JAUH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Jauh di sudut hati paling dalam
Tersemat kalimah 'rindu'
Disimpul rapi, diikat mati, digari dengan erti kata jangan pergi.

Aku sedar
Lama dulu sudah aku akui
bahawasanya semua datang dari silap sendiri.

Aku;
yang sukar melepaskan,
yang memaksa diri menafi,
selindungkan perasaan yang masih mekar tak bersemi.

Akulah yang salah.
Ya, akulah orangnya.

Dek kerana masih sayang.
Dan cinta yang masih berbaki.

Lelaplah wahai mata,
Fairuz Aqilah.

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Dah kenapa tiba-tiba aje 'Aku terima nikahnya...' nih?? Aku ke yang dah nak kahwin tak lama lagi??? Allah... Jodohku masih lagi rahsia Allah. Masih penuh tanda tanya. Masih menjadi satu misteri yang belum terungkai. Ha, kau! Giituuu.... Hehehe.. (Gelak tersipu sambil tutup mulut acah sopan plus gedik sikit)

Sebenaqnya, cheq cuma nak bagi ucapan ringkas lagi bermakna buat rakan taulan yang tukaq status daripada bujang trang tang tang kepada isteri orang! Boleh? Hahahah! (Gelak besaq kahkah tak cover dah)

Okey, fine. Tak lawak langsung. Proceed, proceed!!


Tumpang bahagia untuk sahabat handai (Linda & Kak Wany Wawa) yang bakal disatukan dengan zauj masing-masing. Kite doakan yang baik-baik aje untuk kalian, insyaAllah. Maaf berjuta kali atas ketidakhadiran bagi sama-sama memeriahkan majlis meskipun dapat kad jemputan di tangan. Semoga segalanya berjalan lancar, diberkati oleh Allah. Selamat menjalani hari-hari baru bergelar isteri solehah, meniti alam perkahwinan dengan bahagia hingga ke JannahNya. InsyaAllah, aminn!!!

P/s: Seronoknya, kite bila lah pulaknya entah! Superman kite Allah rahsiakan entah kat mana-mana lagi pun tak tau. Misteri! ♥

Senyum lebar-lebar,
Fairuz Aqilah.

KEERINDUANKU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

#DibangAjibang

I missh you real badly, lil Bambang... :'(
Luckily, I have some photos of you yang boleh tengok bila rindu macam ni. Sayang Bang banyak-banyak which will never be the same when it comes to sayang kucing lain. Takkan pernah sama. Tak akan.

xoxo

Selamat hari Ahad,
Fairuz Aqilah.

RESULT PERTAMA DEGREE

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Jumaat penuh barakah, Allah kabulkan doa hamba hina ini yang tak putus-putus mengharap. Selagi mana kita percaya ada jalan, insyaAllah Allah akan lorongkan. Selagi mana kita tawakkal berserah diri dan segalanya, insyaAllah Allah permudahkan dan limpahkan rahmat serta keberkatan. Pokok pangkalnya, ketetapan hati kita terhadap Allah. Dia Yang Maha Kuasa merencana penentu segala. Alhamdulillah, syukur untuk kurniaan nikmat hari ini. :')

Terima kasih, ya Rabb!
Fairuz Aqilah.

BRACES MONTHLY APPOINTMENT | 1 YEAR 8 MONTHS ±


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

#Throwback semalam punya cerita. Yesterday was my braces appointment yang kali ke berapa pun entahlah. Uncountable. HAHA :D

I went for the appointment with my ultimate best friends, Mirrah and Yana. Thank God, I brought them along. Sambil menyelam minum air, it's kind of girls' day out juga semalam. Hehe.. And luckily, Yana and Mirrah helped me to give suggestions of colours to be chosen for my powerchains. Takdelah clueless sangat macam selalu, dah sampai klinik pun masih lagi puzzled of what colour lagi nak pakai. Sadis betul.

The treatment went very well. Macam biasa. What's best, semalam aku pegang mould gigi aku. Subhanallah, jauuuhhhhh sungguh bezanya dengan keadaan gigi aku sekarang. Alhamdulillah, I managed to face all the challenges and Allah keep on strengthen me as well to be brave all the way. Syukur, terima kasih Allah! :')

So, I ended up with Yana's suggeation; pinky red-peachy orange powerchains for sebaris atas and bawah respectively. K, #apaakucubacakapni. LOL!

Right after came out of Dr. Hassan's place (or you name it).

Masa nak bayar, Kak Eny yang jaga kaunter tu cakap appointment next month Dr. Hassan tak ada hari Sabtu. What to do, I will start my new semester on March. So, Kak Eny cadangkan appointment set kemudian bulan 4. As soon as masuk je bulan April, call Kak Eny to set the date of next appointment. Or else, kalau March bila-bila tak ada kelas petang ke boleh je try call tanya Doc available tak. Tapi Kak Eny cakap awal-awal, next appointment tu nanti ambil masa lama sikit lebih kurang half an hour sebab aku dah nak kena pasang retainer untuk gigi bawah. (baca dengan satu nafas pastu nganga buat riak terkejut) sebab aku pun was shocked lepas dengar Kak Eny cakap semalam. Like seriously??! OMG OMG OMG!!! :O

Another shocking news, Kak Eny jugak ada cakap yang retainer untuk gigi bawah tu dia panggil 'bonded retainer' by which dia kekal sampai bila-bila! Terbeliak mata aku. Sampai bila-bila? Maksudnya??? Ye lah, sampai kamu kahwin sampai kamu beranak-pinak sampai bila-bila lah benda tu ada. Hah?? Maknanya, aku kena google lebih lagi nih. 'Cuz I totally cannot brain this!!! Memanglah aku berat nak buka braces sebab dah terbiasa ada besi dalam mulut, but it simply doesn't mean that I want it to be inside my mouth forevah! Noooo!!! It's a hugeeee no NO! Allah... Bertenang, Fairuz Aqilah. Chill. Fuh fuh fuhhhhh!! (nafas turun naik)

Berkerut dahi aku masa menaip ni. Macam ni lah. Lemme google about this issue that had dragged me into a 'kelam' mode and post it here to make it crystal clear. InsyaAllah lah kan aku rajin. InsyaAllah, insyaAllah...

Sebelum aku menyimpulkan bicara, biarlah aku selitkan satu gambar sebagai menyimpulkan senyuman anda setelah menatapnya. Ehh?!!

Teluk Batik

Amboi Cik Jah, apa yang ko suka sangat pun entah. Gambar sebelum tukar warna powerchains, sebelum balik rumah diserang sakit kepala tahap gaban muntah monggek. Ehh??! #okbai

Salam Maghrib,
Fairuz Aqilah.