilangkan dan sewaktu dengannya. Kalau tak, nak gantikan yang baru RM300±!
  6. Jangan missed pakai retainer. Lepastu bila alignment gigi dah lari, retainer dah tak fit dengan kedudukan gigi, nanti mengadu nak buat balik RM4,700±!
Sekian, terima kasih. Maka, bermulalah perjalanan baru tanpa braces. Sengih nampak gigi, tiada lagi #ironteeth.

Mark the date! It's two years two months two weeks one day. Wow! Tak sangka dah sampai tahap ni.

Alhamdulillah. Terima kasiiihhhh sangat sangat sangat, ya Allah for the strength and courage all along the journey to be at this stage. All I can say is that it's truly not an easy peasy journey. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :')

Last but not least, here goes the picture of me without the braces! No, not anymoree... :(

Retainer belakang gigi atas dan bawah dikekalkan. Atas je pakai retainer macam tu. Bawah biar macam tu je.
(Semoga tidur tak dapat nightmare lah ye)

Good night!
Fairuz Aqilah.

BRACES | SAAT-SAAT TERAKHIR BERSAMA

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Dah kenapa?
Now, I'm waiting patiently for my turn nak buat treatment. Kalau ikutkan, harini buka braces bawah! Harap tak lah sebab taknak buka laagiii... (T_T)

Please pray the best for me! InsyaAllah, everything's gonna be fine.


Oh, really? I never realized when did I wrote this?? Annoying gila kan pose #ironteeth tu? Tajuk pun tak boleh bla. Kat atas ni, ini entry duduk under the category of -Draft-. Pelik kenapa aku tak post. Okey, takpe. Kita kasi gabuunnggg!!! Eh, bukan. Kita kasi sambuunnggg!!! (Pun boleh)
It was back then when I had an appointment for berapa months pun tak kira dah sebab I am going to get my braces off ESOK!!! Oh my goodness, seriously taknak bukak. Sobs! :'(

Actually, it has been two years something something since I got my braces put on. So, kiranya masa draft entry tu tak bukak lagi lah braces aku. Dan draft entry tu tak sure dah bila punya appointment and now I'm gonna scroll back all the pictures to trace the right flow. Sorry, my bad since lama gila tak update. Sampai dah nak bukak baru terhegeh-hegeh nak update semula pasal braces. Instagram addict lah katakannn... =.="


Okey! Dah jumpa! Keep back on track. Hahaha... That was when I had my first retainer kat belakang gigi. Gigi bawah. Err... Mungkin gambar mampu membantu untuk menampakkan secara lebih jelas apa yang aku cuba sampaikan.

The picture is for sharing purpose only, don't feel annoyed.

Nampak tak dawai kat sebelah belakang gigi bawah tu? Dentist gam dawai tu sebaris gigi depan aje. Aku ingat lagi Dr. Hassan cakap, "Ini nak taruk gam je, bukan cucuk okey". 'Cuz the needle looks similar to an injection needle. Pheww! Tapi tak perasan pun, even if Dr. tak cakap pun gerenti tak perasan langsung. Hehe..

Retainer?
Belakang gigi?
Kenapa?
Tujuannya?

Retainer seperti yang kita semua sedia maklum retainer lah kan, like the normal one. Atau mungkin inilah dia yang pernah dikatakan bonded retainer tu! Dalam entry sebelum-sebelum ni. Eh, entahlah. I don't have any specific answer for those questions too! Aku dah tanya tapi Dr. cuma cakap nanti kita cerita. That's all. Hmm... :(

And the colour chosen after that treatment was purple (purple lagi). Plus, gigi atas dia bubuh power chain dan gigi bawah dia just bubuh o-ring like I used to have back then.


Enough with the purple braces and retainer thingy. The next appointment after that was the mint green coloured braces! Serious aku lupa turutan. Nasib baik ada simpan gambar.

The picture is for sharing purpose only, don't feel annoyed.

Rasanya lah. Kalau tak silap, masa ni dia pasang retainer yang sama untuk gigi belah atas pulak. Dan seingat aku, itulah part paling ngilu! Sebab dia kasi bersih dulu permukaan gigi tu. Some sort like scaling punya proses. Then only dia pasang retainer kat dalam. Scary kan bunyinya? Ngilu yang tak tahan tu!


Kesemuanya tak ada rasa sakit yang macam dulu lagi. Sakit besi tarik gigi untuk diperbetulkan posisi sebabnya gigi dah elok rata kedudukannya. Alhamdulillah! :')

Finally, the newest look of me with braces!

The picture is for sharing purpose only, don't feel annoyed.

