NAK INSTAGRAM ACCOUNT!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Psst psstt! Boleh erh curi tulang, update blog sekejap masa kerja? Hehehe...

Jealousnyaaa!!! Nak instagram account jugekk!!! :'(
Takpe, chill! InsyaAllah sooner or later bila dah beli smartphone canggih sikit, bergigihlah aku untuk create insta account! Yezza.. Tak sabaq, tak sabaq, tak sabaaaaqqq!!! :O

Ni entry simply gila nama dia.
Wassalam

MAMA, CAN I HAVE A PET AT HOME? A CAT MAYBE?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

I was wondering if I have a pet at home, surely I don't get bored easily since boleh cakap-cakap dengan dia walaupun dia tak layan kita sembang apa kan! :D

It was based on my own experience bila duduk rumah Opah along the period of practical training ni. Ada bela kucing which I call Dibang or Jibang or Adibang. HAHA♥

Kalau nak bela kucing dalam rumah ni, dah sah sah Mama tak kasi punya! Confirm! But then, bila tengok gambar ni on Facebook, it's super duper cuteeee!!! Too cute to deny! Like seriously!

I'm meltingggg....
Jatuh cinta pandang pertama! ♥♥♥

Gosh!
Tak dapat kucing, this cute lil' rabbit pun jadi lah erh?


Just a quick update.
Toodles! :)

DUGAAN YANG MEMATANGKAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Kita bercerita tentang aku dan dugaan yang aku kena tempuh sampai aku jadi sematang ini. Mungkin? :')


Dugaan yang terlalu banyak mungkin telah mematangkan aku dalam percintaan, dan harini dalam pekerjaan.

Dari segi percintaan.
Aku sendiri nampak aku lebih matang dalam bercinta sebab aku latih diri untuk sabar yang sesabar-sabarnya tahap tak boleh bla, habis limit. Boleh? :D

Aku sedikit rasional dalam proses untuk terima dan telan apa yang dibuatnya, positifkan diri, sabar lebih lagi! Turunkan ego dan terlebih dulu mengalah.

Terima kasih sebab buat hal selalu, sampai aku jadi sekuat ini!
Dahsyat tak? HAHA

Dari segi pekerjaan.
Baru harini aku diuji seberat ini.

Since aku tak pernah ada experience bekerja seumur hidup,
I would love to mention that today is the worst day of working ever!
And I mean it, like seriously.

Kesilapan aku yang sekecil-kecilnya itu diperbesarkan pada semua orang di luar pengetahuan aku. Padahal, aku rasa tak salah pun kalau nak panggil aku face to face. Tegur di mana salah aku, marah je aku.
Aku boleh telan lagi.

Tapi bila dah jadi macam ni, merosakkan reputasi aku. Ingat aku mampu telan?
Kecuali aku paksa diri.

Allah......
Runtunnya hati!
Aku cuma fikir, itu bahagian dia. Biar dia saja yang menanggungnya dengan Allah nanti.


Aku cuba bersikap rasional lagi, positifkan diri.
Tepis, tepis, tepis semuanya ke tepi!
Aku kuat!

Allah...
Sabar itu manis. Sumpah, tak tipu.
Sebab Allah akan gantikan kesabaran serta kepayahan yang kita tanggung dengan sesuatu yang indah. Jauh lebih indah.
Nampak tak Allah sayang? Allah balas balik berganda-ganda lagi.

Allah duga banyak-banyak dengan bermacam dugaan, mungkin sebab terkadang aku lupa padaNya.
Dengan cara macam ni, Allah tarik aku dekat dengan Dia semula.


Aku percaya.
Percaturan Allah tak pernah salah.
Itu yang aku pegang, insyaAllah aku percaya.

Fairuz Aqilah kan kuat! :)

BRACES | TEN MONTHS' APPOINTMENT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

It's regarding yesterday's appointment.
I found it very difficult to decide on what colour of elastic bands lagi should I try. Macam biasa, dah memang suka purple so keep on thinking purple dengan itu lah, purple dengan ini lah. Finally, last minute tukar plan. I chose dark blue, mint green and grey. Seriously, puas hati! Super nice. Hehe :) ♥

Tengok gambar sikit!


Sorry, there's no closer look for you to see the colours combination clearer. Soon, insyaAllah! Upload dalam entry lain. Malas nak selfie tayang gigi (gedik). HAHA

What's more, here goes some of the conversations with Dr. Hassan yesterday...

Me: Saya rasa macam gigi saya bergerak cepat gila!
Doc: Itulah, saya pun tak sangka. Memang cepat lah.
Me: Padahal, belum pun setahun lagi.
Doc: Hmm, orang lain setahun pun masih merangkak lagi. Awak ni cepat betul. Baguslah, tulang gigi awak kuat.

