BRACES | FIRST SURGERY PART II

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Bagi yang blur ni pasal apa. Ini entry tentang pengalaman saya yang baru pakai braces. Antara cabaran yang saya lalui dalam proses nak pakai braces, saya kongsikan kat sini.
Klik SINI untuk tahu cerita selanjutnya! :)


Hari kedua (30/04/2013)
Mulanya darah masih ada pada tempat jahit gigi sebelah yang cabut tu. Dan sakitnya pun lebih tertumpu kat situ. Mungkin jahitannya kuat sangat. Lama-lama, darah pun hilang sendiri dan tak perlu dah nak gigit gauge lagi. Dah mampu kunyah makanan, tapi guna sebelah kiri yang elok tanpa sebarang surgery atau apa-apa. Alhamdulillah, selera makan macam biasa walaupun tak boleh makan seperti kebiasaannya. :(
Tahap kesakitan masih lagi tiga setengah per sepuluh atau empat per sepuluh la kot, sebab sakit kat tempat jahit yang ketat celah gigi tu punya pasal! Allah...

Hari ketiga (01/05/2013)
Alhamdulillah, dah boleh makan cucur jagung! Potong kecil-kecil, kunyah perlahan-lahan gunakan sebelah kiri. Luka pun macam dah beransur pulih, alhamdulillah... Cuma, muka belah kanan still bengkak. Kalau aku chubby sikit, macam ni lah kot ghupenye. Tapi ini sebelah kanan je yang chubby! Hehe..

Hari keempat (02/05/2013)
Dah jemu sangat sangat makan bubur je... Tak lalu dah bubur! Makan roti cicah hot chocolate takpun air soya kotak. Tapi kena minum dalam cawan macam biasa, tak boleh guna straw. Pembantu klinik tu cakap kalau minum guna straw akan tambah lagi tekanan. Nanti luka tu lambat sembuh. Oh ye? Baru tau... :D

Seminggu kemudian...
Appointment untuk buka benang. Masa buka benang and lepas tu, sakit sikit. Ye lah, sebab gusi yang dah mula sembuh, tiba-tiba kita kacau pula jahitan yang dah melekat tu kan. So, sakit sikit. Tapi sekejap saja sakitnya tu. Setengah jam macam tu, dah elok. Banyakkan berkumur untuk hilangkan darah. Then, dah boleh makan macam biasa. Boleh makan nasi, McD double cheese burger, spaghetti, kuetiau.. Semuanya aku bedal! Hahaha... Hujung minggu, buat second surgery pula. Ya Allah, terus kuatkan Fairuz Aqilah! Amin amin amin...


Second surgery entry awaiting. Till then!
Assalamualaikum.

Loved,

11 THINGS GAME!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

11 Things Game. I've been tagged by this cute blogger Sarah! Ini best nihh! :D ♥

 Ƭнɛ Яʋℓɛƨ 
1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself.
3. Answer the questions the tagger sets for you.
4. Create 11 questions for those who you want to tag.
5. Choose and tag 11 bloggers, send them the link of the post.
6. You are not allowed to tag back.

11 Things About Me
  1. I really love purple! 
  2. I'm a bread and biscuits' monster. Om nom nom!
  3. I'm in a serious relationship with my guitar guy.
  4. I super duper hate numbers and calculations!
  5. Laugh and tears are my besties.
  6. Sleep is my most favourite free-time acticity. Zzz (-.-)oO
  7. ... But I like digit number seven and other odd numbers.
  8. I like zigzag and in psychology it shows the person is creative and gila-gila. That's me!
  9. I love simplicity. Simple but nice and neat. Truly me :)
  10. Saya susah cari kasut sebab kaki kecil size 4. Actually, 3½ pun boleh =.="
  11. Saya banyak baju merah walaupun saya tak berapa suka sangat warna merah.

