SAYONARA 2013!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

It's the end of December today, by means that we're in the end of the year 2013 already!
How time flies...

Terus rasa sebak sekejap. Ehh??
Mana taknya, my 2013 was full with lots and lots of pahit manis masam busuk comel cantik jatuh bangun best tak best experiences I've gone through! Ha, kau hado? Mampu? Hehe.. Kidding! :D


Okay, to be serious,
Alhamdulillah, bersyukur sangat sangat sangat Allah bagi kesempatan yang terlalu banyak untuk merasa semuanya! There's a lot to say one by one, but Alhamdulillah. Macam-macam dah lalui.

Those these adalah antara yang sempat saya share dalam my dearest baby bloggie

Kekalkan One Year in a Serious Relationship with my guitar guy.
Bertekad sehabis mungkin untuk pakai braces dalam My Own Experiences All The Way in Getting Braces Put On.
Finished Five Semesters of Diploma in Estate Management with Flying Colors and Alhamdulillah, rupanya Allah nak bagi rezeki dapat dekan di penghujung which was last semester part five.
Started my Practical Training dan cipta pengalaman baru dalam "Seumur Hidup, ini Kali Pertama Wujudnya Perkataan "Kerja" dalam Kamus Hidup".

Okey, itu saja lah beberapa.
Baru-baru ni juga daftar Nuffnang, teruja tengok earnings bergerak even ciput.
Last Friday, I got a cheque of my first allowance. Gila excited sebab it's my very first time dapat duit hasil titik peluh sendiri. My first time ever. Alhamdulillah!


And oh!
Percaya atau tidak, setahun juga lah Baby Bloggie Omey Omey ni macam giniii aje ghupenye!
Hehehe... Rasanya pertama kali dalam sejarah Fairuz Aqilah blogging, berjaya kekalkan theme blog yang sama dalam jangka masa lama. I mean, 'sangat' lama. Cuma header saja yang betukar. Bravo! :D


I'm just hoping that 2014 will be such a wonderful year for me too!
May Allah bless Fairuz Aqilah and all of us, amin...

Umur pun akan meningkat setahun.
Lebih mengingatkan diri bahawasanya mati pun semakin menghampiri.
Allahuakbar, mati itu pasti.
Nauzubillah, Allahu Rabbi.
Takut!

Last but not least,
HAPPY NEW YEAR 2014!


Assalamualaikum.

PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Habis dah cerita #PISA atau Playboy Itu Suami Aku di slot Akasia TV3.
It's unbelievable sebab boleh tengok daripada episod pertama sampai akhir, jarang missed pulak tu! Padahal masa tengok episod pertama lepas habis Love You Mr. Arrogant tu, my very first impression was totally out dah!

"Apa tajuk pun macam ni, Playboy Itu Suami Aku"
"Tak habis-habis buat cerita based on novel"
"Siapaaa lah hero heroine cerita ni, tak kenal pun"

But still, tengok juga tiap-tiap hari. Sampai habis, sampai tak missed till the very end pulak tuh! Gila aku. Hahahahahahahahahaha...

Start practical, setiap kali tengok 'King of Crocodile' dalam cerita tu mesti nak tersenyum atau tergelak sorang-sorang. Kenapa? Biarlah rahsia... Hehe :)


And oh!
Harini ada orang belanja Domino's Pizzas kat office. Kak Atiqah baik hati belanja, terima kasih daun keladi tau. Sedap, first time makan Domino's. Dan disebabkan 'first time' itu juga lah, kena bahan kat office tadi. Sukanya! Tak nak kawan! =.="

Mengantuk lah! (-o-)
Tak kesampaian pun nak edit blog. Nanti lah.

Bye bye!
Assalamualaikum

NAK EDIT BLOG!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

I'm at work.
Rinduuuuu sangat nak blogging, update hari-hari...
Tiba-tiba rasa nak edit blog, tukar sikit apa yang patut.

Kerja.
Tiap-tiap hari letih, mengantuk awal, tidur awal.
Buka blog masa senggang kat office pun hanya mampu tengok benda yang sama. Tak update.
Blogwalking ke blogs yang leave messages and comments tapi jadi silent reader je.
Oh, dear!