I was superr duperr excited to hear such a great comments kan! Tapi kalau pakai dalam masa yang singkat aje, rasa sayang pulak nak buka braces. Macam dah biasaaa dengan braces and for sure I look kind of weird without braces nanti. At first kot. Hehe.. Over thinking! Sabaq lah, lambat lagi kot! Tak sampai setahun lagi. Kurang-kurang pun setahun setengah. Chill, Fairuz Aqilah! :) 

I'm planning to give some tips on penjagaan gigi especially for geng braces (sep sikit!) later on. So, wait for my next entry okay?

Toodles!
Love, hugs and kisses,

BERLARI BERKEJARAN!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Allah!
Naaakkkk sangat sangat sangat focus on blogging. I mean, like...
Tukar design blog yang sumpah dah jemu tengok ni, blogwalking, start business pre-loved sikit-sikit slowly dulu.

Abuden!
Kekangan masa bekerja aku sedikit sebanyak mempengaruhi mood dan tahap kerajinan. Faham?
Masa dua puluh empat jam satu hari, dengan kudrat dua tangan dua kaki dan extra dua mata lagi power, tapi masih aku tak mampu nak berlari berkejaran buat semua yang aku hajatkan.

Kalau.
Kalaulah aku mampu...
Aku nak! Bukannya aku tak fikir.
Hari demi hari aku mohon Allah permudahkan segala urusanku.

InsyaAllah, Allah dengar tu.
Allah lebih tahu bila masa terbaik untuk terlaksana segala rencana. Satu per satu nanti Allah bagi.
Percaturan Allah tak pernah salah! Aku percaya. Sentiasa percaya.


Jumpa lagi!

BILA SABAR AKU JADI TERLALU MURAH...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Meluah rasa.

Aku bukan seorang yang penyabar.
Ya, itu aku akui. Aku bukan orang yang sabar.
Tapi lately, aku kagum dengan diri sendiri sebab sabar betul aku ni!
Alhamdulillah, Allah nak latih aku untuk sabar lah tu. Sabaarrr banyak-banyak. :')

Fairuz Aqilah kan kuat?
InsyaAllah! Keep on strengthen me, oh Allah...


Toodles!

COMPACT ENTRY TWO IN ONE

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Allah, Allah, Allah!!!
Teramatlah mengabaikan blog kesayangan ni.

For short, nak mulakan dengan khabar berita tentang practical training saya.
Supposed to finish my practical training on March 28th, but then being proposed to extend my job as trainee till June. Hmm, tak tahu nak rasa apa and macam mana. Alhamdulillah, sebab itu harapan Mama sebenarnya. At least, ada income bulanan. And at least, tak adalah mati kebosanan duduk kat rumah asyik makan tidur online aje kerjanya. Gemuknya tidak! HAHA :D

Semua orang dah pakat belanja itu ini, prepare cake, Kak Mai siap buatkan macaroni bakar. Dah sedih sedih, tapi nasib baik belum menangis je. Tiba-tiba tak jadi pulak "last day practical". Pun boleh! InsyaAllah, akan buat yang terbaik juga sepanjang extend practical ni. Bezanya cuma sekarang memang under Rahim & Co., bukan under UiTM lagi.

Antara valuers abang kakak saya.
(From left: Abang Syafiq, Abang Fahmy, Abang Pali, Kak Yana, Kak Mai)

Pak Syed (admin) in black & Kak Hana (valuer) in brown



Mana gambar saya? Tak ada sebab saya tukang tangkap gambar. Hehehe :)
Dan yang diraikan Abang Pali seorang saja sempena last day dia, dapat kerja government. By the way, thanks semua!!! ♥


Alright, next let's move on to something serious.
Mampu zahirkan dengan kata-kata sahaja. Tak nak dah ulas lebih-lebih. Saya anggap inilah takdir terbaik dah Allah susun sejak Luh Mahfuz. InsyaAllah, Fairuz Aqilah kuat! Alhamdulillah, Allah kurnia kekuatan sampai sekuat ini. Sampai tahap ini. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan. :')

Will delete this afterwards.




Rasanya dia baca. Naluri mengatakan yang dia akan baca atau dah baca pun. Biarlah. Dah cukup lama bersabar sampai melebihi tahap kesabaran. Dah bagi terlalu banyak peluang sampai peluang tu selalu dengan mudahnya disia-siakan. Tipu tetap tipu. Entahlah...

Sekian, wassalam.
Will try my very best to update more frequently.

Assalamualaikum! :) ♥