BRACES | GREEN FOR THE FRESH START OF 2015

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Amboih, title dah kenapa acah-acah gempak poyoyos semacam? Haha.. Kk, ini entry lapuk tapi nak juga update masuk bawah tajuk braces! Ye lah kan, rasa rasanyaa macam dah nak dekat buka dah braces ni. Rasanya lah, rasa.

Nak dijadikan cerita, punyalah clueless tahap gaban dah tak tahu nak pakai powerchain colour apa lagi dah. Finally, I ended up with green! Yup, semua atas bawah sederet hijau. And guess what? Lawalah pulaakkk!!! Haha.. Not bad, the green colour is nice jugak. Nasib baik lah kan. If not, nasiblah kan nangis sebab kena tahan sebulan lagi. Hehehe...


So... The colour looks like this! Bolehlaa, not bad lah kan. Daripada asyik asyik asyik purpleeeeeeee aje kan kan kann! HAHAHA.

As usual, sebelum appointment mesti perah otak nak ganti powerchain colour apa macam serabut fikir assignment nak submit esok je kelam dia. Lepas appointment pulak straight away fikir next appointment nak tukar colour apa pulak, lagi double triple kelam. Yeah, I know. Sometimes, I can be quite clumsy tak tentu pasal sikit. And it will always sounds like, "Nak colour apa erhh??"

Okbai!
xoxo

Fairuz Aqilah.

UNDER MAJOR CONSTRUCTIONS

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Dear friends,

I am truly very sorry for all the inconvenience that may occur afterwards because I'm going to start doing a major reconstructions of this blog now.

Thank you.

P/s: Walaupun there might be no one cares pun actually. Manalah tahu kan, ini just in case. Just in case. :)

Yours sincerely,


5AM. MENGANTUK KE?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Allahuakbar...
Jam di skrin phone menunjukkan pukul 5:20am sekarang. Tapi mata ni masih tak mahu lelap. Acane? Ini semua gara-gara balas dendam qada tidur sepuasnya dan bangun hanya bila rasa nak bangun. Ha, inilah padahnya. Masalah lain pulak yang datang. Hari dah nak siang semula, yang aku masih lagi tak tidur tidur.

Dah jemu scroll instagram, facebook, wechat. So, I decided to write something here before trying harder to sleep afterwards. Tu yang end up with posting entry merapu cemni tu, haa... Sadis.

Aku nak tidur dah, dunia kecil!
Assalamualaikum.
Zzz...

Sayang alahai sayang,
Fairuz Aqilah.

DIBANG AJIBANG TANTANDEDONGGONG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello!


Dibang Ajibang sayang dah tak ada... :'(

Pertama kali rasa sedih kucing mati. Walaupun dia bukan kucing saya. Kucing Mokcu saya. Sebab itulah kucing pertama paling sayang tahap boleh gomol gomol, tidur sekali. Manja, tak pernah gigit aku yang penting. Kalau tengah sedap tidur malam malam buta, tiba-tiba kat kaki rasa berat dan hangat. Ha, itu Bang lah tu yang tidur nyenyak kat kaki kite. Pada mulanya, rasa annoying sangat. Tapi lama-kelamaan, rasa bahagia pulak kongsi kasih sayang cara macam tu dengan Bang. Berebut selimut. Bonding! :'D

Sayang sebab tengok dia membesar depan mata setiap hari masa duduk kampung sepanjang practical dulu. Daripada kecil jenis aktif lari sana sini, kuat makan, asyik nak main. Saaaammmmpailah dia besar gajah berat ya Rabbi. Pandai cari kehidupan, mengorat aweks curang dengan Ayong. Ehh?? Bang ni sengaja taknak mengaku kite ni girlfriend dia tau!

Ajibang makan boleh dikatakan semua benda Allah yang kita bagi. Tak bagi pun dia nak jugak, so bagi je lah. Dan dia makan. Haha.. Yang peliknya, Bang bukan je makan koko krunch makanan kucing tu dan nasi gaul dengan ikan goreng tumbuk. Okey, itu normal. Bahkan, Bang makan dughiannn, oats, timun... Lagi apa lagi! Hahahahahahahaha..

Sejak azali aku dengan kucing ni, biasa-biasa je. Tengok aje. Tak takut. Aku jadi takut kucing semenjak ada ibu kucing tiba-tiba tak ketahuan entah kenapa gigit kaki aku masa kat kolej. Tak faham juga kenapa, aku lalu je nak buang sampah. Tiba-tiba kena terkam. Sadis! Mula suka kucing balik pun sebab semenjak sayang Bambang lah. Boleh ada gambar kucing cecomel dalam phone pun semenjak sayang Bambang. Gigih download gambar kucing cecomel banyak-banyak dari Google lah apa lagi. Supaya bila rindu Bang boleh tengok telatah kucing dalam gambar.

Ya, Dibang banyak nama. Akulah yang bagi nama commercial sikit pada nama asalnya Kembang. Dibang Ajibang nama penuhnya. Aku panggil pulak ikut suka. Sekejap Bang, Dibang, Ajibang, Bambang. Semua diaaa lah tu. Dia tahulah menyahut orang panggil nama dia. Haihhh... :(




Kenangan...
Semuanya cuma tinggal kenangan.

Lepas ni, balik kampung takde dah kucing favourite nk dibelai. Sayonara, Bambang... Bersemadilah dengan tenang. Ayong, Cu, sumorangggg sayang Bang. Nanti Ayong tengok pusara Bang ye! :')

Sejuta cinta untuk kucing jantan kampung separa persian kecintaan yang ku namakan dia Dibang Ajibang...

Lots of love,
Ayong.