Okey, esok cuti, Christmas holiday.
InsyaAllah, nak update my baby bloggie and start editing.
Yeayy!

InsyaAllah, I will.
InsyaAllah.

Last but not least,
terimalah 'mata kucing' saya.



Okbai!
Assalamualaikum

YA, SAYA BLOGGER. TAPI TAK FAMOUS PUN.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Happy Saturday, everyone!
It's three weeks already like in a blink of an eye dah kite practical!!! What a relief, alhamdulillah sebab Allah permudahkan perjalanan ini... Chiwah chiwah! Hehe..

Oh, yes!
Ada apa dengan title entry?

"Qila, nanti ajar Kak Shai buat blog tau!" - Kak Shai

"Eh, kau ni blogger erh? Takde lah, semua orang asyik cakap pasal kau ada blog." - Abang Maruz

"Kak Hana pun ada blog. Berapa ramai kawan ko kat blog? Ramai lah tu 170!" - Kak Hana

Hahahahahahaha... Hampir satu office nak kecoh pasal baby bloggie Fairuz Aqilah. Malu saya! Tak famous pun lah macam Fatin Liyana, Maria Elena, Nisa Kay, Irine Nadia, Yuyu Zulaikha, Namee Roslan, Cik Epal, Dena Bahrain, etc etc. Relax, relax. Bertenang. Entry lepas perkenalkan Abang Fahmy. Tapi Abang Fahmy tu dah kahwin dan ada anak sorang pun. Harap maklum ya semua. Hehehe... Entry akan datang nanti Qilah kenalkan kakak-kakak abang-abang yang lain tau! :D

p/s: Bila nak start buat pre-loved sale ni erh? Macam tak berapa nak ada masaaaa aje time kerja ni. Haihhh... Sabar ya? Kita hanya merancang, Allah juga yang tentukan segalanya. :)

Salam sayang,

ANOTHER STORY OF PRACTICAL TRAINING

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Hehe.. I'm smiling prettily while typing this entry. Dah kenapa?? Here's the story of my second week of practical training in Rahim & Co. 

Hari Isnin was quite a boring start of the week. Tak banyak kerja nak dibuat pun, cuma berkawan dengan mesin fotostat. Ada lah juga tolong amend, print, bind report. HAHA

♦ macam ni lah tiap-tiap hari dok selca, datang awal pintu office pun tak bukak lagi ♦

Tuesday best sebab pagi ikut Kak Mai buat inspection! It's fun tau kalau pergi inspection, dapat kerja keluar dari office. Hehe.. Petang pulak ikut Kak Hana temankan dia buat inspection. Kat office, buat floor plans guna Visio. I had so much fun drawing floor plan using Visio! Gimme moreee! :D

♦ sekali ni je pun pakai tudung bawal dalam seminggu ♦

Hmm, hari Rabu duduk office saja. Tolong Miss Leong buat kerja-kerja admin. Buat floor plan lagi. Amend report lagi. Dok ulang-ulang buat benda yang sama. Hehe :)

♦ posing dah ala ala tepi pantai! ♦

Hari Khamis pun ikut Kak Mai pergi inspection lagi. Sampai awal gila! Selalu punya awal pun tak ada lah awal sampai macam tu sekali. So, apa lagi. Duduk dalam kereta dengar JoHaRa pagi era dan haruslah selca kann... ;)


Sebelum balik office daripada inspection tu, singgah tapau makan tengah hari kat Medan Selera Clock Tower. Kebetulan masa lalu cari parking, loceng jam tu bunyi pukul sepuluh. Sumpah dah lama gila tak makan kat situ. Nostalgia zaman masa kecik-kecik dulu. Makan ABC malam-malam dengan Mama Ayah, mesti aku nak tungguuu juga sampai menara jam tu bunyi. Dah bunyi baru boleh balik.

Ding dong bell, pussy in the well...
Who puts her in? Little Tommy in...