 11 Questions from Sarah

1. Lahir kat mana?
2. Cita-cita kalian?
3. Hobi dimasa lapang?
4. Rabun tak. Power berapa?
5.Suka baca majalah apa?
6. Makanan kegemaran korang? 
7. 'Politik'. Apa pandangan korang? 
8. Minat bersukan tak? sukan apa yang paling best?
9. Pernah putus cinta tak?
10.Suka 'belajar' tak? kenapa?
11.Kenapa berblogging?

  1. Perak Darul Ridzuan.
  2. Dulu masa zaman sekolah, cita-cita nak jadi Counsellor. Tapi sekarang, dah nak masuk semester lima Diploma Pengurusan Hartanah. Acane? :D
  3. Oh! Tidur. Kalau tengok 11 Things About Me kat atas tu nombor enam kan.
  4. Yes, I wear spectacles. Power boleh tahan tinggi juga, but I'm not sure specifically berapa. Lately, I always wear contact lenses rather than spectacles.  
  5. I rarely read or even buy magazines. But I like SOLUSI.
  6. I'm a big fans of junk food and fast food actually. But I do love western food and my mama's cooking of course! :) ♥
  7. Politik. Saya tak minat politik. Malaysia boleh! (tetibe)
  8. I hate sports. Seriously. I would prefer indoor games and traditional games. Sadis =.="
  9. Banyak kali dah. Alhamdulillah, sekarang ada steady boyfriend and I hope this relationship will last forever until Jannah insyaAllah! Amin... :')
  10. Dalam hidup ini memang kita sentiasa belajar. Suka atau tidak, sedar atau tidak, kita tetap directly or indirectly belajar sepanjang hayat. Sampai mati.
  11. I'm blogging 'cause I'd love to!

11 Questions for You

  1. Apa nama manja awak?
  2. Mula bercinta atau terrjatuh cinta di usia berapa?
  3. Are you left-handed?
  4. Do you like rainbow?
  5. Jam tangan awak digital atau analog?
  6. Which brand of handphone would you prefer?
  7. Macam mana awak study? Any tips?
  8. Apa perkara pertama yang akan awak buat kalau awak jatuh sakit?
  9. Kasut apa yang awak suka pakai?
  10. Apa benda yang mesti ada dalam poket atau bag awak kalau keluar?
  11. Pernah ke luar negara?

11 Lucky Bloggers
  1. Yana
  2. Mirrah
  3. Lissa
  4. Acik
  5. Sya
  6. Cik Kumbang
  7. Fairuz Fauzey
  8. Afie
  9. Leea
  10. Hana
  11. Zyra

Since I have to choose and tag 11 bloggers, so I just pick at random. Sorry if the tag is bothering you. Really hope you guys don't mind. 

Enjoy the game timeee!!! :D
Sekian, terima kasih. ♥

BRACES | FIRST SURGERY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

This entry is the continuation from the previous one LINK.

 FIRST SURGERY
____ 29/04/13

Appointment pukul 5:30 PM di Klinik Pergigian Fairuz (nama sama) untuk buat surgery. Start surgery pukul enam lebih. Mama Ayah masuk masa mula Dr. Suhaimi terangkan procedures apa semua je. Dr. Suhaimi ni suami kepada Dr. Fairuz. Memang dia kira pakar dental surgery paling dekat kat sini lah, Dr. Hassan kata. Masa surgery tu, tak ada temankan aku pun. Tak sanggup tengok anak tunggal ni hadapi semua tu kot. Sayang anak kan, mestilah! :')

Bermula je surgery, allahuakbar! Terus kumpulkan kekuatan yang sedia ada, tak henti-henti berzikir dalam hati, selawat, baca Ayat Qursi. Dr. Suhaimi mula cucuk ubat kebas. Jarumnya kita tak recognize sangat pun itu jarum sebab apparatus dia rupa semua lebih kurang saja, macam yang kita selalu tengok kalau masa check gigi tu? Sakit sikiittt aje masa cucuk ubat kebas. Beberapa minit kemudian, start terasa bibir besar macam Angelina Jolie, and then mulut rasa senget tak boleh tutup. Hidung pun tak terasa macam ada hidung. Penangan ubat kebas kan, gitu lah.

