AMBIL KESEMPATAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Ambil Kesempatan

Salam Ramadhan al-Mubarak, semuaaaa!!! Rasanya masih belum terlambat nak bagi ucapan Ramadhan sikit kan? Dengan ini, Fairuz Aqilah ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sama ada yang disengajakan mahupun tidak dengan kalian. Kosong-kosong, ya? Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat yang tak terhingga buat kita semua dan menjadi titik tolak untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik secara keseluruhnnya. InsyaAllah, ameen...

Baru berkesempatan update blog. Memandangkan hujung minggu ni dapat pinjam laptop buat kerja sikit. Maka, saya pun ambil kesempatan ni untuk update blog pada masa yang sama. Tak dapat nak blogwalking sangat sebab lebih selesa kalau blogwalking melalui laptop berbanding phone. Maaf ya, saya cuba juga menyinggah blog-blog wajib terjah melalui phone sebelum tidur selalunya. Cuma, semenjak laptop rosak ni jadi terbatas pulak nak update and blogwalking guna phone aje. Tak puas! Dan semestinya, tak habis berduka lagi.

Minggu depan insyaAllah, ada dua lagi interviews nak kena attend. Doakan Fairuz Aqilah dipermudahkan urusan, segalanya akan baik-baik saja okey? Terima kasih! ♥

Oh, ya. Ada yang berazam apa-apa tak masuk bulan puasa ni? Share lah sikit! Harapnya tercapai lah tauuuu...


Salam sayang,
Fairuz Aqilah.

LAPTOP DISAMBAR KILAT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Laptop Disambar Kilat

Ya, sepertimana tajuk yang sedia kontroversi. Begitu jugalah isi cerita yang nak ditulis harini. Semalam, lebih kurang jam 8:30 malam secara rasminya laptop saya mati akibat disambar kilat. ⚡

Innalillahiwainnailahirajiun...

Kejadian berlaku pun 'sepantas kilat' juga. Saya turut merasai kejutan elektrik di ibu jari disebabkan ada contact jari dengan laptop tu sendiri (mujur tak kejung dan sel-sel otak masih berhubung) dan pada masa yang sama, laptop pun terpadam. Sekelip mata, hitam kelam skrin laptop yang baru saja sebentar tadi elok berfungsi seperti biasa.

Perkara pertama saya buat? Saya cuba juga guna plug yang sama dengan charge phone, boleh. Saya cuba pula pasang charger laptop pada extension, tak berhasil. Cuba charge phone kat extension tu elok aje. Maka, ternyata masalahnya bukan berpunca daripada plug tetapi sahlah bahawasanya laptop yang rosak.

Allah, runtunnya hati... Hanya mampu memandang sepi laptop tu dan tak ada air mata yang nak ditangiskan walaupun sedihnya bukan kepalang. Cuma mula terbit rasa kesal, risau, mental breakdown, severe heartbroken. Sudahlah terlalu banyak data penting tak backup, teringat pula macam mana nak buat kerja yang melibatkan email, printing dan sebagainya (mostly boleh je guna phone termasuk blogging tapi hmm). Ya Allah, bertambah resah mengenangkan duit yang ada pun tak seberapa nak dilaburkan ke situ pula. Tak habis fikir jadinya!

Laju tangan capai phone (akibat dah hilang punca sangat) dan search tentang ini. Saya terbaca dan terpaksa rela juga menelan serta menghadam ayat-ayat seperti, "motherboard rosak — nak repair ±RM1,000 — kalau laptop dah lebih dua tahun tu boleh pertimbangkan untuk beli laptop baru — spare parts susah cari dan kalau ada pun mahal". Tergamam sekejap. Cuba mencari kekuatan untuk kutip balik semangat yang berterabur, pujuk hati yang patah dengan mental yang rabak.

Sabar, positif. Allah uji lagi sebab Allah sayang, Fairuz Aqilah... Lantas, psiko diri sendiri. Laptop tu pun memang dah tak mampu ON kalau tak connect charger. Kalau tercabut charger, padam terus. Jadi, masalah battery pun dah sekian. Cuma, nak bawa ke kedai tu yang bertangguh-tangguh. Kesimpulannya, boleh dikatakan mungkin 'dah tiba masanya' lah tu. (cuba sedapkan hati)

Masih dalam keadaan tak berapa boleh redha lagi, tak dapat terima hakikat laptop dah mati. Nanti saya bawa pergi kedai ya, lappy! Kita tengok apa yang boleh dibuat. Walaupun terasa 90% tak boleh buat apa dah. InsyaAllah, usaha tetap kena usaha sambil doa dan tawakkal.


Pengajarannya;
Dengar guruh di langit petanda nak hujan atau hujan tiba-tiba turun, cepat-cepat OFF segala perkakas elektrik yang berpotensi 'mati' kalau disambar kilat atau petir. Tutup suis dan bawa diri buat perkara lain supaya tak terkena electric shocked. Nanti menyesal tak sudah, aptb (apa pun tak boleh). Takut tak boleh nak handle pulak rasa nak meroyan tu. Sekian, terima kasih.


Tabah,
Fairuz Aqilah.