Okay, fine. Merepek. Selonoknya jadi budak kecik comel balik... :'(
Masa dekat office pulak baaanyakk sangat tolong Miss Leong buat kerja admin. Kak Hana pulak ajarkan macam mana nak call clients untuk buat appointment valuation inspection. Berdebar lah juga! Macam nak cakap dengan Menteri je nak debar-debar sangat. LOL

Jumaat was the busiest day ever! Chiwah chiwah, yo yo orr aje "busiest day ever" tau! Itu belum lagi kena handle case sendiri ke apa. Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagi Fairuz Aqilah... Amin, Ya Rabb! Dari pagi sampai ke petang Kak Hana culik saya! Hahaha.. Tak ada lah culik pun, memang clients yang saya call on Thursday tu punya appointment lah. Pergi ikut Kak Hana buat inspection. Kak Hana belanja kite McD for light breakfast! Alhamdulillah, masheh... Lepas pada tu, temankan dia pergi Management Corporation pulak untuk tanya Annual Sinking Fund (ASF). And then, pergi MBI check zoning kat Department of Town Planning as well as dapatkan Assessment Bill. Sampai office, terus sambung tolong buat kerja admin. Saammpaii lah balik.


And oh!
Nak tahu tak...
Abang Fahmy kan.
Dia suruh saya upload gambar dia masuk dalam baby bloggie.
Siap paksa orang tangkap gambar dia konon-konon candid! Hahahahahaha... Lawak lah Abang Fahmy ni. So, mempersembahkan! Abang Fahmyyy!!!

♦ I'm kinda confused, Abang Famy ni valuer or cikgu Matematik sekolah menengah??? ♦

It's Saturday, and
Yeayy! Cuutiii!!!

Have a nice weekend, guys!

FIRST WEEK WORKING EXPERIENCE

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Yeayy! Finally, dapat juga blogging! Rindu baby bloggie dengan kawan-kawan bloggers tauuu... :')
Well, kalau ada yang tahu saya tengah practical training sekarang ni tahu lah kan. If not, meh sini nak cerita serba sikit pengalaman first week kerja. Seumur hidup, ini kali pertama wujudnya perkataan "kerja" dalam kamus hidup saya. Dahsyat tak? Hehe..

 MONDAY
First day sangat sangat sangat super duper nervous! Boleh bayang tak nervous tu banyak mana? HAHA! Haruslah kan, dah nama pun first time kerja. Dah la kena drive sendiri pergi dan balik. Manual car lagi tau. Haihh... Ni apahal tiba-tiba lari tajuk pulak ni? Emo tetibe. Okey, sorry, my bad.

Sampai depan pintu office sebelum pukul sembilan, still berkunci. Tiada tanda-tanda orang masuk kerja dalam masa terdekat. Ke saya yang lambat ni?? Kata pukul sembilan. Try call, langsung tak ada orang angkat. Tunggu lagi sampai berpeluh-peluh. Call lagi sekali baru berjawab. Rupanya office valuers kat tingkat satu, aku naik sampai tingkat dua sebab ada sign Rahim & Co. Tingkat dua yang salah naik tu office agents.

♦ sempat lagi selca dalam dok hangat berpeluh-peluh menunggu tu ♦

Dah turun tingkat satu, Madam Elizabeth atau Liza yang sambut di muka pintu. She's very nice and kind of 'motherly' gitu. Chinese. Duduk sekejap tunggu person in charge datang untuk handle which is Miss Leong. Both of them are administration staffs. Miss Leong kemudiannya terangkan yang saya kena duduk dalam meeting room sebab tempat staff semua dah penuh. So, my temporary working place will be in the meeting room. I brought my things and duduk lah dalam meeting room tu sorang-sorang. Saya seorang saja practical student kat situ. What a relief, alhamdulillah! :D

Gila bosan tak tahu nak buat apa. Sumpah, bosan. Dah la sorang-sorang tak ada kawan nak sembang. Tengok sekali-sekala orang lalu lalang tak tahu lah dari mana nak ke mana. Bunyi telefon tak berhenti. I prepared all the letters from faculty untuk diberi pada majikan, then all of sudden Madam Liza masuk untuk berkenalan. I introduced myself apa yang patut. Dia cakap nak panggil Aqilah. Tak kisah lah, Aqilah pun boleh even Aqilah tu lebih kepada family members. Kalau biasa-biasa ni, kawan kawan ke apa seemmuaaa panggil Fairuz. Never mind.