The surgery was quite horrible, especially masa drilling. Doctor cakap siap-siap, "Sekarang saya nak buat drilling, akan rasa tekanan saja ya. Bunyi benda ni dia kuat sikit macam tampal gigi tu". Aku memang blur habis, pasal seumur hidup memang tak pernah cabut gigi, tampal gigi, atau buat apa-apa treatment seumpamanya kat klinik gigi. Memang tak pernah, babe! Harap yang nurse datang check gigi kat sekolah tu je lah! Itu pun mana pernah aku kena cabut gigi atau tampal =.="

Then, drilling pun start... Dia nak korek bawak keluaq gigi taring kekal yang melintang tu kan. Panjang! Doctor bahagikan pada empat bahagian, buang sikit demi sikit. Masa dia buat drilling tu, memang dok telan darah je lah. Allah... Waktu doctor kata, "Ini saya buat drilling ni, dia ada rasa tekanan sikit ya. Tekanan saja". Terasa lah dia dengan tekan tekan, paksa gigi keluar. Time drilling tu, Allah!!! Tak tahan rasa ngilu bunyi alat drilling tu. Ngilu dia sampai tangkap ke kepala! Kuatnya, Ya Allah! Ubat kebas ni pun kiranya sangat kuat lah kan, sebab tak terasa sakit langsung. Agaknya, drilling ni dibuat untuk pisahkan gigi dengan gusi kot. Sebab terasa baaanyaaakkkk sangat sangat sangat darah, memang dok telan darah sesaja! Walaupun Dr. Fairuz (isteri Dr. Suhaimi) sebagai pembantu, sentiasa dengan penyedut air liur dan darah. Aku still juga telan darah banyak. Subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, allahuakbar... Tak putus-putus aku berzikir dalam hati sambil berdoa pada Allah, mohon diringankan rasa sakit yang nak ditanggung. And I'm sure, Mama Ayah kat luar pun mesti tak henti doakan aku.

Bila dah selesai gigi kekal tu dikeluarkan, dia cabut gigi susu pula. Sekejap sangat, tak sampai seminit dah cabut gigi susu tu. Hehe.. Masa luka dijahit, memang aku pejam mata je sampai habis! Tak rela nak tengok, tak sanggup! Takut tahap ketabahan berkurang pula nanti. Doctor cakap je, "Okey, gigi semua dah keluar. Sekarang saya nak jahit ya". Spontan, terus aku pejamkan mata cepat cepat! Allah... Terasa lah benang bergerak-gerak atas bibir. Dia buat apa pun aku tak rasa sebab ubat kebas still effective kan. Tapi masa jahitan yang last last tu, tiba-tiba aku terasa sakit pula. "Adoi" lah sekejap. Tak sakit sangat, cuma terasa lah juga. Then, doctor tanya kat mana sakit, sambil dia sentuh tempat yang mungkin dirasakan sakit. Dah detect kat mana, doctor tarok ubat kebas lagi sikit. Katanya, "Saya tambah ubat kebas sikit lagi ya, dia ada rasa tekanan sikit". Aku pun sabar dan redha je lah. Terus berzikir, tawakkal sepenuhnya pada Allah sebagai pelindung. Sakitnya macam masa cucuk ubat kebas kat lelangit tu juga. Agak sakit sikit rasanya daripada cucuk kat gusi. Tapi tak ada apa sangat pun, alhamdulillah. Okey je, boleh tahan lagi sakitnya tu. Mata aku masih juga dipejam, tak nak buka mata tak kira apa pun selagi tak habis jahit.