Pink! Yup, I chose pink for raya. :)

This time, dawai atas ditukar kepada dawai yang lebih halus macam masa mula-mula pakai dulu dan dililit (lilit ke?) double. Plus, Dr. took another mould maybe the final one untuk dijadikan before-after gitu kot.

Masa nak pilih warna getah o-ring, Dr. cakap, "Okey, last! Untuk raya ni. Lepas ni, next appointment kita dah boleh bukak!" And I was like..... What??! OMG, takknaakkkkkk.............. :'O

Dah lah pening sebab almost semua colours dah pernah pakai. Benda paling susah setiap kali menjelang appointment ialah nak decide warna apa nak tukar. Fikir sehabis fikir, but at the end of the day mesti spontaneously masa nak pick colour tu terus pilih colour lain. Amende tah!


Disebabkan dah biasa dengan braces, tak boleh imagine macam mana kalau dah bukak esok. Sakit ke tak ke, nampak lain ke biasa je ke. Lepas tu, bila ghenyih tayang gigi dah takde besi. Lepas tu, tak tau nak senyum macam mana. Lepas tu, mesti awkward. Lepas tu, lepas tu, lepas tu! Emmhhh... :'(

Nak layan perasaan menghadapi hari esok ni.
Jumpa lagi esok, insyaAllah!

Loved,
Fairuz Aqilah.

ISTIQAMAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

| not mine, just sharing, tq :)

Since harini hari Jumaat, I would love to share something beneficial for all of us yang akan buat kita berfikir sejenak nanti sambil-sambil baca atau selepas selesai baca. Sama-sama kita muhasabah dan 'audit' diri bak kata Prof. Muhaya. I'm just spreading positivity right here! :)

Bercerita tentang istiqamah. Apa itu istiqamah? Menurut pemahaman saya personally, sejak zaman sekolah lagi saya faham istiqamah ni dalam erti kata mudahnya bermaksud berterusan. Senang cerita, istiqamah ni is doing something consistently. Konsisten dalam melakukan sesuatu perkara khususnya kebaikan lah, of course.

Macam mana pula yang dikatakan doing something consistently tu? Contohnya, bulan Ramadhan kita baca al-Quran boleh habiskan satu juzuk sehari. Tapi, habis saja bulan Ramadhan, nak habiskan satu muka surat pun susah. Pada bulan Ramadhan, kita amalkan bangun malam dan tunaikan solat-solat sunat tanpa jemu. Sebaliknya, berlalu saja bulan Ramadhan, solat-solat sunat pun kita liat nak buat. Maafkan saya, tapi secara realitinya yang mudah nak faham macam tu lah.

Sebenarnya, banyak yang boleh dikaitkan dengan perihal istiqamah ni. Banyak sangat sangat sangat. Hatta, benda-benda kecil yang kita alami dalam kehidupan seharian. Istiqamah ni berterusan; Amalan juga sesuatu yang bersifat berterusan. Jadi, boleh disimpulkan bahawasanya bila kita istiqamah melakukan sesuatu perkara, ianya boleh jadi amalan kita. Aha! Macam kita amalkan doa-doa yang selalu kita baca tiap-tiap hari tu. Doa makan, sudah makan, doa tidur, bangun tidur, doa tengok cermin, doa naik kenderaan, doa masuk keluar tandas, doa apa lagi? You name it. Semuanya amalan hasil daripada apa yang kita buat secara berterusan kan? Istiqamah lah tu! :D

In my point of view, secara peribadinya saya sendiri rasakan istiqamah tu bukannya sesuatu yang mudah. I mean like, dalam konteks penghijrahan saya; Memperbaiki kelemahan diri, berubah menjadi seorang muslimah yang lebih molek. Begitulah serba sedikit gambaran. Memang bukan senang untuk sampai ke tahap siapa saya hari ini. Berusaha melabuhkan tudung, melonggarkan pakaian, stoking dan handsocks tak tinggal, jaga kelakuan dan pergaulan. I admit, it's a very tough journey all along the way. Bahkan, saya masih lagi meniti perubahan. Masih. Tapi, apa yang paling penting saya cuba nak kongsikan harini is we can always be better than who we were yesterday if we keen to learn and istiqamah doing good deeds. Semoga amar makruf nahi mungkar yang kita lakukan, Allah redha dan limpahkan rahmat. InsyaAllah, may Allah ease every single thing on us. Amin...

Saya sendiri. I never claim myself as baik ataupun solehah ke apa. No no no, never, tak pernah pun. It's just a matter of spreading positivity or I can say #dakwahmudah laaa gitu. Sharing is caring. Kan kan? Hehe..

"...bila kita istiqamah melakukan sesuatu perkara, ianya boleh jadi amalan kita."

Sekadar itu saja, insyaAllah.
Wallahua'lam.

Salam sayang,
Fairuz Aqilah.