Serahkan semua surat yang berkenaan pada Miss Leong, masuk balik meeting room. Tak lama lepas tu, Miss Leong masuk cakap nak bawa jumpa boss, Encik Izham. Seramnya! Encik Izham tanya macam-macam dan antaranya ialah "Kenapa pilih Rahim & Co.?". Okey, dia tak ada lah tanya soalan-soalan cepu mas yang adventurous ke apa, cuma nak tahu all the basic one. Encik Izham cakap memang kena duduk dalam meeting room buat sementara waktu ni sebab bilik staffs penuh. Dia suruh ambil dan tengok tengok file case supaya dapat rough figure macam mana diorang buat report. Then, dia tekan intercom suruh Madam Liza masuk untuk bawa saya berkenalan dengan semua staffs. Lagi seram kuasa dua! Pergi lah berkenalan dan beramah mesra sekejap dengan all those staffs. All of them are Malays, only Miss Leong and Madam Liza are Chinese. Agents lah yang most of them are Chinese. Tapi tak berkenaan sangat lah sebab saya ni diletakkan under valuation. Assistant Manager pun Melayu, Encik Nizar. Valuers ada Abang Maruz, Kak Shai, Kak Hana, Abang Syafiq, Kak Mai, Abang Fadzili, Abang Fahmy, Abang Syed and Kak Yana. Agent kenal Kak Atiqah je. Semua muda muda lagi. Tapi ramai yang dah kahwin. Muda muda lagi dah kahwin, Fairuz Aqilah bila lagi? Eh?? :D

Masuk lah balik bertapa dalam meeting room. Sabor je lah bosan gila. Madam Liza bawa masuk satu file OCBC Bank. Mentelaah la benda tu and take note apa yang penting sampai tak sedar dah tengah hari. Tiba-tibe je Miss Leong muncul kat pintu bagitau nanti diorang bawa Aqilah pergi lunch. No wonder lah perut saya dah buat orkestra, mengaum tak tentu pasal. Kak Mai tegur dari luar pintu, "Aqilah, jom! Kita pergi makan". Mungkin sebab Kak Mai antara yang terawal tegur, jadi mesra dengan Kak Mai. Anak dia pun nama Aqilah. Mula-mula tahu Kak Mai dah kahwin, memang terkejut gila. Muka comel je, nampak muda remaja, tapi dah anak sorang! Lunch hour sekejap sangat, pukul satu sampai dua je. Balik office, terus sembahyang Zohor.

Kak Shai suruh masuk bilik staffs, ada kerusi kosong sebab Kak Yana masih cuti bersalin. Abang Syed minta tolong lipat file. Seronok juga sebab tak pernah buat. Senang nau kerjanya! Haha.. Encik Izham lalu belakang, "Kesian awak ye. Memang practical student hari pertama buat kerja macam ni. Baru awak tahu daripada mana datangnya file case tu semua mula dari lipat file, nanti buka file case saaammpaii lah close case". Daku hanya mampu tersenyum. Ralit lipat file sampai bertimbun. Lepas tu, sambung telaah file case lain pula. Working hours 9am-5.30pm tapi saya balik lambat sikit first week. Nak dekat pukul enam baru balik.

 TUESDAY
Hari kedua duduk tempat Abang Fahmy sebab dia outstation buat inspection. Kerja saya key in bill atau receipt yang customer buat payment untuk fees and all that. Miss Leong dan Kak Shai ajarkan. Sambil tu, pick up calls. Weh! Telefon jangan cakap lah, setiap minit ada call masuk. Mostly, bank officers call untuk check value. Sumpah, kelam-kabut dan tak menang tangan dibuatnya! Sentiasa aadaaa aje call, dah angkat tengah cakap pun ada lagi incoming call. Subhanallah, allahuakbar! Sampai ke petang lah menyiapkan bill tu! Tak sedar. Sampai pukul enam saya udah mau pulang pun kok telefonnya masih berdering! Haihh... No comment. Best hari kedua kerja sebab apa tau? Sebab boss baik, dia kasi semua sorang satu magnet fridge as a souvenir from Bali termasuk saya! Terkejut juga, tiba-tiba Encik Izham datang kat sebelah hulur plastic bag suruh pilih nak yang mana. "Eh? Saya pun dapat juga ke?" Dia senyum je. Alhamdulillah, dapat boss baik.