Everything was settled around 7:30 PM. Alhamdulillah... Lega rasanya. Ini baru lega sebab dah habis surgery sebelah kanan, kiri belum lagi tau! Nantikan, jeng jeng jeng... :D

Dr. Suhaimi ajar macam mana nak letak gauge tu, then panggil Mama Ayah masuk. Muka Mama lah paling nampak sekali kerisauan yang melampau. The doctor showed us my gigi, both yang kekal and gigi susu. Panjang kemain akar gigi kekal tu tau! Siap giginya kena bahagi empat untuk dikeluarkan. Patutlah masa drilling tu menyeksakan! Gigi susu pula kecil aje. Doctor kata ubat kebas tu akan mula hilang dalam masa setengah jam ke sejam. Ambil ubat kat kounter depan, terus makan ubat tahan sakit tu ikut pesan doctor.

Dalam kereta, dah separuh jalan. Gusi macam dah start nak rasa sakit. Maybe tahap effective ubat kebas tu dah slowly berkurangan. Sepanjang perjalanan balik rumah, aku dok tahan ayaq lioq meleleh guna sapu tangan. Sampai basah habis sapu tangan aku tu.

Sampai rumah 8:20 PM, masing-masing kelam kabut sembahyang Maghrib dulu. Aku ni, susah juga lah sebab darah banyak sangat. Mama suruh sembahyang duduk. Usai solat Maghrib, Ayah suruh mandi cepat sementara ubat kebas tu belum hilang lagi. Mandi lah macam biasa, cuma jangan buka mulut sebab doctor pesan mula-mula ni jangan kumur sangat. Esoknya, baru boleh kalau nak cuci gigi ke apa. Ikutkan saja, dia kan doctor! Dah mandi, terus ambil air sembahyang untuk sembahyang Isyak. Mama masak baby porridge, sebab memang dah request awal-awal daripada minggu sebelumnya lagi. Makan sambil tengok Masterchef. Makan la guna sudu kecil plastik, masukkan sampai tekak then telan terus. Ubat makan semua, tiada yang terkecuali. Gigit gauge balik, baring tengok TV.

Kebetulan pula time tu ada tayang cerita Melayu lama Laksamana Do Re Mi. Lawak kan! Nak gelak, tapi control gelak sikit-sikit je, tahan. Mama dah warning, "Jangan nak gelak-gelak sangat, otot otot tu semua baru lagi". Ye lah, Mama Ayah daripada kat klinik lagi dah pesan jangan cakap banyak sangat. Alhamdulillah, setakat pukul 11:30 PM masih tak terasa lagi sakit yang melampau. Tahap kesakitan, tiga setengah per sepuluh kot. Hehe.. Malam tu, Mama pula yang tak lena tidur! I okey je... Hahah! Harap Allah terus ringankan rasa sakit ni dan cepat sembuhkannya. Cepat baik, cepat boleh  proceed dengan next surgery, cepat dapat pakai braces! :)
InsyaAllah, put 100% trust in Allah. Then, everything's gonna be alright, insyaAllah, amin amin amin ya Rabb! ♥

Yours sincerely,

PUASA BULAN RAJAB

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

It's Friday again! Have you read al-Kahfi? Just a reminder for you every Jumaat. ♥

Kita sekarang dah berada dalam bulan Rajab. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan kan. Mesti ramai yang berpuasa sunat mahupun puasa qadha' sekarang kan? Saya pun tak ketinggalan. Turut sama berusaha meraih kemanisan iman dan pahala, insyaAllah! :')
Apa kata kita tengok serba-sedikit tentang hikmah berpuasa pada bulan Rajab.



Hadis Rasulullah SAW

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu; barangsiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rajab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Riwayat al-Thabrani dari Sa'id bin Rasyid

"Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan Rajab maka laksana ia seperti puasa setahun, bila berpuasa tujuh hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila berpuasa lapan hari dibukakan untuknya lapan pintu Syurga, apabila puasa sepuluh hari Allah akan memakbulkan segala permintaannya".



Oleh itu, marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan Rajab ini dengan berpuasa sunat lillahita'ala... InsyaAllah! :)

With love,

BRACES | FIRST APPOINTMENT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)
FIRST APPOINTMENT

Baca ni dulu tau! LINK :)
Ayah Mama bawak aku buat braces kat Klinik Pergigian Maheran, Manjung, Perak. Buat dengan suami Dr. Maheran, namanya Dr. Hassan. Very friendly and sempoi sangat orangnya! Hehe ;)

Ini ada saya sertakan info Klinik Pergigian Maheran untuk yang duduk area sini :-
Klinik Pergigian Maheran
No 2418 Taman Samudera
32040 Seri Manjung
Perak.

First thing first, pembantu klinik yang jaga kaunter tu explain briefly pasal braces and cabut gigi and everything. Then, she showed us the package available untuk buat braces. According to her, normally people will prefer the metal braces. Normally lah. Kalau ada duit lebih dan berkemampuan untuk buat transparent punya pun boleh. For me, it's more economical kalau buat yang metal braces biasa saja. Boleh main warna nanti kan! Berangan. Package of metal braces yang aku punya ni RM4,050. Braces SAHAJA okey, not including other treatments.

Perasaan aku berbaur. Excited, nervous... Kebetulan masa tu ada seorang kakak ni, patient juga. She's wearing braces. Mama cakap, "Tu akak tu pakai braces, tanyalah dia apa nak tanya". Aku pun borak lah dengan kakak terlupa nak tanya nama tu. Kakak tu dah pakai braces dua tahun and nak dekat bukak dah pun. Katanya sakit sangat dalam tiga empat bulan juga. Nak makan maggi pun tak boleh! Buah anggur yang dah dipotong kecil-kecil pun susah nak makan. Makan bubur je lah. Telan air liur lah juga aku dengar. Pasrah! Fairuz Aqilah kuat! Tak henti berdoa pada Allah, mohon diringankan segala rasa sakit. Aku pun dah nak mulakan perjalanan ni. Jadi, terimalah segalanya. InsyaAllah, percaya pada Allah! :')

Masa masuk jumpa doctor, Dr. Hassan check gigi aku tengok condition gigi macam mana. Aku first time kot buat treatment kat klinik gigi macam ni! 'Peghak' lah juga dengan kerusi gerak gerak tu. HAHA♥
Doctor check, dia cakap aku ada dua batang gigi susu yang belum cabut lagi. Gigi susu? Seriously? I'm twenty years old this year tau, gigi susu ada lagi? Allah! Doctor kata tak apa, kita ambil x-ray dulu tengok macam mana. Sama ada gigi kekal ada tak kat dalam gusi tu, tak keluar lagi. Harap-harap tak ada. Kalau ada, susah sikit lah. Sebab doctor cakap gigi taring ni lain macam sikit. Ibarat gangster la dalam mulut kita. Hehe.. Tapi takpe, kita cuba cari jalan lain. Ambil x-ray dulu tengok macam mana. And then, Dr. Hassan suruh assistant dia ambilkan x-ray.