 WEDNESDAY
Hari ketiga dah start buat kerja berkaitan valuation. Abang Maruz ajarkan buat floor plan guna Microsoft Office Visio, Kak Mai kasi satu file case detached house untuk dikaji.

 THURSDAY
Hari keempat kite ikut Kak Mai pergi inspection. Buat inspection detached factory and single storey terrace house kat area Gunung Rapat, Ipoh. Menghadapi kesulitan seperti anjing, itu biasa. Takut! At the same time, seronok! Sebab dapat peluang kerja keluar dari office. Macam-macam bercerita dengan Kak Mai. Dah balik office sebelum tengah hari. Buat pulak floor plan Kak Mai, Kak Hana ajar buat draft valuation report for two and a half storey terrace house, Abang Maruz ajar print dan susun dan bind finalized report.

 FRIDAY
Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu sebab last day workdays. Letih sangat rasanya. Hari-hari pun mengantuk awal. Selalu kalau semester break, selagi belum pukul dua pagi jngan harap la mata ni nak tidur. Semenjak bekerja ni, awal nau dah mengantuknya Ya Rabbi Ya Karim. Nak balik rumaaahhhh!!! Kat office continue buat draft valuation report Kak Hana, tolong buat corrections or amendments draft report Abang Fahmi that has been checked by Encik Izham, draw floor plan lagi, tolong print dan susun dan bind finalized report Kak Hana.

Makin hari, makin banyak kerja dan makin banyak benda yang dipelajari. Alhamdulillah sangat sangat sangat, syukur! Pengalaman first time kerja mula-mula ni tak ada lah seteruk yang dibayangkan. Boss baik, semua orang pun okey, environment best. So far, belum stress lagi lah sebab belum dapat handle apa-apa case. Nanti nanti tak dapat dah lah kot bosan-bosan kat office tu. Hehe.. Apapun, alhamdulillah. Semoga Allah terus mempermudahkan segalanya bagi Fairuz Aqilah. insyaAllah, amin... :)

p/s: Sorry, entry panjang berjela sangat sebab nak simpan buat kenangan dan tatapan di hari depan!

xoxo

LIGHT A WAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Salam Jumaat penuh barakah!
Alhamdulillah, Allah dah permudahkan salah satu perkara dalam pada nak pergi buat practical training. Syukur sangat sangat sangat. Tak mengimpikan pun pada usia semuda ini akan dapat hadiah yang sebegitu besar. Terima kasih, Ayah! Alhamdulillah... Semoga Allah akan terus rahmati kehidupan kami sekeluarga dan mempermudahkan segala urusan. InsyaAllah, amin... :')

p/s: Sedang bersedia fizikal dan mental untuk practical training. Please pray the for me and wish me best of luck! 

Assalamualaikum,
xoxo

PRACTICAL OH PRACTICAL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Haihh...
Belum apa-apa dah mengeluh. Entry apa ni.
Chill, Fairuz Aqilah!


Nervous gila. Takut betul nak pergi practical! :'O
Dah puas baca pengalaman orang yang bermacam ragam. Apa pula nasib diri nanti?
Isnin minggu depan dah start practical. I really hope that everything's gonna be fine. Risau sangat sangat sangat. And bila dah saat-saat akhir macam ni, I tend to think about all the negatives rather than the positives.

It's just that sebenarnya, tak boleh nak fikir-fikir about it soooo deeply since tak pergi pun lagi, belum rasa pun lagi berada dalam situasi tu. Pergi dulu, then only baru judge this and that. Sabar, Fairuz Aqilah. Be patient. You'll be alright, InsyaAllah. Don't worry too much. Don't think too much. Believe in yourself and be confident! Allah will always be with you. Keep calm and trust in Allah, Fairuz Aqilah!


Sobs sobs.
Haa, nak nangiiissss!!! :'{

Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagi hambaMu Fairuz Aqilah dalam menempuh practical selama beberapa bulan. Amin...

Okey, dah habis luah perasaan.
Bye!