Agak mengejutkan bila an unexpected result of the x-ray showed that gigi taring yang kekal masih ada duduk dalam gusi, tak keluar lagi. Can you imagine? Ayah, Mama and me myself of course sangat terkejut. Dr. Hassan told us that I've to undergo a surgery untuk buang gigi kekal yang tak keluar tu. And as well as gigi susu jugak. Oh my God! Aku pun terus jadi berbelah-bagi. Padahal previously, semangat dah berkobar-kobar dah! Runtun pula hati rasanya. Risau juga dengar surgery surgery ni. Dr. Hassan kata sama ada nak biar je gigi macam ni sampai bila-bila kalau tak buat surgery. Cuma nanti nak kerja ke apa, nak jumpa orang, appearance tu penting. And you know what? Aku menangis terus! Berambu ayaq mata tang tu jugak depan depan doctor tu habaq hang. Sensitif sungguh lah kalau cakap bab-bab macam ni. Sedih! Tapi tu lah, kalau tak buang gigi tu pun ada risiko juga. Tiba masa gigi kekal tu nak mengamuk! Dia nak keluar tak boleh, habis gigi di bawahnya nanti mati akarnya. Lagi teruk nanti. Lain pula jadinya. Option lagi satu, buat surgery. Buang dulu gigi taring kekal yang kat dalam gusi tu and then only proceed pasang braces. So, doctor nasihatkan lebih elok kalau buat surgery je. Dia pun ada kenal doctor yang boleh buat kerja lembut je kalau bab bab surgery ni. Memang bidang dia. Klinik tu dekat je dengan Klinik Maheran.

Persiapkan diri. Gain confidence level untuk tempuh surgery. Doa banyak-banyak mohon Allah permudahkan segalanya dan ringankan rasa sakitnya. Harap Allah kuatkan diri aku ni. Amin...

To be continued...
Nanti I'll update this entry dengan gambar okey.

Till then! ♥

BRACES | INTRODUCTION OF MY STORY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Ini entry pertama tentang liku-liku sepanjang proses saya nak pakai braces. I hope this personal sharing dapat memanfaatkan those yang dilemma nak pakai braces. Dan ini juga sebagai kenang-kenangan untuk saya baca balik ala ala flashback gitu in future kan! :D


 INTRODUCTION 

Aku dah lama sangat berhajat nak pakai braces disebabkan keadaan gigi aku yang berlapis, tak teratur dan bersimpang siur. Really embarrassing! Aku banyaaaakkkk sangat sangat sangat browse on the internet untuk dapatkan sebanyak mungkin info pasal braces. Like seriously sangat banyak, okey. I'm not kidding. Aku suarakan pendapat ni pada Mama and she's totally against it. But since dah start semester break and the most important thing, I'm ready for it. I repeat, I'M READY FOR IT! So, why not I just go for it? Kemukakan hujah-hujah with relevant points kat Mama. Sampai menangis-nangis, lari masuk bilik. Kenapa? Kerana diri sendiri dah tak boleh tahan lagi dengan kata-kata berbaur kutukan orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Kerana pandangan mata orang yang sering tertumpu pada barisan gigi aku yang tak teratur ni. Kerana walaupun aku malu, aku tetap kuatkan semangat, aku perlukan keyakinan diri yang tinggi dari segi first impression orang terhadap aku, especially orang baru. Kerana aku dah tak boleh tahan lagi dengan semuanya! I'm sick of all those dari kecik sampai besar. Sampai bila? So, kali ini aku nekad sehabis nekad. Sakit tak sakit belakang kira. Sampai macam tu sekali okey. Yes, I admit mungkin memang sakit (berdasarkan research yang aku buat). But, no pain no gain kan? Kata nak fix the problem of gigi berlapis tak teratur bersimpang-siur ni. Pengorbanan mesti ada.

Keseriusan aku mungkin membuka sedikit mata dan hati Mama untuk bertanyakan pendapat Ayah pula. Ayah kata, "Kalau dah dia nak tak apa lah, dia yang nak rasa sakit nanti". See? Daddy kite senang je. Nak buat, buat. Sakit sendiri yang tanggung, bukan orang lain.