MURTABAK MAGGI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Happy Sunday! :)
How's your weekend?
Here's another simply delicious recipe of the week! Ya Allah, bila teringin sangat nak makan and mood rajin masak pun datang... Adaaa aje nak dibuatnya! Hehehe.. :D

Resipi Murtabak Maggi yang senang dan sedap. Rugi kalau tak cuba.
Terbahagi kepada dua bahagian, inti dan murtabak tu sendiri. Ikut je resipi ni step by step.

INTI
Bahan-bahan:
¼ minced beef/chicken
- 2 sudu besar serbuk kari
 ½ bawang besar dipotong dadu
- Daun bawang
- Garam
- Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sampai naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau sampai naik minyak.
  3. Masukkan minced beef/chicken. Tambahkan air sedikiittt sahaja kalau terlalu kering sebab minced beef/chicken tu pun akan keluar air juga.
  4. Setelah minced beef/chicken masak, perisakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan tutup api.


MURTABAK
Bahan-bahan:
- 2 biji telur
½ paket perencah kari maggi
½ paket maggi
- 1 keping cheddar cheese

Cara-cara:

  1. Rendamkan maggi dalam air panas atau celur dan toskan.
  2. Pukul 2 biji telur dengan perencah kari maggi. Kemudian, masukkan ke dalam maggi yang dah dicelur tadi.
  3. Masukkan inti dan gaul mesra kesemua bahan.
  4. Panaskan pan atau kuali leper dengan sedikit minyak seperti menggoreng telur.
  5. Masukkan adunan murtabak dan balikkan sehingga masak.
  6. Letakkan cheese di atas murtabak dan masukkan dalam microwave sekejap, just for the cheese to melt. Done!


Cheddar cheese ialah Chesdale, yang keping keping tu. Boleh juga digantikan dengan mozzarella cheese ataupun bubuh je dua-dua jenis cheese. Tak ada masalah, it's up to your own creativity. Plus, kalau guna perencah Mi Sedaap perisa kari untuk campur dalam telur laaagii sedap sebenarnya sebab perencah dia lain sikit. Lebih sedap jadinya rasa murtabak tu.

Murtabak maggi ni makan dengan chilli sauce would be very nice I tell ya. Seriously. And oh! Makan panas panas tauuu... Omnomnom :)

Ini bukan hangit tapi 'garing', okey! :D

p/s: Portion untuk satu murtabak resipi saya setelah beberapa kali percubaan ialah ½ paket maggi bersamaan dengan 2 biji telur.

Selamat mencuba!
Have a nice day onwards, semua!!! 

GRILLED CHICKEN WITH BLACK PEPPER GRAVY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


It's time for recipe sharing! Yeayy!! :D
Meskipun gambar tak berapa nak cantik, tapi rasanya sedap menjilat fork and knife tau! Hehehe..
Okay, let's proceed with the recipes.

 GRILLED CHICKEN

Ingredients:
- Dada ayam
- Kicap manis
- Madu
- Serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama semua bahan semalaman. Lagi lama lagi sedap. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam grilling pan and grill the chicken nicely.


 BLACK PEPPER GRAVY

Ingredients:
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan susu segar
- Serbuk lada hitam
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- ½ kiub ayam
- 1 sudu kecil serbuk oregano

Cara-cara:

  1. Cairkan butter.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan bersama susu segar. Jangan berhenti kacau menggunakan whisk. Tambahkan sedikit air atau susu segar jika perlu mengikut kepekatan gravy yang disukai.
  3. Masukkan serbuk lada hitam mengikut cita rasa anda.
  4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan kiub ayam.
  5. Teruskan kacau sehingga larut semua bahan.
  6. Akhir sekali, masukkan serbuk oregano untuk bau dan rasa yang lebih sedap.
  7. Rasa terlebih dulu sebelum tutup api. Tambahkan bahan lain seperti garam atau maggi cukup rasa atau sos tiram dan sebagainya jika perlu. Ikut cita rasa dan lidah masing-masing. Begitu juga dengan kadar kepekatan.

Dah siap! Sedia untuk dihidangkan.
Senang je kan?
Seriously, sangat simple dan semestinya sedap! :)
Boleh dihidangkan dengan French fries, potato wedges and coleslaw.
Yummy! Simply delicious.

You are free to modify the recipes according to your taste buds! Just add on any other ingredients yang boleh menyedapkan lagi hidangan ni. Misalnya, masukkan cendawan butang segar yang dipotong kecil ke dalam gravy and wallahh! There you go, black pepper mushroom gravy semudah one two three. Ataupun, tambahkan rempah marinate rahsia untuk grilled chicken yang super delicious. Be creative in the kitchen! Hehe :D

Selamat mencuba!

HOBBY. WHAT'S YOURS?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Entry bertajuk santai saja untuk harini.
Tiba-tiba tadi, terfikir pasal hobi. Masa zaman sekolah, my hobby was reading. But nowadays, hobi membaca tu dah tak ada lagi dalam kamus hidup.

Macam tak best je.
Macam tak elok je.


You know what?
Mesti pernah dengar tentang satu statement yang mana "Rakyat Malaysia cuma membaca dua buah buku sahaja setahun" kan? Sebaliknya, statistik Perpustakaan Negara membuat kesimpulan bahawasanya budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap membimbangkan sebenarnya tak berikan gambaran yang tepat pun mengenai tabiat membaca di Malaysia ni. Untuk lebih lanjut, klik link INI.

From my point of view, bila kita dok surf internet ni pun kita still dapat banyak info and also beneficial general knowledge, am I right? This is because there's too much sources that we have on the internet. Kita boleh tau pasal isu semasa, soal jawab agama, politik, hiburan and loads of other stuffs and articles and all that! Secara tak langsung, kita sebenarnya banyak membaca di situ. Perasan tak? Mesti perasan punya kannn...

In a nutshell, reading is not a hobby but it is a habit. A good one.
Malaysia boleh!!! (tetibe)

Assalamualaikum :)

PHOTOSHOOTS I ALWAYS DREAMED OF

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Actually, it's my Facebook status that I've updated just now. "A pre-wedding and solemnization photoshoots I always dreamed of". It was just came across my mind so sudden. HAHA

Again.
That feeling yang tak sabaq wanna get married.
Gila! Nonsense sangat lah, practical training pun tak pi lagi.

But one day.
InsyaAllah, one day... :')


p/s: I love you, sayang!

Hehehe...
I can't stop myself from smiling :)

Assalamualaikum!

BRACES | SOME ADDITIONAL INFO PERHAPS?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Merujuk pada entry semalam, which is yang INI. Nak buat penambahan sikit, sebab since ramai juga yang kadang-kadang berminat nak tahu lebih lagi pasal braces kan. Hehe :)

So, semalam was my fourth appointment. Dentist kite namanya Dr. Hassan, harap maklum. Hmm, back to our topic. Semalam doctor tukar wire braces kepada wire yang besar sikit. Normally, at the early stage pakai dawai yang halus saja. Tak nampak sangat pun kalau tangkap gambar ke apa. But this time, wire braces tu digantikan dengan yang lebih besar sikit. Tak banyak, besar sikiittt aje. HAHA♥

Then, ada penambahan spring pula. Actually, ada gigi bawah yang tak 'rapatkan saf' lagi. Hehe.. Dia memang belum dapat ikat dengan dawai pun lagi. So, kali ni... Misi doctor mungkin untuk tarik that one particular teeth tu untuk masuk saf lah kiranya kot! If that case, dia tarok lah spring tu which connected in between gigi yang dah quite straight. Alamak! Faham tak? Okay, fine. Let's look out for some photos to make my statement clearer. Boleh? :)

The condition.

A lil' close up to show the spring.

A lil' close up to show the condition of 'that particular gigi'.

In terms of tahap kesakitan. Range dia will be three out of five or 3/5. Makan still okay even sebelah kiri guna sikit-sikit sebab sebelah kiri paling sakit. Because of 'that particular teeth' lah ni, Dr. Hassan ketatkan belah kiri ni extra kot. Takpe, don't worry. As long as still boleh makan nasi tu, kira okey lah lagi tuuu... So far, alhamdulillah sebab tak pernah sampai asyik kena makan bubur and benda lembut lembut setiap kali lepas appointment. Makan seperti biasa, cuma benda keras keras tu dua tiga hari kena stop sekajap lah. Macam saya ni pun, tengah cuti daripada makan mamee monster lah ni. Kalau tak, sambil type entry ni pun omnomnom dah dua paket! HAHA

Alright, I guess setakat sini dulu lah penambahan sikit info daripada entry appointment braces semalam. Hopefully, segala perkongsian pengalaman saya couple dengan braces ni dapat jadi manfaat untuk those yang berminat nak tahu atau sekadar additional general knowledge.