At the end, aku berpeluang juga mulakan langkah baru meniti proses-proses untuk buat braces dengan persetujuan Mama dan Ayah. And of course, me myself. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan jalan yang aku pilih untuk mulakan ni. Aku pohonkan juga keringanan akan rasa sakit yang bakal ditanggung. Amin... :')

With love,

WORDLESS WEDNESDAY #5

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Loved,

HUKUM MEMAKAI BRACES

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

It's Jumaat again! Have you read al-Kahfi? Just a reminder for you... ♥
Harini I wanna share with you guys tentang "Hukum Memakai Braces" menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam bukunya "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa". Actually, I bought this book dah lama dah. I used my voucher buku kat Popular. Bagus buku ni. Ringkas, padat dan mudah. Lucu pun ya juga. Hehe :D

| mine

Jom kita tengok apa dia hukum pakai braces since aku pun dalam proses nak pakai braces juga ni! Hee..
SOALAN
Apakah hukumnya memakai (braces) bagi mencantikkan gigi?

JAWAPAN
Ada sarjana fikah mengharuskan memakainya sekiranya alat itu dipakai dengan tujuan membetulkan kecacatan gigi seperti gigi yang tidak rata ataupun terlebih keluar, dan tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.
Tetapi, sekiranya memakai alat itu dengan tujuan menambahkan lagi kecantikan gigi yang sedia elok, maka hukumnya adalah dilarang sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang sarjana Islam tersohor.

Itu dia. Maka, bagi kes macam aku ni dikira harus untuk pakai braces. Sebab gigi aku bersimpang-siur yakni tidak teratur. Pasal liku-liku sepanjang proses aku nak pakai braces kita cerita entry lain. Ini kira macam muqaddimah saja dulu. Huhuhu..

Sekian untuk hari Jumaat kali ini.
Jaga diri semua!

Assalamualaikum :)

RESULT OH RESULT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Straight to the point.
Result aku teramat mengecewakan dan menghampakan dan menyedihkan. Aku tengok result, terus rasa sedih gila. Call mama, hujung-hujung perbualan dah tahan sebak. Letak call, berambu ayaq mata! Dah reda sikit, call ayah pula. Buka je mulut, tak dan dan menangis teresak-esak!

Pointer menurun.
Tak dapat dekan.

Aku sangat sangat sangat berharap nak dekan lah semester lepas. Bila result keluar macam ni, menangis habis hati lah. Macam ni lah bila apa yang kita terlalu harapkan, last last kita tak dapat.

Aku dah improve cara belajar aku dalam kelas dan lebih fokus. Tak malu bertanya kalau tak faham. Aku dah usaha buat yang terbaik masa final exam. Aku dah puas hati dengan apa yang aku curahkan atas kertas jawapan. Aku dah berdoa dan terus berdoa berharap Allah makbulkan permintaan aku.

Tapi mungkin belum masanya lagi. Belum ada rezeki.
InsyaAllah, aku takkan jemu berusaha dan memohon daripada Allah. Yakin dengan Allah. Kuatkan aku untuk terus bangkit dan maju ke hadapan, Allah ya Rahman ya Rahim ya Fattah ya A'lim...

Yakin dengan Allah, Fairuz Aqilah!
Aku pujuk hati untuk redha.


Assalamualaikum.

FAKTA TENTANG UBAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Apa khabar bloggers?
Satu entry yang agak formal gaya bahasanya tapi santai kot kali ni! Saya nak kongsi tentang beberapa fakta mengenai uban. Mustahil tak tahu! Rambut putih macam rambut orang tua-tua selalu tu kan. Hey! Jangan kata orang tua je yang ada uban tau. Segelintir golongan muda-mudi pun ada yang dah beruban. Trust me. But no worries! There will be an interesting petua jugak yang I found it's pretty easy to do at home. Hehe :)


Here I have some facts about uban.

Rambut beruban boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-

  • Usia. Biasanya, perubahan warna rambut terhasil apabila usia seseorang meningkat. Berdasarkan hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun 2005 mendapati bahawa orang Asia mengalami rambut beruban pada usia empat puluh tahun.
  • Lack of vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan pembentukan melanin berkurang. Perubahan warna rambut berlaku apabila melanin berhenti dihasilkan pada akar rambut. This will cause rambut seterusnya muncul atau tumbuh tanpa pigment melanin. Wanita mengandung lebih cenderung mengalami masalah ini kerana mereka mudah kekurangan vitamin B12 dan juga zat besi dalam tubuh. Maka, kita boleh mengambil ikhtiar ambil supplement vitamin B12 terutamanya bagi kaum ibu-ibu mengandung untuk elak rambut cepat beruban.
  • Genetik. Dua jenis gen yang responsible in determining the hair colour of an individual are Bcl-2 and Bcl-w. Boleh rajin-rajin google sendiri untuk baca selanjutnya mengenai faktor ini. Aku pun pening setelah sekian lama meninggalkan subject Biology form four and form five.
  • Smokers. For those smokers out there, anda berisiko untuk alami masalah rambut beruban empat kali lebih cepat menurut kajian J.G. Mosley di British Medical Journey (1996). Empat kali lebih cepat, okey! See? Smoking is absolutely a bad habit with many negative side effects too! Katakan "Tak Nak"!

Selain daripada faktor-faktor tadi, saya tertarik dengan salah satu daripada banyak-banyak ungkapan para ulama tentang uban ni.


وَقِيلَ لِعَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ مَرْوَانَ : عَجِلَ عَلَيْك الشيب ، فَقَالَ : كَيْفَ لَا يَعْجَلُ ، وَأَنَا أَعْرِضُ 

عَقْلِي عَلَى النَّاسِ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ؟

Ketika ditanya kepada Abdul Malik Bin Marwan: Begitu cepat tumbuh uban di kepala anda? Beliau menjawab; "Bagaimana tidak cepat, setiap hari Jumaat satu atau dua kali aku harus mengajukan akalku untuk manusia".

Ternyata, banyak berfikir pun boleh jadi salah satu faktor yang menyebabkan tumbuh uban di kepala. No wonder lah orang tua-tua pun selalu sebut kalau beruban tu maknanya kuat berfikir, kan? :D


Here's the petua!

One of the tips that we can try at home untuk elakkan rambut beruban adalah seperti berikut:-

Bahan-bahan
Asam jawa
Santan kelapa

Cara-cara
Bancuh air asam jawa pekat.
Campurkan bancuhan air asam jawa dengan santan kelapa.
Sapukan pada kulit kepala dan biarkan sebentar sehingga kering.
Bilas dengan air bersih.

Kalau dibiarkan lebih lama, lagi bagus. Seelok-eloknya, amalkan petua ni setiap pagi sebelum mandi. Jangan lupa baca bismillah dan selawat Nabi tiga kali. InsyaAllah, kita ikhtiar walaupun belum ada uban kan... :)


That is all of my sharing today. Hopefully, this will be very beneficial to all of us, okay? Kita try sama-sama petua ni kat rumah, senang aje. Annyeong! ;)

Lots of love,

Contest Precious Prince and Princess

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

A simple but interesting contest I've decided to join just now will be this one! ♥

♦ Click banner for more info ♦

 Hadiah :-
One; Tribal Shirt for Boy. Tribal Shawl for Girl.
Two; Superman Shirt for Boy. Superman Long Necklace for Girl.
Three; Top-Up RM 10 for celcom/maxis/digi user only.
Saguhati 3 orang; Top-up RM5 for celcom/maxis/digi user only.



About my blog ♥

  • This is my second blog which was born on 10/05/2012.
  • I love to call my blog as baby bloggie because I'd loved to!
  • Just a simple but nice baby bloggie that illustrates the truly me 'cause I love simplicity.
  • Garapan warna-warna pastel especially purple, baby blue and pink and also hitam, putih, kelabu as for the basic.
  • Arrangement yang kemas dan teratur supaya sedap mata diri sendiri dan orang lain memandang.
  • Isi berkisar tentang diri, persekitaran dan perkongsian pengalaman, buah fikiran yang dirasakan sesuai untuk manfaat bersama.


Sekian, terima kasih.

Lots of love,