Till we meet again on my next entry!
With love and smile,

BRACES | MONTHLY APPOINTMENT 4

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Harini appointment dengan dentist. Seperti yang dijanjikan, Doctor Hassan tukar dawai braces saya kepada yang lebih besar sedikit daripada biasa. Warna pilihan untuk kali ni pula super duper cantik which is colourful! Hehe.. Susah nau nak pilih warna cantik kasi puas hati tau. At last, Doctor Hassan kata "Bubuh semua je lah". I was like... Eh?? Boleh ke semua warna sekali? And he replied, "Apa pulak tak bolehnya, bolehh..."

Hasilnya....
Yippee! First time satisfied gila dengan pilihan warna band. Nah engkau, warna-warni gigi kite tau! Awak ado? Hahaha...


Second thing is...
Harini keluar result final exam untuk pelajar diploma UiTM.

How's mine?
Mine was Alhamdulillah...
Akhirnya!

Ayat yang keluar dari mulut lepas tersenyum simpul tengok result kali ni, "Akhirnya aku dekan jugak! Alhamdulillah!". Terus berlari-lari anak bawa laptop, tunjuk result pada Mama Ayah. Walaupun dekan sipi aje, ya SIPI. Tapi, janji I dean list. Ingat senang? Nak seribu daya. Alhamdulillah, syukur. Tak expect langsung sebab memang tak target since my Accounting and Building were quite bad I can say. Haihh... :'(

Allah nak bagi rezeki dapat dekan di penghujung ni rupanya. Terima kasih atas segala doa-doa kalian. Allah dengar juga doa kita. Alhamdulillah! :')


Yeayy!
It's a day full of awesomeness!
A very good start of November.
May Allah bless me for the whole month and onwards!
Thank you, Allah! :)

Welcome, November!
Please be nice.

BUSINESS MINDED

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


I am thinkin' of carrying out an online business.
Dah lama teringin nak buat business kecil-kecilan. Tapi tak tau nak berbisnes apa. Hehehe..
Akan dipertimbangkan. InsyaAllah! :)

Selamat malam! ♥


BEDROOM DECOR

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Memandangkan sekarang ni tengah cuti... Biasalah kan, kalau dah balik cuti semester break tu dah tentu tentu bilik penuh dengan barang seaneka benda! Serba mak nenek. Nak mula mengemas sikit-sikit tu pun tak ada mood terus sebab tengok barang banyak sangat. Runsing dibuatnya. Space bilik pula kecil aje, segi empat sama. Esok kot nak start, insyaAllah... Datanglah aura rajin mengemas, datanglah! :D

Bercakap soal nak mengemas bilik ni, selalu timbul keinginan untuk decor bilik cantik-cantik ala-ala English style sikit ke... Haa, gitu! Since bilik kite tecik angat-angat, susun atur kena betul dan praktikal supaya ada cukup ruang untuk sembahyang dengan selesa. For me, itu faktor paling penting untuk diambil kira. Plus, kite teringin nak white drawers yang boleh simpan semua benda yang menyemak bawah katil kite tu.

Macam ni!

Nak exactly like this one, boleh?

If not, macam ni pun boleh. Comel juga! Ada ruang terbuka kat bawah sekali tu boleh letak bantal kecil, senang ambil kalau nak lepak-lepak golek-golek kat lantai kan. Tak dan nak golek, dah benjol langgar almari, takpun terperosok bawah katil. Itulah pasal, bilik kecik nau! Hahah! Kidding♥


To be honest, I really want white drawers like the first photo. It looks exactly like one I always imagine. Seriously! Nothing fancy, just a very simple one. Simple, yet very practical and space consuming. Haa, gitu! Mampu? Hehehe... :)

Last but not least,

Mama, I want it badly! ♥

Loved,